Kisah Rumah Tangga

Saje je tak amik accomodation, sebab nak jimat. Lelaki ini dikecam sebab biarkan anak bini merempat semata mata nak travel.

Apabila melancong ke luar negara, soal penginapan, makanan dan keperluan yang lain haruslah dirancang dengan baik agar tidak menyusahkan diri di kemudian hari terutamanya jika membawa bersama ahli keluarga.

Tidak salah mahu berjimat, tetapi janganlah sampai memudaratkan ahli keluarga terutamanya anak kecil seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang sanggup tidur di tepi jalan semata-mata mahu berjimat. Perkongsian lelaki bergelar ustaz ini mengundang pelbagai reaksi warganet yang berasa kurang senang dengan caranya itu yang dianggap menyeksa isteri dan anaknya.

SURVIVAL FAMILY

Bila saya cakap kami satu family ada tidur di tepi jalan kat Eropah, memang kami tidur tepi jalan betul-betul. Tidur kat lantai airport itu biasalah, tak payah cerita pun tak apa. Tapi ini betul-betul tepi jalan. Masa kat Itali, kami tidur kat kerusi Taman Citta Alta di Milan Bergamo, Itali.

Tempat itu sunyi, tak ada orang, polis pun tak ada. Kat tepi kerusi kitorang ada paip air yang kerajaan buat untuk minum. So kalau nak minum, minum situ saja. Makan biskut je. Saja je tak nak ambil accomodation sebab nak berjimat.

Hotel biasa-biasa pun harga sampai 50 euro satu malam. Baik tidur tepi jalan je, free. Banyak lagi boleh buat dengan 50 euro tu. Ambil hotel sekali je sepanjang empat hari kat Milan tu. Itu pun sebab nak mandi, basuh baju dan restock makanan masa breakfast (ops).

Ala, ambil gula dengan Nutella je. Beli roti, ngap!Alhamdulillah baby tak meragam. Isteri pula memang jenis hati stainless steel. Saya dah beritahu awal-awal masa mula-mula kahwin dulu yang saya ni ustaz saya bagi nama Ibnu Batoota.

Dia kata saya akan menggembara jauh. So kalau nak hidup dengan pengembara, hati tak boleh maruku, krup krap krup krap bunyi. Kalau tak mahu ikut, saya gerak seorang. Sama ada nak kena tinggal atau ikut dengan hati kering.

Dia pilih hati kering, sekering biskut Marrie. Alhamdulillah tak ada merungut apa-apa. Tapi ada juga sekali menangis sebab tak tahan sangat sakit pinggang tanggung beg, anak, 10 jam terkandas di airport. Selepas pujuk-pujuk sikit oklah.

Bukan nak merungut, nak mengadu letih saja. Biasalah perepuan, diorang kena lepaskan emosi itu, tak boleh simpan. lelaki pula, dia simpan dalam sebab kalau dia pun sama naik menangis bucu katil, baik potong **** je. Lelaki kena hati besi buhler Jerman boleh potong besi lain.

Baru lelaki namanya. Kalau tak, mohon pakai baju pelangi. Belum lagi cerita kami redah hujan di Itali jalan lima kilometer dari hotel ke stesen bas. Saya buka jaket saya selimutkan isteri dan anak sambil biarkan diri kebasahan. Isteri tegur, “amboi romantiknya”. Saya cakap, takdelah. Tu bukan selalu hero-hero cerita Korea buat ke? Saja je tiru-tiru. 
Di media sosial, warganet meluahkan rasa geram dengan lelaki itu.  Sumber: @__loveshak

Kami ada je duit tapi isteri nak rasa experience macam tu – Zakuan Faiz

Susulan perkongsian pengalaman travel ke luar negara sehingga dituduh membiarkan isteri dan anaknya merempat di tepi jalan, Zakuan Faiz, tampil memberi penjelasan. Menurut kenyataan Zakuan yang disiarkan di laman Siakap Keli, ramai yang salah faham dan keliru dengan perkongsiannya itu. 

