Pengasas Dnars digelar Khadijah akhir zaman oleh kenalan disebabkan amalan mulianya yang mahu infaq harta ke jalan Allah.

Agama Artis Kehidupan Keluarga

Pemergian pengasas kosmetik Dnars Skincare, Puan Faziani Rohban Ahmabd, 40, akibat kejadian tidak diingini benar-benar memberi kesan kepada ramai pihak. Satu demi satu sifat terpujinya mulai di ketahui umum selepas ramai yang tampil berkongsi cerita.Menyantuni majlis beliau founder dnars.Duduk dan dengar banyak cerita yang boleh buat pedoman.

Saya dengar satu persatu cerita yang menginfaqkan hartanya begitu banyak, driver beliau dibelikan rumah semid berharga rm300k Bibik diberinya 50k Malaysia. Dan disaat di menghampiri pemergiannya beliau berjumpa dengan ust pondok di raub ditanya apa perlu dibuat.

Ust berkata infaqkan harta kejalan Allah. Semua staff nya dihantar umrah.Dan beliau pernah mengislam kan bibik Philipina beliau yang tertarik masuk Islam dengan beliau menunjukkan keindahan islam berkasih sayang.Rumah bibik dibina dengan penuh mewah, tiada tara bagi nya.

Perjalanannya untuk memberi zakat pada pondok thailand sudah dikira syahid, dan jasad tidak bernyawanya Allah mudahkan kerana prosodure Thailand bila kejadian tidak diingini bukan senang untuk selesaikan. Terlalu banyak kisah saya nk kisah kan.Secara pendeknya beliau adalah Khadijah akhir zaman.

Dan dari telitian saya, beliau sangat menitik berat tentang sedekah.Sampaikan saya tanya pada pekerjanya yang membungkus kotak dikenali sebagai abe mi, lama da Abe Mi kerja? Tanya saya..Die cakap tidak kerja hanya berkhidmat sebagai anak beranak, tiada darjat yang di buat sama sahaja.

Bila beliau ke Thailand akan membeli kueh pada Abe Mi. Walau pembungkus kotak menjana gaji 3ribu.Dalam puasa sahaja, 2 kali mengerjakan umrah. Allahuu..Sedekah alfatihah pada Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad. Beliau jasanya, kalau die hidup lagi banyak die infaqkan. Itu sudah tertulis kebaikkannya. Ameen..

Terlalu banyak cerita baik

Satu lagi kisah yang dikongsi oleh salah seorang kenalan beliau membuatkan warganet semakin memandang tinggi usahawan tersebut. Menerusi Facebook Mohd Zaid Ismail, dia menjelaskan serba sedikit mengenai kebaikan pemergian terhadap para pekerjanya. Semasa menziarahi keluarga si pergi, dia sempat mendengar cerita mengenai kebaikkan yang dilakukan oleh Puan Faziani terhadap pemandu dan pembantu-pembantu rumahnya.

Satu demi satu kebaikkan si pergi diketahui

Infakkan harta ke jalan Allah

Puan Faziani telah memberikan sebuah rumah bernilai RM 300 ribu kepada pemandunya, manakala pembantu rumahnya telah diberikan RM 50 ribu. Selain itu, beliau turut menghantar semua pembantunya mengerjakan Umrah disamping telah mengislamkan seorang pembantu rumah warga Filipina.Sebelum tragedi yang meragut nyawa Faziani, beliau juga sempat bertemu seorang ustaz dan meminta pandangan mengenai apa yang perlu dibuat agar segala hartanya dapat menuju ke jalan Allah.

“Khadijah akhir zaman”

Tambahnya lagi, arwah boleh digelar “Khadijah akhir zamanz” kerana sifatnya yang gemar bersedekah memang tidak dapat dinafikan lagi. Sehinggakan seorang pekerjanya yang hanya membungkus kotak mendapat habuan sebanyak tiga ribu ringgit.

