Setelah hubungan berakhir, akhirnya Fizo Omar bersuara.

Artis

KUALA LUMPUR – Harini kita dikejutkan dengan cerita artis terkenal tanah air iaitu Fizo Omar dan juga Mawar yang baru sahaja berpisah. Min doakan kesejahteraan Fizo sekeluarga, jangan lah timbul spekulasi tidak benar buat keluarga Fizo. Doakan lah yang terbaik. Menerusi halaman instagram Fizo Omar, Fizo meluah kan sesuatu dengan panjang lebar :

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN. Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami. Apa yg berlaku diantara sya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.

Sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya.

Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah,Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat.

Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak. Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami.

Sumber : IG Fizo Omar

Video Temubual Mawar Karim Dan Fizo Omar Buat Ramai Sedih.

Sekali lagi, dunia hiburan dikejutkan dengan berita perpisahan selebriti. Perkara ini sangat menjadi perhatian peminat apabila Fizo Omar dan Mawar Karim kini sah berpisah dengan talak talak satu. Bagaimanapun, menerusi sumber video rakaman temubual bersama Mawar dan Fizo dilaman Facebook Media Hiburan meraih perhatian apabila rata-ratanya meluahkan rasa sedih dengan kisah pasangan terkenal ini. Jodoh saya dengan Mawar terakhir disini… Bagaimanapun, Fizo mahupun Mawar dilihat sangat sedih menerusi video tersebut dan ramai mendoakan yang baik-baik buat mereka. Percaya dengan takdir Allah, pada Fizo ianya bukan satu pengakhiran namun sebagai permulaan baru kepadanya dan Mawar.

Semoga semuanya baik-baik saja…

“Saya Korbankan Kasih Sayang Saya Untuk Fizo,” – Berpisah dengan Talak Satu, Mawar Karim Reda..

Bekas isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim yang baru sahaja berpisah talak satu kira-kira jam 10.55 pagi tadi mengakui sedih atas apa yang berlaku. Bagaimanapun, Mawar, 30, tidak menafikan pengorbanan yang dilakukan atas yang paling besar dalam hidupnya. “Perasaan sudah tentunya sedih, tapi saya harap pengorbanan ini adalah satu pengorbanan paling besar dalam hidup saya. Bukan kerana ego atau harta tapi saya reda. Apa yang terjadi ini ada hikmah disebaliknya. Saya perlu jaga banyak hati pihak sebab saya takut apa yang saya cakap ini, takut disalahtafsir oleh pihak lain,” katanya sejurus selesai prosiding perpisahan sebentar tadi.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini pada masa sama turut menjelaskan, sebagai wanita, sudah tentu dia sedaya upaya cuma untuk selamatkan rumah tangga. “Selama tempoh enam tahun ini, kami cuba untuk selamatkan rumah tangga kami tapi saya pasrah dan sampai sini sahaja saya dan Fizo. Penjagaan anak dapatkan saya. Saya tidak akan pisahkan mereka sebab Maryam pun masih kecil. Saya korbankan kasih sayang saya untuk Fizo. Saya cuba pertahankan, tapi ini sudah pun terjadi. Cuma apa yang boleh saya katakan,  Fizo seorang bapa dan anak yang baik terhadap keluarganya,” kongsi Mawar yang turut mengakui ketika ini Maryam berada di bawah penjagaan Mawar. Terdahulu, Fizo melafazkan talak satu kepada Mawar menerusi prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, pagi tadi.

Fizo Omar Dan Mawar Karim Sah Berpisah Talak Satu.

Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka, akhirnya pelakon dan ushawan, Fizo Omar telah melafazkan talak satu dengan isterinya, Mawar Abdul Karim di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, hari ini. Lafaz tersebut dibuat Fizo atau nama lengkapnya, Wan Hafizol Wan Omar, 33, di hadapan hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan lebih kurang jam 10.55 pagi tadi dalam satu prosiding sebutan. Permohonan perpisahan itu dibuat usahawan yang sinonim disapa Mawar Karim, 30, selaku plaintif mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

Fizo yang juga merupakan pemenang tempat kedua Pencarian Hero Remaja 2007/08 dilihat tenang sepanjang prosiding berlangsung. Terdahulu, Mawar didakwa sudah menemui peguam terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan. Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan ramai apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anaknya. Fizo dilaporkan beraya di Kelantan, manakala Mawar dan anaknya pula di Pulau Pinang. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam.

SUMBER : MH

Artikel Sebelum : Terima Apa Jua Keputusan, Fizo Omar Akhirnya Dedah Apa Yang Terjadi. Kata Fizo, Mawar Tetap Ibu Kepada Anaknya.

Selepas beberapa hari gosip mengenai rumah tangga Fizo Omar hangat diperkatakan umum, pelakon itu akhirnya tampil menjelaskan mengenai keadaan tersebut. Mengakui rumah tangganya berhadapan masalah, Fizo berkata dia dan isteri, Mawar Abdul Karim akan terus mengekalkan hubungan baik demi anak mereka yang baru berusia dua tahun. “Apa-apa pun keputusan mahkamah nanti saya terima. Saya memohon maaf dan juga memaafkan semua pihak. Walau apa yang berlaku sekalipun, InsyaAllah hubungan saya dan mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam, zuriat daripada Allah yang kami nantikan selama empat tahun. Apa jua yang terjadi Mawar tetap ibu kepada anak kami,” katanya.Fizo menjelaskan situasi rumah tangganya itu di Instagram pada Khamis. Fizo sebelum ini mengakui terkejut apabila dimaklumkan isterinya sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.

Selain itu kata Fizo, 34, setiap pasangan yang berkahwin menyimpan impian untuk menjalani kehidupan bahagia buat selama-lamanya.“Sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian untuk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah.“Tapi apabila sampai waktunya, kita dipilih oleh Allah untuk diuji. Ia bermaksud kita mampu untuk menghadapinya dan percayalah Allah tidak pernah zalim kepada hamba-NYA,” katanya.Mawar, 30, sebelum ini memberitahu dia sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumah tangga mereka.Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang berusia dua tahun.

Fizo Omar Ulas Isu Rumah Tangga Bergoncang..

Pelakon dan usahawan Fizo mengakui terkejut apabila dimaklumkan isterinya, Mawar Abdul Karim sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.Menerusi laporan Harian Metro, Fizo, 34, berkata buat masa kini dia masih menunggu perkembangan dan tindakan seterusnya daripada pihak isterinya untuk menyelesaikan masalah mereka.“Apabila saya dapat tahu Mawar sudah mendapatkan nasihat daripada peguam, saya tahu perkara ini sudah menjadi serius.“Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini, saya masih menunggu perkembangan dan tindakan lanjut daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami,” katanya. Mawar, 30, menerusi laporan akhbar pada Ahad lalu memberitahu sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan. Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak. Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula di Pulau Pinang. Bagaimanapun, kedua-dua mereka memilih untuk tidak mengulas mengenai perkara itu. Dalam pada itu, Fizo menafikan masalah rumah tangga yang dihadapinya berpunca daripada orang ketiga namun mengakui perkahwinannya mereka kini berdepan kemelut. Menurut Fizo, dia tidak berniat untuk menyalahkan Mawar atau membuka aib mana-mana pihak namun beranggapan apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah.“Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-Nya.“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuan-Nya,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Asia Kini

Sumber: mstar dan ig