Respon Uqasha Senrose bila dirinya dikatakan ada hubungan cinta bersama Kamal Adli.

Artis

Ramai di kalangan peminat-peminat yang ingin melihat Uqasha Senrose dan Kamal Adli bercinta selepas melihat keserasian gandingan mereka dalam drama bersiri ‘Setelah Terlafaznya Akad’ yang kini sedang ditayangkan. Namun, bagi Uqasha, perkara berkaitan soal hati tidak boleh dipaksa, tambahan pula ketika ini, dia mahu memberikan fokus terlebih dulu kepada kerjaya.

“Mungkin kerana masing-masing masih solo, jadi ramai berharap hubungan baik kami berlanjutan hingga ke luar lokasi penggambaran. Soal hati dan perasaan di luar kawalan saya, malah perkara itu belum saya fikirkan secara serius kerana mahu terlebih dulu membina kerjaya,” katanya.

Uqasha yang membawa watak Nawal dalam drama itu bagaimanapun, mengakui selesa bergandingan dengan Kamal yang pada matanya tenang dan kelakar: “Banyak yang saya belajar daripada Kamal, terutama mengenai lakonan. Berbanding saya, dia lebih berpengalaman dalam selok-belok lakonan. Keserasian itu tercipta mungkin kerana kami lama di lokasi penggambaran.

“Hampir lima bulan kami bersama menyiapkan drama itu. Jika ramai yang suka, itu bonus kerana ia bermakna, gandingan kami menjadi. Lagipun, keserasian bukan perkara yang boleh dibuat-buat dan penonton dapat menilainya menerusi persembahan kita di skrin televisyen,” ujarnya.

Sementara itu, Uqasha turut menafikan, perkahwinan adiknya, Nelydia Senrose pada April lalu, memberinya tekanan untuk segera mencari jodoh: “Sudah jodoh dia berkahwin pada usia muda dan pilihan itu terbaik untuknya. Pada usia 26 tahun, saya rasa masih lagi awal untuk mendirikan rumah tangga.

“Untuk apa memaksa diri jika masih belum bersedia. Saya gembira dengan kehidupan Nelydia yang semakin teratur. Soal lambat atau cepat bertemu jodoh, saya serahkan kepada takdir. Saya tidak mahu mendesak diri hanya kerana memenuhi permintaan orang lain,” tuturnya.

Apapun, jika benar mereka ada hubungan istimewa, tak salah kalau mereka berdua bercinta sebab masing-masing pun single kan. Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : myartis.com

Artikel lain : Fikry Ibrahim Suka Tengok Dahi Uqasha, Jawapan Balas Uqasha Sweet Habis.

Selain daripada Fattah dan Fazura yang menjadi perhatian para netizen sejak drama bersiri Hero Seorang Cinderella yang telah ditayangkan di saluran Astro, nama dua pelakon yang turut berganding bersama #fattzura iaitu Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim juga semakin mendapat tempat dihati peminat. Baru-baru ini, Uqasha ada memuatnaik satu video di akaun Instagramnya dan video tersebut telah merakamkan perbualan di antara dirinya dan Fikry. Di dalam video tersebut, Fikry menyatakan bahawa dia suka melihat dahi Uqasha sambil tersenyum. “Saya suka tengok dahi awak,” kata Fikry. Uqasha turut ketawa selepas mendengar kata-kata Fikry itu dan berkata, “Dalam banyak-banyak muka saya yang dia paling suka sekali adalah dahi saya,” kata Uqasha. Sempat pula Fikry mengatakan dahi Uqasha seperti ‘bonggol’ namun Uqasha berkata dia bersyukur dengan kurniaan tuhan kepadanya. “It’s ok, tak kisah pun, tuhan bagi so kita bersyukur je dengan apa yang tuhan bagi,” ujar Uqasha lagi.

Lucu melihat dua pelakon ini bergurau sebegitu. Nampaknya chemistry yang dibina untuk drama Hero Seorang Cinderella telah membuatkan kedua-dua pelakon ini semakin rapat. Terdahulu di dalam drama Hero Seorang Cinderella, Uqasha dan Fikry memegang watak sebagai pasangan kekasih. Lakonan mereka itu menjadi dan terus mendapat perhatian daripada peminat drama tersebut sehinggakan ada yang mahukan mereka berkahwin secara sah.Memang tidak dapat dinafikan lakonan Uqasha dan Fikry berjaya di dalam drama tersebut. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: Instagram Uqasha Senrose via Media Hiburan

Artikel Lain : “Menjadi Eh Kamal Dengan Uqasha” – Peminat Drama Suka Gandingan Teraju Utama Setelah Terlafaznya Akad

Selepas drama bersiri CCC melabuhkan tirai, karya baru arahan pengarah prolifik Michael Ang, Setelah Terlafaznya Akad (STA) menemui kaki drama. Bersiaran di slot Megadrama bermula Isnin lalu, drama bersiri ini diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Drama bersiri ini merupakan adaptasi novel judul sama karya hebat penulis Ana Milia. Menerusi pemerhatian Gempak di laman sosial Twitter, drama bersiri STA telah berjaya meniti bibir peminat. Kaki drama mula ‘tersangkut’ dengan STA dan memuji keserasian lakonan antara Kamal dan Uqasha. Menjadi eh kamal adli dgn uqasha —(@_nsyzlna) June 18, 2019 : Weh comel sangat uqasha dgn kamal hmmmmm#setelahterlafaznyaakad

— opacarophile (@eyralapar) June 18, 2019 : Bestnya drama Uqasha Senrose dengan Kamal Adli ni. — 아라피피 (@LyafifiAbuBakar) June 18, 2019 : Gelak tak benti tgk Uqasha dengan Kamal ni hahahaha. #setelahterlafaznyaakad. — Mama Tinie (@MrsTinie) June 18, 2019 : Uqasha Senrose mesti tahan gelak je on set . . Kamal Adli tak boleh kelakar lagi ke ? Alaaaaaaa . . Dua2 masuk air . . Tak boleh brain laaa #setelahterlazafnyaakad #TeamNawal. — Izy IzyanIzzaty (@HeyIzyan) June 18, 2019 : Best episod 1 Drama Setelah Terlafaznya Akad..episod pengenalan yg banyak babak lucu antara Uqasha dan Kamal Adli..serasi betul gandingan diorang berdua..#Lina Azlina 522@azlina522. — Lina Azlina522 (@azlina522) June 17, 2019 : Selain Kamal dan Uqasha, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Zul Helmy, Zeera Azizi, Alif Muhaimin, Erwin Dawson, Sharifah Shahora dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Gunakan hashtag #SetelahTerlafaznyaAkad untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!