Sebagai anak lelaki, dah bersedia ke nak jadi ketua keluarga kalau abah dah pergi satu masa nanti.

Kehidupan Keluarga Sedih

Aku nak kongsi sesuatu. Sebab aku rasa benda ni penting. Untuk aku, untuk kau, untuk kita. Tapi, post ni panjang. Paling panjang aku pernah taip. Kalau kau Melayu yang malas membaca, teruskan scroll. Abaikan post picisan aku ni. Aku seorang lelaki. Berumur 26 tahun. Bekerja sebagai seorang guru Bahasa Melayu. Setiap hari aku akan berulang alik hampir

150km++ untuk ke sekolah. Kenapa? Bukanlah aku riak, tapi sejujurnya, aku bukan tak mampu nak sewa bilik, nak sewa rumah berdekatan tempat kerjapun aku lebih dari mampu. Jadi kenapa? Masa aku kecik, aku selalu bayangkan, satu hari nanti, aku nak kerja kat KL. Bandar besar, ada LRT, ada KLCC, boleh jumpa Siti Nurhaliza. Senang cakap, semua ada.

Well, pemikiran seorang budak berbangsa Orang Asli macam aku kan, ditambah pulak selalu tengok Cerekarama hari Sabtu pukul 10 dulukala, apa kau expect? Tapi bila makin dewasa, aku ternampak sesuatu. Semakin dewasa kita, semakin banyak halangan untuk kita dekat dengan mak abah kita. Tak kira sama ada suka rela atau paksa redha.

Kawan-kawan, kadang-kadangkan, kita lupa. Tulah satu mak abah kita. Hilang yang tu, hilanglah selamanya. Kadang-kadang kita terlalu ikut arus hidup sampai kadang-kadang kita lupa apa yang telah kita tinggalkan. Kau tahu, aku selalu tersedar tengah malam Nanti berpeluh-peluh. Berdebar-debar. Kadang-kadang macam nak menjerit rasanya. Hati jadi sayu sangat.

Entah sampai bila keluarga aku, mak abah aku akan tetap ada dengan aku. Aku tahu. Dalam hidup takkan dapat lari dari dijemput ilahi. Sedang hidup itu pun lawannya apa? Setiap satu yang datang, satu hari tetap akan pergi. Setiap yang hidup, satu hari mesti akan pergi. Cubalah nafikan macam mana sekalipun, kau kena terima hakikat ni walaupun pahit.

Alhamdulillah. Aku belum pernah rasa hilang sesiapa dalam keluarga kecil aku. Aku pernah hilang orang yang aku sayang sangat, yang bukan keluarga aku pun, 3 tahun aku merangkak. Inikan pulak kalau hilang keluarga aku. Oh, by the way, 29 Oktober ni, orang tu akan berkahwin. Semoga bahagia dunia akhirat ya, awak. Jadi, maaflah kalau ada yang kata

aku tak layak bercakap tentang ni sebab aku tak pernah atau belum pernah rasa lagi hilang mak abah macam sesetengah orang rasa. Ya, memang betul. Tapikan, aku nak ceritakan satu pengalaman aku. Aku pernah rasa. Perasaan hilang abah. Walau hanya untuk 2 minit. Sakitnya, Allah. Kau takkan pernah dapat bayangkan. Kau tak tahu apa yang ada dalam hati

kau. Kau tak tahu apa yang bermain dalam fikiran kau. Kau malah tak tahu nak menangis atau nak ekspresikan diri kau macam mana. Sebab aku macam hilang rasa, macam hilang jiwa. Macam hilang semua. Aku dah tengok abah aku terduduk diam. Seperti tak bernafas. Dah goncang badan pun takda langsung pergerakan. Panggil sekuat mana pun takda sahutan.

Adik-adik sekeliling aku dah mula menangis. Mak dah mula hilang arah tapi masih usaha sedarkan abah. Satu je ada dalam fikiran aku masa tu. “Aku ni dah sedia ke nak jadi ketua keluarga?” Dan bila dengan tiba-tiba mata abah sedikit terbuka, rasa syukur tu boleh buat kau tersujud kat situ. Tapi, bila abah tersedar, abah tak boleh bercakap. Abah tak boleh susun

kata-kata. Struktur ayat abah tak seperti biasa. Abah hilang kosa kata. Kau boleh bayangkan tak, abah yang selama ni suka tanya teka-teki hambar, suka buat lawak tak kelakar, tiba-tiba seperti ingin menampar pipinya sendiri kerana tak boleh nak sampaikan sebaris ayat mudah.

“Nak tu , apa …. alah“ Abah mengeluh. Tunjuk arah cawan. Tunjuk air. Abah nak minum. Tapi abah tak boleh bercakap lagi. Allah. Beratnya dugaan ini. Abah jadi pendiam. Selalu termenung panjang. Abah dah tak nak cakap. Abah takut kami tak faham. Abah takut dengan diri sendiri.

Abah takut dia dah tak boleh bercakap lagi. Bila dalam kereta, mak selalu ajak abah berbual, tapi abah tak nak balas. Bila abah nak cakap sesuatu, aku cepat-cepat teka apa dia nak cakap supaya abah tak putus asa. Kurang. Aku rasa kurang bila dah tak dapat dengar suara dia. Aku rasa kurang tak dapat dengar lawak hambar dia. Aku cakap dengan adik-adik aku.

“Mesti semuanya dah tak sama macam sebelum ni kan? We gonna miss his voice, his lame jokes, nothing will be the same anymore”. Abah disahkan diserang minor strok. Dan bahagian yang terkesan ialah bahagian Broca dan Wernicke otak abah yang terlibat dalam proses pertuturan manusia.

Tapi, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah bagi aku rasa tu tak lama. Selepas seminggu, kebolehan bercakap abah kembali seperti biasa. Dan tentang semua rasa tu, walau tak banyak sekalipun, tapi sedikit sebanyak telah mengingatkan aku. Jadi, sebab tulah, aku ulang alik 150km sehari untuk ke tempat kerja. Walau kadang-kadang tertidur dekat traffic light, walau kadang-kadang tersengguk masa drive.

Tak kira lagi yang berhenti tidur tepi jalan sampai polis soal siasat macam aku ambik dadah. Apa tak betul penagih dadah handsome macam aku siap pakai kemeja ber name tag? Hahahaha. Biarlah. Walau tak banyak aku dapat bantu dalam urusan harian mak abah, tapi cukuplah mak abah orang pertama yang aku nampak bila aku buka mata, dan mak abah jugak orang

terakhir yang aku tengok sebelum aku tidur pejam mata. Doa aku, biarlah semua ni sampai bila-bila. Kadang-kadangkan, aku selalu terfikir. Biarlah aku pergi dulu. Dari pada mak aku. Tapi bila fikir semula, kalau aku pergi dulu, siapa pulak nak jaga mak abah? Tapi kalau mak abah yang pergi dulu, kuat ke aku? Dahlah.

Aku nak mark worksheet dengan homework student aku. Esok 4.30 pagi dah kena bangun nak pergi cari nafkah untuk makan bulan depan. Kang kena buang kerja satu hal pulak. Hmm. Macam nilah hidup seorang lelaki macam aku. Dahlah mithali, handsome, penyayang, berbudi bahasa, hampir pupus pulak tu. Selamat malam.

Sumber: Kisah Jalanan