Respon Norman Hakim terhadap netizen yang mahu merisik anak dara beliau yang terkenal dengan kejelitaannya.

Artis Inspirasi Kehidupan Keluarga Pendidikan Percintaan Perkahwinan Terkini Wanita

Anak Dara Norman Hakim ‘Dirisik’.Tidak dinafikan, anak-anak aktor Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi semakin mendapat tumpuan ramai lewat ini.Sebelum ini, anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim, 14, memenuhi tajuk berita portal hiburan kerana terpilih antara 10 pelajar yang diberi peluang melanjutkan pengajian hafazan di Turki.

Kini giliran Marissa Dania Hakim, 13, pula mencetus sensasi di media sosial gara-gara personaliti yang menarik.Mengumpul 192 ribu pengikut di laman Instagram, Marissa digambarkan ramai sebagai seorang yang pemalu dan sopan santun, apatah lagi memiliki rupa paras jelita bak ibunya.

Malah foto-foto Marissa yang dikongsi Norman di akaun Instagramnya juga mengundang puluhan ribu tanda suka peminat.Menerusi kiriman terkini di laman sosial berkenaan, Norman mendedahkan Direct Message (DM) yang diterimanya daripada netizen yang berminat ‘merisik’ Marissa.

“Dengar cerita budak kecil @marissadania_ ini tengah ‘viral’. Viral untuk apa tu? Yang pasti habis DM papa penuh dengan ‘risik’an yang padu.Yang pilu pun ada juga.Hafaz Alquran.“Nak bagitahu, anak dara saya ini inshaa-Allah tahun ini masuk 13 tahun bulan Julai nanti. Jauh perjalanan lagi. Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan,” katanya.

Pesanan Norman kepada yang mahu merisik.Di kesempatan itu, Norman menasihatkan netizen yang menyimpan niat itu supaya mendahulukan perkara penting dalam hidup, khususnya tanggungjawab terhadap Allah dan ibu bapa.“Kepada majoriti yang berniat’ untuk menjadi ‘Imam’ melalui DM yang saya baca,

alhamdulillah untuk nawaitu yang suci dan ikhlas itu. Saya anggap itu sebahagian daripada permulaan ukhwah dan silaturahim sesama kita.“Sepatah kata mama @abby_abadi112, ‘utamakan yang utama’. Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yang juga bakal

‘imam’ yang pertama sekali kepada Allah S.W.T. Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibu bapa kita umpama esok tiada lagi hari untuk kita di dunia ini.“Lepas itu barulah fikirkan untuk ‘mendirikan masjid’. Saya bercakap berdasarkan pengalaman.Nak mendirikan ‘masjid’ ini bukan sekadar bersandar pada teori. Saya yang dah nak masuk anak keenam ini pun masih lagi belajar seni utk ber’masjid,” katanya.

Tidak sekadar itu, Norman juga meminta netizen mendoakan yang terbaik buat Marissa dan dalam masa sama beliau berharap mereka diberi pulangan atas jasa baik yang diberikan.“Pakai bahasa ‘wicet’ pun tiada hal, janji ‘sempoi’ dan maksud sampai. Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas. Itu yang sama-sama kita jaga ok. Aamiin, inshaa-Allah,” katanya lagi.

Sumber : IG Norman Hakim via LayanVideo

‘Kami bersatu untuk kebahagiaan anak-anak’ – Norman Hakim

Norman menasihati supaya ibu bapa membuang sifat ego untuk mengambil langkah memperbaiki hubungan yang terputus. -InstagramPELAKON Norman Hakim mendedahkan menerima kiriman mesej daripada golongan anak-anak yang meminta pandangan untuk menyatukan ibu bapa mereka yang berpisah.

Menurut Norman dia menasihati supaya ibu bapa membuang sifat ego untuk mengambil langkah memperbaiki hubungan yang terputus.”Saya terpanggil untuk berkongsi di sini, khusus buat keluarga yang pernah berpisah (khusus buat ayah & mak yang berpisah yang mungkin kalian tak

tahu yang anak-anak kalian selalu DM saya minta pandangan & nasihat macam mana ayah & mak mereka ‘bersatu macam Abg Norman & Kak Abby’), maka jadikanlah Ramadan Kareem ini sebagai platform untuk penyatuan semula.”Buangkanlah ego yang bersifat syaitonirrajim untuk ambil langkah & usaha seiring dengan doa.

