Peminat pelik dan terkejut jumpa Abam Bocey berniaga di bazar Ramadhan,debaran semakin terasa menantikan kelahiran anak sulungnya.

Artis Inspirasi Kehidupan Keluarga Kisah Rumah Tangga Makanan Pekerjaan Terkini

Kebiasaannya apabila tibanya bulan Ramadan, kebanyakan para selebriti akan mengambil kesempatan untuk menumpukan perhatian kepada ibadah ataupun menjalankan perniagaan.Begitulah yang dilakukan oleh pelawak popular, Abam Bocey yang berniaga Kuey Teow, Mi goreng, dan Bihun goreng di bazar Ramadan Batu 8 Jalan Gombak.

Kehadiran pelawak itu yang menjalankan berniaga Char Kuey Teow, telah menarik perhatian ramai apabila Abam sendiri telah memasak sendiri juadah tersebut.Abam yang sedang menantikan kelahiran anak pertamanya, sebelum ini pernah memuat naik status di Instagram, memberitahu bahawa dia tidak sabar menantikan cahaya mata pertama.

Rata-ratanya ramai yang memuji sikap Abam Bocey yang tidak segan untuk berniaga di bazar Ramadan, dan turun padang untuk memasak sendiri hidangan juadah yang dijual.Mereka mengagumi tindakan dan sikap Abam yang ceria melayani pelanggan, apabila ramai yang  telah memuat naik gambar terserempak dengan Abam yang berniaga di bazar Gombak.

Sumber : Abam Bocey

Tahniah Abam Bocey! Anda sudah berjaya turunkan 15 kilogram

KUALA LUMPUR: Pelawak Abam Bocey semakin bersemangat meneruskan program diet untuk turunkan berat badan yang kini berjaya mencecah 173 kilogram.Jelasnya, dia berjaya mengurangkan 15 kilogram daripada berat asal 188 kilogram dalam tempoh 3 minggu dengan melakukan rutin diet dan senaman.

“Ikut kontrak selama 3 bulan, saya lakukan diet untuk turunkan badan secara dalam talian. Ada jurulatih yang akan pantau saya menerusi mesej di group WhatsApp,” katanya kepada Astro Gempak.Tambahnya, ada 40 orang dalam kumpulan aplikasi WhatsApp itu termasuk Abam yang berkomunikasi menerusi mesej.

“Apa yang saya makan setiap hari akan dihantar ke dalam kumpulan itu dan mereka akan menilai sama ada makanan itu okey, tidak, menepati citarasa atau kalori yang diperlukan setiap hari.”Mengikut teori diet mereka, 80 peratus merujuk aspek pemakanan manakala senaman sebanyak 20 peratus,” katanya.

Abam yang ditemui selepas program Bocey & Friends Live memberitahu dia turut pergi ke gimnasium dan bermain badminton untuk aktivti senaman.”Sasaran saya selepas 3 bulan adalah lebih kurang 150 kilogram tapi sasaran sebenar saya sehingga hujung tahun untuk turunkan 80 kilogram, kalau dapat lebih bawah lagi bagus,” katanya.

Ujarnya, Achey dan Fad juga memberi sokongan padanya untuk turunkan berat badan.”Pada mulanya, mereka ketawakan saya sebab dah lebih 10 kali saya cerita pada mereka nak turunkan berat badan sehingga pada satu malam mereka ‘order’ seafood tapi saya tak makan. Mereka kemudian faham dan bagi sokongan moral pada saya,” katanya.

Abam berharap dapat membuat pembaharuan pada tahun depan dari segi karier bukan sebagai pelawak tapi seorang pelakon yang versatil yang boleh membawa watak serius dan aksi.Pada penonton, jangan lupa saksikan Bocey & Friends Live yang disiarkan pada setiap Jumaat jam 10 malam di Astro Warna and Warna HD.Persembahan komedi pentas ini dibawakan oleh CIMB.

Isteri Abam Bocey Hamil Tiga Bulan

Merujuk kepada laman Instagram, pelawak terkenal, Abam bakal menimbang cahaya mata tahun depan. Sebelum ini, Abam berasa kecil hati apabila kerap ditanya bila isteri nak hamil, pelawak yang berjaya mengurangkan berat badannya akhirnya berkongsi berita gembira dia bakal menjadi bapa.

Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, berkata, isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan hamil tiga bulan dan ia merupakan berita yang ditunggu-tunggu sejak mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu.“Alhamdulillah rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semua,”

Abam dan Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.Abam berkata, dia mengetahui tentang kehamilan isterinya sejak bulan lalu, namun membuat pemeriksaan doktor pada petang Rabu.“Saya dah tahu lama tapi tadi baru kami ke klinik buat pemeriksaan. Alhamdulillah. Saya tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting bayi itu sihat dan semuanya selamat,” – Abam BoceyTahniah buat Abam… mesti baby akan comel macam Abam dan isterinya jugak.

Sumber: Mstar Online & IG Abam Bocey

Isteri Abam kelakar

Sejak mendirikan rumah tangga, Abam Bocey baru menyedari isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali adalah seorang yang kelakar.Abam berkata, ada saja telatah isterinya yang kelakar ketika dia melayan kerenah Abam.“Ada ketikanya telatah lucunya mencetuskan idea untuk saya berlawak di atas pentas.

“Setiap kali ada momen yang dirasakan boleh menjadi pengisian lawak, saya akan membuat nota supaya tidak lupa,” katanya.Abam berkata, sejak mendirikan rumah tangga, isteri juga tempat dia berkongsi suka dan duka.Kehidupannya kini makin tersusun apabila Siti Nurhidayah membantu terutama dalam soal penyediaan makanan dan pakaian.

