Artis

Perangai Ain Edruce ketika majlis perkahwinannya telah mendapat perhatian warganet. Rata rata terhibur dengan gelagat Ain.

Pada hari Jumaat lepas, pelakon dan pengacara, Ain Edruce baru saja sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa jam 9.11 malam pada majlis akad nikah yang berlangsung di Quill City Mall. Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin RM888, selain tiga dulang hantaran berbalas lima.

Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga. Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ar Edruce Sabri, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perpisahan dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.

“Alhamdulillah, majlis dapat diadakan dengan sempurna walaupun persiapan dibuat pada minit akhir kerana kesibukan saya dalam lakonan. Semoga perjalanan kami dalam fasa fasa baharu sebagai suami isteri dipermudahkan.

Macam yang korang tahu, Ain Edruce ni memang agak masuk air orangnya. Dari gambar lepas nikah yang dia kongsikan dekat Instagram ni pun memang boleh nampak dia tak control ayu langsung. Namun, perangai masuk air dia tak terhenti takat ni saja, dalam satu video yang dimuatnaik di Twitter, korang boleh tengok Ain Edruce selamba je rap lagu Haa Tepok dari MeerFly, Kidd Santhe dan MK masa majlis persandingan dia semalam. Siapa je pasang lagu rap masa wedding lagi pulak nyanyi? Hahahaha

Bukan tu je, dengan gaya dia yang tengah pakai wedding gown sambil terangguk-angguk menghayati lagu memang pecah perut. Aduh dah kahwin pun perangai still crack. Terdahulu, pasangan ini bertunang pada 22 Jun lalu. Ain turut meluahkan punca dia terpikat dengan suaminya yang dikenali menerusi Instagram kira-kira setahun lalu, kerana sikapnya yang berbeza dengan pemuda lain.

“Amirul seorang yang sangat budiman ketika menyatakan hasratnya untuk berkenalan. Walaupun bukanlah terlalu romantik, dia lelaki yang suka berterus-terang,” katanya yang akan diraikan dalam majlis resepsi di lokasi sama, esok. Alhamdulillah sejuk mata min lihat wajah suami Ain ni.. Semoga berkekalan hinggah akhir hayat. Amin.

Sumber : MonyetHijau