Sebabkan suami berpoligami isteri bagi baby tepung penganti susu dan bagi garam dan sepeket maggi kongsi 5 beranak

Keluarga Kisah Rumah Tangga Perkahwinan

Asalamualaikum. tolong hide fb aku, aku tengah buntu dengan keadaan hidup aku sekarang.. aku tak ade tempat nak berbincang.. nak bertanye pendapat. aku suri rumah.. anak 4, sekarang tengah sarat mengandung anak ke 5. masalah aku sekarang.. aku terlalu penat..

Aku kena urus rumah tangga aku sorang diri. aku duduk menyewa rumah flat tingkat 4.. aku duduk dengan anak anak, aku urus anak anak.. turun naik hantar ambik anak anak aku sekolah.. beli barang dapur.. sume aku sorang dengan perut aku besar mengandung sebab suami aku dah kawen lain, dengan jande anak 2.. tinggal la aku dengan anak anak, yang kadang ade belanja kadang tak.

Aku penah bagi tepung kat baby aku. sebab tak ade susu. penah bagi garam penah bagi megi sepeket makan ramai ramai buat lauk.. penah anak aku sakit tak ade ubat.. penah pergi sekolah takde belanja.. suami aku tak balik balik, masej tak balas.

balik pon sesekali.. dalam sebulan anak aku macam dapat jumpa suami aku 2/3 kali je min.. kadang sebulan langsung tak balik jumpa kami. dah setahun, aku rahsiakan dari kelurga aku masalah rumah ttanga aku ni. dah 3 taun aku bermadu..

Dulu suami aku baik je, sayang kat anak anak.. sayang kat aku.. aku bahagia je dulu, walau kita orang tak kaye. sampai la 1 hari aku dapat tau suami aku ade perempuan laen.. terkejut sangat aku.. patut la suami aku selalu tak balik rumah..

aku jumpe sabun hotel banyak sangat dalam beg die. sebelum ni aku percaye suami aku.. rupenye die ade hubungan dengan kawan kerje die. masa die layan suami aku.. die masih isteri orang.. kawen 2 kali dah.. suami aku suami ke 3 dia sekarang ni.. anak dua dengan suami pertame.

suami aku selalu cite pasal perempuan tu.. selalu bagi die duit.. bagi duit pampes anak.. selalu belanja die makan. diorang berkawan mase suami aku baru masuk kerje.. sebelum ni suami aku berniaga.. tapi perniagaan dia jatuh.. susah sangat hidup kami masa tu, menumpang rumah mak.. kena hina orang selalu.. bila dapat keje baru, perempuan tu selalu bagi duit. aku selalu nasihat jangan pakai duit orang.. nanti termakan budi. betul ape aku sangke.. bila dah tau diorang ade hubungan..

aku tanya suami aku terus terang.. dia mengaku.. memang dia ade hubungan.. memang dia telnjur dengan perempuan tu.. selalu tidur same.. dia mintak maaf sebab curang dengan aku. macam nak pengsan aku dengar pengakuan dia… menngis nangis dia mintak maaf kat aku.. aku maafkan dia, sebab aku sayangkan suami aku. lame jugak diorang ade secandal sebelum kawen..

aku makan hati sejak semua tu terjadi. suami aku makin jauh dari kami.. terus aku nekad pindah dari rumah mak aku, aku takot keluarga aku tau ape yang suami aku dah buat. aku terlalu menjage maruah suami aku.. sampai hidup aku tersksa.

Bile diorang dah kawen.. suami aku berniaga balik, usahasama dengan perempuan tu. diorang duduk jauh dari kami.. sejak tu aku makin susah nak jumpa suami aku min.. Aku kesian anak anak aku selalu send voice kat whtsapp tengok profle ayah die selalu tunggu ayah die balik tapi aku tak tau kenapa susah sangat suami aku nak luang masa untuk kami..

sampi la aku mngndung sekarang.. pon aku masih sorang diri.. urus anak anak. aku penat min.. aku rindu dengan hidup aku yang dulu. aku cemburu tengok kelurga orang lain.. ade suami ade masa dengan anak anak.. aku tak tau ape aku nak buat. sampi bile la aku nak telan sume ni.

