Seperti sudah menjangka menghadap ilahi,pengasas Dnars Skincare membuat tahlil untuk pemergian ayahnya serta dirinya sendiri.

Agama Kehidupan Keluarga Sedih Terkini

TUMPAT: Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, sempat menjemput pelajar dari Madrasah Ahbabul Mustafa Al Islamiah, Kampung Menjual untuk mengaji di kediamannya selama 40 hari bermula hari ini.Setiausaha Sulit mudir madrasah berkenaan, Al Fatas Yasmi,

berkata selain mengimarahkan bulan Ramadan, ia juga sebagai tahlil untuk pemergian bapanya yang menghadap ilahi pada bulan Ramadan lebih 15 tahun lalu.“pemergian menjemput seramai 30 pelajar dari madrasah ini untuk mengaji di rumahnya di sini selama 40 hari bermula hari ini di samping mengadakan majlis tahlil.

“Rupa-rupanya tahlil ini nanti bukan saja untuk bapanya yang menghadap ilahi di bulan Ramadan lama dulu tapi dirinya sendiri (Faziani),” katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Paloh, di sini hari ini.Al Fatas berkata sudah empat tahun pengasas kosmetik itu memberi sumbangan kepada madrasahnya dalam bentuk makanan, keperluan serta kewangan.

Katanya, Faziani dilihat agak kelam kabut menyelesaikan urusan sedekah membabitkan beberapa pondok seperti sudah dapat mengagak pemergiannya bakal tiba.“Saya ada berbual dengan pembantu yang memberitahu Faziani ingin mempercepatkan segala urusan sedekahnya kepada semua badan kebajikan, pondok dan individu.

“Beberapa hari kebelakangan ini si pergi dilihat berkelakuan agak pelik dari biasa di mana ingin selesaikan segala urusan sedekah dan infaq sekali gus.“Kami memang sangat terkejut dengan musibah yang melanda beliau, bagaimanapun pemergiannya adalah pada bulan yang baik,” katanya.

Jasad tidak bernyawa Fauzani yang dibawa dari Hospital Pattani, Thailand tiba di kediamannya pada jam 6 petang diiringi suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, dengan menaiki van.Jasad tidak bernyawanya akan dimandi dan disolat di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit di sini, malam ini.Sumber: beritaharian

“Tidak ada bos sebaik’ – Bawa ramai pekerjanya menunaikan umrah

TUMPAT – Sayu saat mendapat berita Pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, turut memberi kesan terhadap 55 pekerjanya kerana usahawan itu disifatkan sebagai majikan yang sering menjaga kebajikan pekerjanya.

Pekerjanya, Mohd Mahzam Ismail,23, berkata, walaupun pemergian tegas dalam urusan kerja tetapi dia seorang majikan yang sangat baik dan pemurah.“Setiap hari bermula satu Ramadan, si permergi sediakan lauk pauk seperti ayam percik dan kuih muih untuk dibawa balik berbuka puasa dengan keluarga.

Bos beri beras dan barang dapur“Kami juga diminta datang solat terawih beramai-ramai di rumahnya sepanjang Ramadan ini dan sebelum puasa kami diberi beras dan barang keperluan dapur,” katanya.Sangat dermawan!Mohd Mahzan berkata, tidak ada bos sebaik si pergi yang

sangat dermawan dan ambil berat selain berhasrat untuk membawa pekerja bersama keluarga menunaikan umrah sebelum dia menutup mata.“Si pemergi nak bawa kami menunaikan umrah ramai-ramai naik satu kapal terbang. Sebelum ini pun dia pernah bawa ramai pekerjanya menunaikan umrah.

Mahu bawa mak ayah pekerja pergi umrah“Tetapi awal puasa, dia ada sebut nak bawa kami tunai umrah, nak bawa mak ayah kami bersama.Pelik juga tiba-tiba dia cakap pasal menghadap ilahi. Kami tak sangka dia nak pergi buat selama-lamanya.Bonus 2, 3 kali setahun!“Kami dapat bonus dua atau tiga kali setahun, hari keluarga setahun sekali,

jasanya kami sangat hargai, kehilangannya diratapi kami semua,” katanya.Pekerja, Mohd Husien Marjiko, 56, berkata, dia bekerja dengan beliau sejak sembilan tahun lalu.“Saya sedih ibu sudah pergi, dia anggap saya seperti ahli keluarga sendiri, saya bekerja di sini ketika anak-anak dia masih kecil lagi,” katanya.

Sumber :https://www.sinarharian.com.my

Kredit : Viral Gempak