Setelah beri makanan kepadanya, isteri terus menangis. Rupanya pengemis itu bekas suaminya.

Kehidupan Keluarga

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ” Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.” Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau si pengemis itu. Dalam hatinya berkata “Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku.” Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus berpisah dengan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut merasa susah sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. “Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan dimarahnya dulu!”. Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan”. Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :

” Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya”. Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat pemergiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian. Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai waktu pemergian kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya:

“ Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan hari pemergianku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10) Mengikut perkiraan asas matematik, apabila satu tolak satu, maka hasilnya adalah kosong. Bagaimanapun, tidak bagi amalan sedekah kerana perkiraan (1-1) itu akan jadi 10 sehingga 700. Begitulah gambaran betapa hebatnya pahala bersedekah.

Sumber: imi.gov

Artikel berkenan: Seorang lelaki terjumpa handbag tepi dinding sebelah kereta, terkejut bila melihat ada isi yang bernilai didalamnya.

Ganjaran berbuat baik dibulan puasa. Mlm tdi pegi tesco ,masa nk balik nmpk la dari jauh 2 laki bini tengah masukkan barang yg dibeli dlm kereta idaman aku.. Panamera beb.. Tapi dorang macam tergesa-gesa.. Mungkin nk cepat kot2 ada perkara kecemasan.. Aku jalan mcm biasa ja pergi kat kereta.. Kebetulan park bertentangan dengan kereta diorang.. Elok diorang beredar.. Aku pun nak naik kereta.. Sblm naik kreta aku suka cek tayar dgn body kereta.. Mana tau kot2 ada org buat hal ka apa ka.. Hehe.. Tiba2 mata ni ternampak ada handbag tersandar kat tepi dinding.. Kaler hitam bercorak.. Mula mcm mls nk ambik tau.. Pastu dalam hati.. Ish.. Beg sapa la tu.. Beranikan diri pergi ambik.. Masa tu takda org sgt.. Tu yg ambik.. Aku msuk kereta cpt2 lepas tu apa lagi.. Buka laa.. Masyallah.. Iphone s7+ dgn smsung s10 + kot… Huyoo..Buka purse.. Ada kertas cek tulis rm120,000.00..

Nk pengsan tgok nilai cek tu.. Dok belek2 benda dalam beg ada perfume, ada kunci audi gilooo.. Buku bank maybank.. Cek jumlah baki rm1,689,922.69..Dlm envelope kira2 ada rm20,000.00…Ketaq kepala weihh.. Cina kaya nohh…Hehe.. Aku rasa wife laki tu punya beg sbb dlm ic muka sama aku tengok tadi.. Tp aku ni bukan jenis nk makan duit haram.. Ingat Allah nmpk.. Bulan ramadhan pulak tu.. Start kereta nk pergi balai polis terus.. Tengah dok bawa kereta dengar mcm phone bunyi lagu cina… Bagi signal, park tepi jalan.. Ishh.. Terkejut pon ada.. Haihh.. tak smpat nk jwb.. Call masuk lg.. Dkt screen phone naik nma my hubby.. Aku jwb cpt2.. Helo.. Dia pon helo.. Ya hello.. U kat mana? Dgr mcm bising2 dlm kreta.. Hello.. I terjumpa beg wife u kt tesco tadi.. Dia ckp hayooo.. Arrr u ada mana? U ada mana?..Dgr suara wife dia bising2 meraung nangis sama..Cakap cina.. Lepastu laki dia macam marah bini dia kot.. Hehe.. Suruh diam kot..

Ok takpa mcmni.. Kita jumpa dkt tesco smula.. I tadi otw mau pergi balai buat report.. Alang2 u sudah call.. Kita jmpa senang I bagi beg dkt u.. Dia pun kata ok.. Bagitau no plat kereta senang cam.. Aku pun patah balik pergi tesco.. Dlm 15 minit camtu diorang sampai.. Aku pun turun kreta diorg pun sama turun kereta.. Tengok wife dia merah biji mata , hidung pon merah bagai.. Sotsrettt sotsrettt pegang tisu lap hingus.. Haha.. Lawak pon ada.. Aku pun serah beg kat wife dia… Nasihat lain kali hati2 jgn cuai.. Aku suruh dia cek beg.. Takut nnt hilang apa2 aku kna pulak nnt.. Laki dia ckp terima kasih byk2 lps tu ckp sorry susahkn u.. Bini dia pon ckp benda yg sma.. Aku kata its ok.. Aku ckp klau aku x ambik tadi belum tentu diorg dpt blik beg ni.. Ya lah.. Lain org lain perangai.. Diorg pun xleh lama nk cpt2 sbb td ada saudara call kata ada hal.. Sbb tu tadi tergesa2..Dh settle satu hal.. Aku pun lega xpyh nk susah2 pergi balai buat report.. Alhamdulillah.. Dapat tolong org hari ni..

Wife dia minta no. Phone aku.. Aku pun bagi je laa.. Lepas tu nmpk laki dia bawa kluar sampul duet raya cina.. Cpt2 bg dkt wife dia suruh bg dkt aku.. Wife dia pun cpt2 hulur kt aku.. Aku kata ‘xpa xpa saya ikhlas tolong’.. Dia paksa suruh ambik juga siap ckp, anggap ni angpow dari kami berdua.. Aku dgr kata angpow, apa lg.. Dlm hati brapa la dlm tu..Hihi.. Aku pun ckp ayoo ssh2 ja.. Dia pun explain psl cek dlm begduit tu.. Bla.. Bla.. Bla… Klau x mampos dgn bos dia.. Ooo.. Cmtu.. Ok ok.. Tu yg cuak spruh nyawa.. Xhabis2 ckp tq tq tq.. Muka pun nmpk mcm lega.. Masing2 beredar… Aku dok dlm kreta lg.. Gedik nk buka angpow.. Dpt rm10 pon xkisah.. Buka2 sampul xde pulak duit.. Hmm kecewa ckit.. Tp ada kertas berlipat.. Aku pun buka.. Ya allah..! Rm10, 000.. Berkelip2 mata.. X tahu nk ckp apa.. Nk nangis pun ada.. Nk jerit pon ada.. Biar betul.. Byk sgt ni.. Mcm nk bg blik.. Tiba2 phone aku bunyi.. Ada msg msuk.. Aku baca “Tq u sudah senangkan kita.. Enjoy your shopping.. Ikhlas dari kami gongxi2..”Xtaw nk ckp apa tergamam ni.. Aku pun drive balik rumah cpt.. Sapa nak shopping raya dgn akuuu??? Jom cepat aku belanja!! syoknyaaa mimpi sebelum sahur pagi tadi!! Siapa yg baca sampai habis dia power. hehehe

Sumber: coretanmedia