“Percaya dan yakinlah, doa adalah alatan mustajab kita sebagai muslim. “Berdoalah secara istiqomah tanpa lelah sehingga doa-doa kita memasuki frekuensi ‘Alpha’ di mana pada ketika itu baru kita akan faham betapa kuatnya mukjizat qalam doa ini dikala bersatu dengan izin kuasa Allah s.w.t yang maha kuat & hebat sehingga hati manusia pun bisa kita pupuk,

lentur, jaga, takluk & peluk hanya dengan doa dan pada ketika itu sesuatu yang dianggap mustahil akan jadi sebaliknya,” tulisnya.Tambah suami kepada aktres Memey Suhaiza ini, dia berpesan supaya terus beristiqomah berdoa serta berusaha untuk berdamai.”Buat adik-adik & anak-anak yang selalu DM@luahkan rasa, terus istiqomah dalam berdoa..berdoa & berdoa seiring dengan usaha melalui hidayah doa tersebut.

“Dan buat Ayah & Ibu yang terpisah, ‘bersatu’lah kembali dalam apa jua bentuk dan usaha demi cahaya mata harta dunia akhirat kita.”Kami ‘bersatu’ untuk kebahagiaan anak-anak & Allah hadiahkan kembali ‘bahagia’ buat kami seiring dengan rasa ‘kasih & sayang’ yang Allah s.w.t

sahaja yg maha mengetahui akan ‘rasa’ itu dan kami ‘bersatu’ kerana anak-anak sebab kami sangat takut tak dapat berdepan & menjawab didepanNya dihari muka nanti.”Akhir qalam…Hentikanlah pertengkaran,tinggalkanlah sangkaan,binalah perhubungan,saling bermaafan & hayatilah Ramadhan,” tulisnya lagi.

Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Anak Norman Hakim pelajar pertama hafal 160 bait ‘Qasidah Burdah’

JIKA sebelum ini, anak lelaki pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi diraikan pada Majlis Konvokesyen Huffaz.Hari ini, sempena sambutan Maulidur Rasul, giliran anak perempuan mereka, Marissa Dania Hakim, diraikan Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa 2018 di Kuala Lumpur.

Norman begitu teruja dan gembira kerana anaknya menerima anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri.Menerusi Instagram miliknya, Qasidah Burdah adalah terjemahan kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. ke dalam bentuk bait-bait puisi kesusasteraan Arab oleh Imam Al-Busiri yang mengandungi 160 bait.

Malah difahamkan, anaknya juga merupakan pelajar perempuan pertama berjaya menghafal 160 bait dalam tempoh empat hari. “Alhamdulillah syukur Ustazah maklum, Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat hafal 160 bait itu dalam masa empat hari.

“Allahu Alhamdulillah syukur terima kasih sekali lagi Ya ALLAH, maha pengasih dan pemberi segala nikmat serta rahmat,” katanya mengucap syukur kerana memilih dan memberi peluang kepada anak-anaknya dalam memperjuangkan kitab suci.Dalam pada itu, Norman turut mengajak netizen untuk terus mengisi masa terluang hari ini dengan memuji dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Norman Hakim timang anak lagi…

PENANTIAN pasangan selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza untuk memiliki anak perempuan tercapai apabila Memey selamat melahirkan puteri sulung mereka, hari ini di sebuah hospital swasta.Bayi seberat 3.35kg itu dilahirkan secara normal pada jam 12.52 tengah hari dan masih belum diberikan nama.

Berita gembira itu dikongsi Norman menerusi paparan video di laman sosial Instagramnya dan mendapat lebih 470,000 tontonan.Dia turut menerima ucapan tahniah peminat.Menerusi perkongsian hidup dibina pada 2011, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

Norman sebelum ini, memberitahu Memey dijangka melahirkan anak ketiga mereka pada awal Ogos ini.Sehari sebelum itu, Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi menyambut ketibaan anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim, 15, yang pulang ke tanah air selepas menduduki peperiksaan akhir hafazan di Turki sejak Februari lalu.

“Baby tunggu abang @danishhakim_243 balik, tu yang dia tak sabar nak keluar…BISMILLAH,” katanya dalam satu kiriman status ketika membawa Memey ke hospital pagi tadi.Perkahwinan Norman dan Abby turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Sebelum ini, Memey mengesahkan bakal menimang bayi perempuan selepas melakukan imbasan 6D (teknik enam dimensi) di sebuah pusat perubatan, semalam.Sebaik mengetahui jantina anak ketiga, mereka sudah membeli barang keperluan bagi menyambut kehadiran si kecil.

Memey memberitahu Norman beriya-iya mengatakan anak ketiga mereka perempuan tetapi dia enggan mempercayainya selagi tiada pengesahan doktor.Kelahiran puteri itu mencukupkan jumlah korum zuriat Norman iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan hasil daripada dua perkahwinan.