Respon penyampai berita Hawa Rizwana bila dikatakan bercinta dengan Sufian Suhaimi.

Artis

SUFIAN SUHAIMI BERCINTA DENGAN PEMBACA BERITA TV3? Patah tumbuh hilang berganti! Mungkin itu yang berlaku terhadap Sufian Suhaimi apabila didakwa sudah menemui pengganti iaitu seorang pembaca berita TV dikenali sebagai Hawa Rizwana. Namun bila diajukan soalan itu, Hawa Rizwana menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan mereka hanya berkawan baik sahaja. Katanya dia mengenali Sufian sejak dia menyambung pengajian di UiTM lagi.

“Ketika itu Sufian di bawah kendalian ayah (Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman) yang juga pensyarah di UiTM. Sufian sering datang ke rumah di Subang Jaya dan sejak itu kami berkawan. Saya tiada ‘feeling’ (perasaan) untuk percintaan dan kami juga tidak ke arah itu. Saya mahu katakan bukan pengganti Elfira Loy,” katanya dipetik sebagai berkata. Tambah Hawa, hingga kini dia juga berkawan dengan Elfira Loy.

Artikel berkaitan: Wajah Persis Neelofa, Kejayaan HAWA RIZWANA Cetus Inspirasi Golongan Millennial!

Sekali imbas wajah Penyampai Berita TV ini seiras selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor. Meskipun dikurniakan rupa paras cantik namun jika tidak disusuli dengan usaha gigih dan semangat kental untuk memajukan diri, sudah pasti apa yang diidamkan tidak akan menjadi nyata. Baru berusia 23 tahun, pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ini berjaya melakar kejayaan dalam kelas tersendiri.

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hawa memulakan karier dalam bidang penyiaran sebagai pelatih industri di sebuah stesen televisyen swasta. Menyedari potensi yang ada pada wanita muda ini, Hawa seterusnya diterima menjadi wartawan penyiaran dan pembaca berita TV.

Rupa-rupanya bakat yang dimiliki Hawa diwarisi daripada bapa tersayang, Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman yang pernah menjadi pengacara program RTM sekitar tahun 1990an. Selain komited dengan kerjaya impian hari ini, dek kerana populariti Hawa di media sosial.. dia juga sering dijemput menjadi panel bagi program berbentuk motivasi dan juga ilmiah. Walau penglibatannya dalam industri penyiaran masih ‘hijau’, namun rezeki Hawa kian melimpah ruah apabila dia dilamar menjadi Duta jenama muslimah, Umma. Untung empunya badan!

Malah, nama Hawa semakin dikenali ramai sejak kemunculannya sebagai wajah terbaru Buletin Utama TV3 semalam. Seperti kebiasaan, wajahnya sekali lagi dikaitkan dengan rupa paras menawan Neelofa dan pastinya Hawa sudah lali dengan situasi tersebut. Dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat … Hawa memiliki kacukan Arab, Siam dan Acheh. Patutlah cantik! Sebagai Instafamous dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial, kejayaan yang diraih Hawa sudah tentu menjadi pemangkin semangat khususnya buat generasi muda untuk menggapai impian seperti dirinya.

Kredit: Instagram Hawa Rizwana

Sumber: Metro via catatanterakhir & nona

Artikel lain : Video Pengumuman Sufian Suhaimi Sudah Ada Pengganti Dan Akan Bertunang Dengan Seorang Jurusolek Artis.

Video Pengumuman Sufian Suhaimi akan ‘BERTUNANG’ Dengan Seorang Jurusolek Artis, Buat Ramai Yang Terkejut. Jangan Marah Ye !!!! Sufian Suhaimi merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pencipta lagu di negara ini. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

Memperjuangkan muzik bergenre Pop, R&B, Balada dan Soul. Bakatnya dalam bidang nyanyian menyerlah sejak di zaman kanak-kanak lagi. Penyanyi berkaca mata ini, Mula belajar bermain gitar sewaktu di sekolah menengah. Kemudiannya Sufian Suhaimi menganggotai band De’ Mahameru ketika masih menuntut di Universiti Sultan Abdul Idris (uniSZA) yang mana pada waktu itu, mereka menghasilkan banyak karya secara amatur.

Mula dikenali menerusi single sulung berjudul Terakhir. Lagu gubahan dan senikata hasil tulisannya bersama Sirkhan dan Rinkarnaen itu juga berjaya menempatkan diri di Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL) yang berlangsung di Pusat Perdagangan Dunia Putra pada 22 Januari.

Terbaru dalam laman Instagram milik seorang Make Up Artis ( MUA ) yang dikenali sebagai Aizat Abdul Razak telah memuat naik video kemesraan mereka. Aizat Abdul Razak juga dikenali dengan panggilan Baby Nana di kalangan artis-artis tempatan.

Video tersebut memaparkan Baby Nana memberitahu yang Sufian Suhaimi dan dirinya akan ‘ bertunang ‘ tidak lama lagi . Pengumuman itu dibuat oleh Baby Nana semasa menghadiri Malam Anugerah Meletop Era baru-baru ini.

Selesai sahaja pengumuman tersebut, semua yang berada di situ bersorak dan terkejut. Ini sedikit sedutan dari rakaman video tersebut : Baby Nana : Hai saya Baby Nana, kami nak umumkan yang kitaorang akan ‘bertunang’ tak lama lagi ….

Sufian Suhaimi : Hahahaha… ( terus menjerit kerana terkejut dengan apa yang Baby Nana umumkan )

Haa.. kalau tak percaya tengoklah video kat bawah ni… Surprise sangat tau . ” Sorry la kami bukannya nk rahsiakan dengan korang. Tapi saya dengan baby pian sufian suhaimi akan melangkah ke fasa baru nanti. “

Rata-rata merasa terhibur melihat gelagat Baby Yana dan Baby Pian. Ini antara komen-komen mereka : ” Aduhh so sweet baby pian “ ” Pian pilih aizat ahahhah gi nangis kat bucu katil “ ” Alhamdulillah, Tahniah Baby Nana.. yg teruk lembek mashamm ke idok? “ ” Kalau nak nikah jemput lah hahhahahha “

” Sengal wei.. kenapa aku tgk banyak kali.. “ Selepas itu, Aizat di laman Instagramnya telah memuat naik kapsyen di entri terbarunya, menyatakan hubungan mereka yang sebenar. ” Pernah dengar tak lagu ni. “Saat yg bahagia hadir sekejap saja” hhahahahahahah. Halus betul abg pian. Sabar je la wak.. “ ” Baby pian melayan je kita. Kami kawan la dlm industri. Dia faham gila-gila saya. Begitu juga saya. “

Jangan marah ye. Gurau-gurau aje. Kami di Empire Media Network mendoakan semoga Sufian Suhaimi berjaya dalam bidang yang diceburinya. Amin..

Sumber : IG Sufian Suhaimi by Berita Kopak & Content Media