Mari sedekahkan Al-Fatihah

Selain itu, Puan Faziani juga dilihat kerap kali menunaikan Umrah sepanjang tahun bersama keluarga.Zaid juga turut meminta orang ramai supaya menitipkan Al-Fatihah kepada pengasas Dnars supaya roh beliau dicucuri rahmat.

Orang yang terlalu permurah

Perkongsian daripada Mohd Zaid Ismail ini telah mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen. Rata-rata telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas kosmetik itu dan medoakan agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Semoga ada insan lain mencontohi sikap pemurah

Sumber : Mohd Zaid Ismail

Adik Dedah Wasiat Ada Kaitan Dengan Sebiji Berlian Yang Perlu Diserahkan, Sebelum Faziani Rohban Menghadap Ilahi.

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Pemergian Faziani Rohban Ahmad, 39, pernah berpesan agar empayar perniagaan yang dibinanya lebih 20 tahun itu diuruskan dengan baik.Pesanan itu dibuat beberapa bulan sebelum pemergiannya.Wasiat itu dikongsikan adik kelima beliau, Mohd Faizul Rohban Ahmad, 34, kepada Sinar Harian di sini semalam.

Dalam kenangan… Mohd Faizul (kiri) bersama Faziani Rohban (kanan) dan suaminya, Ahmad Shah Rizal ketika penggambaran produk di Indonesia.Menurut Mohd Faizul, Allahyarham mahukan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim dan adik-beradiknya menguruskan perniagaan secara bersama sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepadanya.

Mohd Faizul berkata, dia juga perasan perubahan kakaknya itu sejak awal tahun lagi apabila ibu kepada lapan anak itu sering mengadu terlalu penat dan mahu berehat panjang selepas ini.“ Kak Ni (Faziani) sendiri pesan kepada keluarga dan suami supaya kami dapat uruskan perniagaannya elok-elok nanti jika ada apa-apa yang berlaku kepadanya.

Dia mahu berehat dan tidak mahu terlibat dengan perniagaan lagi.Wasiat terakhir “ Dia ada bagi tahu saya, isteri saya dan adik-beradik supaya ingat segala wasiatnya dan menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan memberi didikan terbaik,” katanya.Berlian untuk anak pemergi.

Mohd Faizul berkata, kakaknya juga berpesan jika dia sudah tiada lagi, sebiji berlian simpanan beliau perlu diberikan kepada anaknya, Irdina Hakim Jasman, 16.Jangan berebut harta“ Saya tidak pernah tengok berlian itu, tapi dia minta berikan kepada Irdina dan dia mahu kesemua anaknya tidak berebut harta kerana kakak sudah sediakan sebuah rumah setiap seorang,” katanya.

Faziani kehilangan nyawa semasa kejadian tidak diingini jalan raya di Pattani, Thailand kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin selepas Toyota Estima dipandu suaminya merepuh belakang lori dalam perjalanan untuk menyampaikan sumbangan zakat di Pondok Krong, Yala.Sementara itu anak Pemergian Faziani Rohban Ahmad, pengasas produk kecantikan

Dnars Skincare yang dikenali sebagai Iqbar Hakim memohon orang ramai mendoakan pemergian ibunya ditempatkan bersama para solihin.“ Assalamualaikum semua, saya ada berita kurang gembira. Saya baru saja selepas kehilangan bonda kesayangan saya, disebabkan kejadian tidak diingini.

“ Saya dalam perjalanan pulang ke kampung. Kepada semua, kalau boleh sedekahkan al-Fatihah kepada mommy saya semoga dia ditempatkan bersama kalangan orang yang beriman. Terima kasih,” katanya melalui video tersebut.Dalam entri yang berlainan, Iqbar turut berkongsi perasaannya yang masih terkejut dengan berita tersebut,

selain mewakili pemergian ibunya memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan, termasuklah untuk menuntut sebarang hutang jika ada.“ Ujian berat untuk saya, saya tak kuat, tapi saya perlu untuk adik saya tujuh orang,” katanya.p/s: semoga ditempakan di kalangan orang-orang yang berimanApa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. 

Sumber: sinarharian