Pengetahuan

Perut gadis ni membuncit, ada bayang nenek bongkok. Kisah satu keluarga disihir angkara dengki.

Akibat perasaan rasa dengki yang membuak-buak, sanggup seseorang itu menyihir sebuah keluarga yang tidak disukainya. Kesan dari sihir tersebut, seorang wanita telah dianggap tak siuman oleh masyarakat di sekelilingnya kerana dia sering dilihat bercakap sendirian, menggeleng-geleng kepala dan bergaduh dengan seseorang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Menurut Sinar Harian, wanita tersebut dikatakan terkena buatan sihir oleh seseorang berhasad dengki dengan keluarganya. Disebabkan sihir itu, rumah sasaran sering dirasakan berbahang dan tidak selesa untuk didiami sehinggakan dia terpaksa menumpang di rumah kawan untuk makan dan berehat. Kesiannya…

Malah dia juga suka berkurung di dalam bilik untuk bersendirian dan berada di dalam dunianya sendiri. Hal ini juga memberi kesan bukan sahaja kepada dirinya, malah ibu dan abangnya juga turut mengalami situasi pelik dan tidak selesa tinggal di rumah sendiri.

Tidak tahan dengan dugaan yang menimpa, mereka akhirnya merujuk ke Pengamal Perubatan Islam Iyra Shifa, Ahmad Iqbal Nasuha Kamel yang mula melakukan rawatan. Antara perkara yang mengejutkan berlaku ketika awal perubatan ialah tiba-tiba saja dua ekor ular keluar dari tanah dengan seekor darinya sudah tak hidup.

Pun begitu, seekor lagi melarikan diri tanpa diketahui apa spesisnya. Ular yang mati tadi kemudian dimasukkan ke dalam air Yasin yang seterusnya mengeluarkan bau busuk yang teramat. Peliknya, ular tersebut baru saja tamatkan riwayatnya. Tak logik pula boleh jadi sebusuk itu. Haa pulak dah! 

Menurut Ahmad Iqbal, semasa sesi rawatan, perut mangsa tiba-tiba saja menjadi buncit dan muncul pula satu bayang-bayang seperti seorang tua yang bongkokWehh seram sangatttt! Kemudian kawasan rumah pesakit tiba-tiba berasap. Semuanya disebabkan hasad dengki seseorang yang mahu melihat ahli keluarga tersebut tinggalkan dunia. Pun begitu, rawatan tersebut berjalan dengan lancar

dan wanita itu serta keluarganya mula beransur pulih. Bagi mereka yang mengalami gangguan makhluk halus dan sihir ataupun berkaitan dengannya bolehlah berubat dengan Iyra Shifa di Kampung Dusun Buluh, Pulai Chondong. Manalah tahu kesakitan yang dialami itu mampu terubat dengan perubatan Islam ini. Dah 2017 pun tak habis-habis main sihir eh??

sumber: lobak merah

Musnah rumahtangga angkara sihir

BERAT mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah derita terpaksa ditanggung Amirah (bukan nama sebenar) apabila terpaksa berpisah dengan suaminya dipercayai akibat perbuatan sihir. Walaupun jauh dalam sudut hati wujud rasa kasih, namun hanya perpisahan jalan terbaik

kerana setiap kali bertentang mata pasti akan timbul rasa benci menatap wajahnya. Setiap hari hidup diselubungi pergaduhan antara suami isteri, malah nikmat perkahwinan tidak lagi dirasai apatah lagi untuk melakukan hubungan kelamin. Semua ini terjadi gara-gara perasaan cemburu pihak ketiga terhadap kebahagiaan yang dikecapi oleh dirinya dan pasangan.

Itulah contoh kes yang masih berlaku pada masa kini. Walaupun melangkah ke dunia moden yang serba canggih, namun tidak dinafikan perbuatan sihir dan khurafat masih berlaku dalam kalangan segelintir individu yang menyimpan dendam terutama membabitkan hal rumahtangga.

Menurut pendakwah bebas, Muhammad Khairul Azhar Ghazali atau lebih dikenali Imam Muda Azhar, sihir itu hanya akan terlerai apabila pasangan tersebut berpisah meskipun saling menyayangi. “Sihir pemisah dan pembenci ini akan membuatkan pasangan suami isteri tidak lagi dapat bersama dan tiada jalan penyelesaian melainkan perpisahan.

“Kadangkala perasaan hasad terhadap kebahagiaan orang lain mendorong perbuatan ini dilakukan demi mencapai kepuasan hati untuk melihat orang lain sengsara,” katanya. Mengulas lanjut, Azhar memberitahu bahawa amalan sihir ini adalah haram kerana menggunakan unsur syirik iaitu amalan atau ritual menerusi perantara seperti jin atau makhluk jahat

dan selain daripada Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim,

lari daripada perlawanan dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.” – Riwayat Bukhari (2766) “Malah, bagi mereka yang melakukan sihir, dikatakan sudah terkeluar daripada agama Islam iaitu riddah (murtad) kerana amalan itu adalah bertentangan dengan syariat Islam.

“Manakala, bagi mereka yang mendapat khidmat sihir pula dikira kufur dan tidak diterima amalan oleh Allah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 malam.” – Riwayat Muslim (5957),” jelasnya.

Azhar berkata, amalan sihir yang digunakan oleh pihak ketiga itu terhadap rumahtangga adalah seperti sihir pemisah, sihir pembenci, dan sihir negatif untuk membuatkan pasangan berpisah. “Bagi mengetahui sama ada pasangan ini terkena sihir atau tidak adalah dengan cara berjumpa ustaz atau pakar perubatan Islam yang dipercayai untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

ELAK TONJOL KEBAHAGIAAN

Tidak salah berkongsi kebahagiaan terutama hal rumahtangga di media sosial, namun umat Islam perlu berpada-pada bagi mengelakkan timbul perasaan hasad dan iri hati orang lain. Lebih membimbangkan, gambar yang dikongsi boleh dijadikan bahan untuk diberikan kepada tukang sihir bagi membinasakan mangsa.

Justeru, menurut Azhar, antara kaedah mengelakkan diri menjadi sasaran sihir adalah dengan mengelakkan daripada terlalu menonjolkan kebahagiaan. “Jangan cari bahaya kerana mereka boleh menggunakan gambar kita untuk amalan ritual pemujaan sehingga menyebabkan kita sakit, bahkan membawa mati dengan hanya sekeping gambar.

“Jika kita mahu juga memuat naik gambar ke laman sosial, kita boleh ‘mencacatkan’ sedikit gambar agar tidak terlalu sama menggunakan sedikit teknik suntingan,” katanya. Di samping itu tambahnya, amalan seperti solat pada waktunya, bersedekah dan mengamalkan ayat al-Quran seperti Surah Tiga Qul boleh diamalkan sebagai pendinding daripada amalan sihir.

“Jika amalan-amalan ini diamalkan, Insya-Allah dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada amalan sihir ini. “Namun, sekiranya kita masih kena sihir meskipun telah melakukan amalan yang disyorkan bermakna Allah sayang kita dan ingin menguji sejauh mana keimanan diri kita,” katanya.

sumber: utusan online