“Kehidupan selepas berkahwin memang seronok. Saya bahagia dengan kehadiran isteri.“Apabila tinggal bersama semuanya sudah tersusun dengan rapi,” katanya.Mengakui jadual kerjayanya padat dengan aktiviti seni, Abam memberitahu, buat masa ini perancangan berbulan madu tidak dapat dilaksanakan.

Walaupun hasrat berbulan madu belum kesampaian sejak disatukan pada 8 Disember lalu, namun dia teringin menjejakkan kaki ke negara di Asia Barat.“Semua itu bergantung kepada jadual kerja saya. Selepas bernikah, jadual saya padat apabila terikat dengan pelbagai komitmen termasuk pertandingan Bintang Bersama Bintang di TV3. Saya harap impian itu terlaksana tahun ini juga,” katanya.

Ditanya adakah isterinya akan menjadi pengurus peribadinya, Abam berkata, dia tidak menggalakkan kerana bimbang dia tidak memahami waktu kerjanya yang tidak menentu.“Dia pun ada kerjayanya sendiri. Jadi saya tidak mahu dia penat atau tidak selesa dengan hanya ikut saya dan menjadi pengurus peribadi.

“Lagipun saya lebih selesa begini. Saya bertemunya di rumah dan kami meluangkan masa bersama apabila ada waktu lapang,”katanya.Dalam perkembangan lain, Abam kini sibuk dengan program Bintang Bersama Bintang yang kini bersiaran di TV3 setiap hari Ahad, jam 10 malam

“Rata-rata pelawak yang menyertainya bukan calang-calang. Semuanya berbakat besar dan punya idea yang kreatif.“Bergerak secara solo dalam pentas ini membuatkan saya perlu lebih berusaha keras dan banyak bertanya dengan pelawak lain,” katanya.Abam berkata, dia juga ada bertanya kepada salah seorang anggota Bocey iaitu Fad.Enam pelawak yang menyertai Bintang Bersama Bintang ialah Shuk, Mark Adam, Achey, Issey dan Ajak.

Harap isteri sedia harungi dugaan

Bersaksikan 5,000 peminat dan penduduk setempat, pelawak terkenal Abam Bocey dan pasangannya Nor Hidayah Mohd Ali bersanding di Taman Air Manis, Sabak Bernam, kelmarin.Majlis yang berlangsung seawal 10 pagi itu menyaksikan orang ramai bertandang ke kediaman pengantin perempuan bagi melihat pasangan mempelai.

Kedua-dua pengantin mengenakan persalinan rona ungu tiba pada jam 1.15 tengah hari dan disambut dengan beberapa ‘hulubalang’ yang bertindak selaku pengapit.Malah, cuaca tidak menentu bukan penghalang mereka untuk melihat raja sehari dari dekat meski terpaksa bersesak.

Jumaat lalu, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan sah bergelar suami kepada Nor Hidayah dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.Majlis yang dihandiri keluarga dan sahabat handai itu menyaksikan Nor Hidayah menerima mas kahwin RM3,000 dan sembilan dulang hantaran berbalas 11.

Turut setia menemani Abam sepanjang majlis itu, Fad dan Achey Bocey.Abam ketika ditemui Harian Metro menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyunting Hidayah menjadi suri hidupnya.“Sebenarnya, saya masih gemuruh apabila bertukar status daripada bujang kepada suami orang.

“Bagaimanapun, syukur apa yang dirancang berjalan lancar dan bermulalah fasa baru dalam hidup saya serta isteri,” katanya.Menurut Abam, dia ada berpesan kepada Nor Hidayah supaya bersedia mengharungi segala dugaan selepas mengahwininya.

“Sebelum bernikah, saya sering bertanya adakah dia sudah bersedia menjadi isteri saya? Mampukan dia bertahan dengan kata-kata kurang enak yang bakal didengari?“Dia tersenyum dan menjawab sanggup demi cinta,” katanya yang mengenali Nor Hidayah hampir lapan tahun lalu.

Abam turut meminta masyarakat memberi ruang kepada wanita yang dicintainya melakukan aktiviti seperti insan lain.“Kalau boleh, berilah ruang kepada isteri saya menjalani hidup normal seperti wanita lain. Bukan apa, dia tidak mahu orang ramai mengenalinya sebagai isteri

kepada pelawak terkenal.“Biarlah dia makan di kedai yang diingininya dan membeli-belah tanpa sebarang gangguan,” katanya.Sementara itu, Nor Hidayah berkata, dia berterima kasih kepada keluarga Abam yang sudi menerimanya sebagai menantu.

“Saya tidak menyangka akan bernikah dengan pelawak terkenal. Malah, keluarga terutama ibunya, Sabariah Arshad sedia menerima saya sebagai menantu.“Insya-Allah, saya berjanji menjaga amanah ini sebaik-baiknya dan kepada semua di luar sana, doakan kebahagian kami sehingga akhir hayat,” katanya.Nor Hidayah berkata, dia bertuah dikurniakan suami yang memiliki pekerti mulia.

“Sepanjang mengenalinya, Abam sentiasa membuatkan hidup saya ceria. Saban hari, ada saja lawak jenaka yang dikongsi hingga tidak kering gusi.“Malah, saya tertarik dengan karakternya yang bersaja dan tidak sombong. Abam juga sering menasihati saya supaya terus melakukan kebaikan tidak kira dengan sesiapa pun,” katanya. -Amirul Aiman Hamsuddin

sumber:hmetro