Flight kami dari Poland masa tu tengah malam, sampai di Milan awal pagi.Saya tanya isteri macam mana, dia cakap tidur kejap kat airport Sementara tunggu bas pagi, baru carik hotel. Kalau sekarang ambik hotel, bazir je. Saya tanya ok ke, dia cakap dia ok, nak rasa jugak macam mana tidur kat luar, nak ambik experience baru.

So dia tidur dengan anak kat airport, saya tak tidur jaga barang². Lagipun ramai lagi orang putih dan traveler lain tidur kat airport tu tunggu bas pagi.
Pastu polis datang dan suruh semua yang tidur kat airport Tu bangun. Katanya tak boleh baring, boleh duduk je.

So kami akur je. Then tak lama lepas tu isteri saya cakap sakit pinggang kalau duduk lama-lama, jom lah carik tempat baring. Masa tu lagi beberapa jam je nak Subuh. So kami pun tunggu subuh dan solat kat airport .
Lepas subuh ada bas dah. Kami naik bas jalan-jalan kat taman Citta Alta tu sebab orang kata situ cantik.

Awal pagi sunyi sepi takda orang. Kalau ambik hotel pun kena check in tengahari. So lepas jalan-jalan ambik gambar semua, isteri sy nak tidur kat kerusi taman tu, sebab tak ada orang awal pagi kat situ , sementara nak tunggu tengahari sikit untuk check in hotel. Jadi saya pun mintak giliran tidur dulu kejap sebab tak tidur langsung sejak semalam.

Lepas sejam camtu, saya bangun, saya suruh isteri pulak tidur dan saya jaga anak dan barang-barang. Dekat-dekat tengahari kami gerak naik bas carik hotel. Kalau kami check in hotel lepas subuh, kena bayar full, pastu check out tengahari, bazir lah. So sekali tu kami jimat dan isteri pulak excited nak rasa experience baru.

Pasal anak, kami dah sediakan semua kelengkapan, saya dah travel dekat 50 negara dah. Jadi adalah sikit-sikit pengalaman, mula-mula pergi sorang, pastu isteri cabar diri nak ikut, pastu sekarang nak rasa experience baru bawak baby pulak. Alhamdulillah dah sampai 22 negara dengan baby ni, sikit pun tak meragam, sihat walafiat sebab kami memang jaga dia betul-betul. Tidur pun gilir-gilir. Sentiasa dengan selimut tebal dan lain-lain keperluan. Baby ok je selesa.

Kat hotel, breakfast included. Buffet. So kami pun makan breakfast tu.
Dan ada lebihan makanan tak habis atas meja kami, ada extra nuttela paket kecil dalam 3 paket camtu, so daripada diorang buang, saya bawak je lah. Orang hotel pun ok je saya tanya. So takde lah mengambil. Nuttela tu kami guna buat makan tengahari dengan roti.

Kami ada je duit, kad kredit pun ada, tapi isteri saya nak rasa experience macam tu, dan musim pulak musim panas, jadi tak sejuk pun.
Saya tak cerita lagi kami merentas Balkan jalan gunung ganang ikut jalan darat.

Memang kami yang nak experience. Sebab sebelum ni dah selalu sangat travel guna pakej, orang urus, selesa. So kali ni kami pilih nak ekstrim sikit, untuk pengalaman semata-mata. Bukan sebab miskin kalau miskin tak sampai lah ke 40 negara lebih.

Semua ok je alhamdulillah. Dah pergi lebih 20 negara dah dengan baby trip Kali ni , Allah pelihara, baby sihat, isteri sihat. Cuma sekali je terkandas kat Airport London 12 jam sebab ada berlaku salah faham dengan tempat sewa kereta dan hotel, nak baring tak boleh kat airport Tu, Boleh duduk je.

so isteri saya sakit pinggang. Sekali tu je dia cakap sakit. Waktu lain kami ambik hotel, apartment, airbnb dll kemudahan. Cuma benda yang jadi ni sebab waktu flight tengah malam je.
Sumber: Zakuan Faiz, Siakap Keli