Apa pendapat anda. Sila share jika bermanfaat.

Ini 6 alasan biasa mengapa suami mahu cerai isteri yang mereka masih sayang

Alasan suami ceraikan isteri bukan sahaja kerana mereka jumpa wanita lain atau mereka sudah tidak sayang lagi. Ini antara 6 alasan suami yang lain. Selalunya, kita sering dengar alasan suami ceraikan isteri kerana mereka tertarik dengan perempuan lain atau perasannya tak sama seperti dulu, kan? Tapi bagaimana pula jika suami yang masih sayang dan cinta pada isteri memutuskan yang dia mahu bercerai?

Mungkin tidak masuk akal untuk suami tinggalkan isteri jika mereka masih sayang di antara satu sama lain. Tapi ada banyak alasan dan faktor lain yang membuatkan suami ceraikan isteri walaupun masih sayang. Hari ini, kami akan kupas apa 6 bentuk alasan mengapa suami ceraikan isteri yang mereka masih sayang. Jom lihat apakah alasan tersebut!

6 alasan mengapa suami ceraikan isteri yang mereka masih sayang

1. Beban emosi yang tidak tertanggung.Hal ini biasa terjadi pada pasangan yang kahwin muda dan mengharapkan perkahwinan hanyalah perkara-perkara yang indah saja. Akibatnya, apabila ada masalah, mereka tak mampu untuk menanggungnya dan memilih untuk “angkat kaki”.

Ia selalu terjadi apabila kedua-duanya mahukan pasangan mereka membuatkan mereka bahagia tanpa memikirkan perasaan pasangan, dan tanpa mengetahui yang mereka juga perlu bahagiakan pasangan mereka. Lalu, suami akan menjadi

kecewa lebih-lebih lagi selepas isteri meminta macam-macam dari suami. Jika suami selalu dipersalahkan apabila berlaku pergaduhan, suami tidak lagi kuat untuk meneruskan perkahwinan dan memilih untuk tinggalkan isteri.

2. Beban dengan tanggungjawab.Ini juga sama seperti yang pertama, beban emosi yang dirasai oleh suami. Jangkaan dari orang sekeliling tentang peranan suami yang dianggap sebagai ketua kelaurga. Apabila jangkaan-jangkaan

ini semakin berat untuk ditanggung, suami putuskan untuk tinggalkan isteri kerana tidak sanggup untuk memegang peranan sebagai ketua keluarga. Dia mahu terlepas dari bebanan tersebut walaupun masih sayangkan pasangannya.

3. Tidak bersedia untuk komitmen jangka panjang.Ini terjadi apabila mereka sudah muak dengan desakan orang sekeliling yang mahukan mereka untuk kahwin dan akhirnya berkahwin sebelum bersedia dengan sepenuhnya. Dia mungkin belum bersedia untuk menghadapi cabaran perkahwinan dan merasakan kehidupan bujang lagi senang dari mempunyai isteri.

4. Dia merasa kehilangan jati diri.Apabila berkahwin, ia merupakan perubahan terbesar dalam kehidupan seseorang. Kadangkala lelaki merasa yang mereka kehilangan jati diri apabila perlu menjadi lebih kuat untuk melindungi isteri atau tidak boleh melakukan hal-hal yang mereka suka sehingga mengalami depresi dan akhirnya membuat keputusan untuk bercerai.

5. Hubungan atas katil hambar. Pada lelaki, hubungan atas katil adalah faktor yang penting dalam perkahwinan. Jika dia tidak mendapatkannya yang mereka inginkan atau kepuasan, dia memlilih untuk mencari kepuasan di luar.

6. Dibandingkan dengan lelaki lain. Salah satu kebanggaan lelaki adalah apabila mereka merasakan yang mereka berjaya memperisterikan isteri mereka dari lelaki yang menjadi saingannya. Jadi, apabila isteri suka membandingkan suami dengan lelaki lain, ia pasti akan menimbulkan kemarahan. Tak hairanlah jika dia tinggalkan isteri yang selalu menyebut tentang lelaki lain dan merasakan isterinya tidak menghargai dan menyayanyi dirinya lagi.