Artis

Pelakon Fizo Omar mendedahkan sesuatu tentang sahabatnya Issey. Tak sangka ini luahan Issey.

Pelakon Fizo Omar mendedahkan bahawa rakannya, penyampai radio dan pelawak, Issey pernah meluahkan kepadanya mengenai kesanggupan untuk terus hidup membujang selepas perkahwinan pertamanya gagal. Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 34, berkata rakannya itu terdetik rela menduda demi melaksanakan tanggungjawab menjaga ibunya.

“Issey pernah kongsi dengan aku, dia sanggup hidup bujang selepas berpisah dan tak fikirkan pasal berkahwin semata-mata nak menjaga ibunya. “Ya Allah besarnya pengorbanan seorang anak. Tahniah. @isseyfazlisham dan pasangan. Ambo banggo dengan demo Issey, pengorbanan demo menjaga ibu sampai hujung nyawa ibu,” tulisnya.

Fizo berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram sebagai ucapan dedikasi buat rakannya itu yang menamatkan zaman dudanya semalam. Pelakon drama Adellea Sofea itu turut mendoakan agar hubungan Issey menerusi perkahwinan kedua ini kekal sehingga ke akhir hayat.

“Tahniah Issey kawe doakan demo sentiasa bahagia dan murah rezeki. Biarlah apa orang nak kata apa-apa pun. Paling penting kita tahu yang mana baik buruk asalkan kita bahagia. “Kau tinggal aku sek keto ‘recond’…doa-doakan kat aku, biar sampai giliran aku pulak,” tulisnya.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, selamat bergelar suami kepada Noor Aimi Mohamed Jamel, 32 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan semalam. Terdahulu, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum berpisah pada 21 Ogos 2016. Menerusi perkahwinan pertama, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber : Gempak