Suami kepada pengasas Dnars dedah sebelum berlakunya kejadian tidak diingini menimpa mereka semasa di Pattani,Thailand.

Artis Berita Info Inspirasi Kehidupan Keluarga Kisah Rumah Tangga Sedih Selebriti Terkini

Pemergian Faziani Rohban, yang merupakan pengasas kepada produk kosmetik Dnars Skincare benar-benar mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.Faziani disahkan menghadap ilahi setelah terlibat dalam kejadian tidak diingini kereta di Pattani , Thailand semasa dalam perjalanan untuk memberi sumbangan zakat kepada anak-anak tahfiz di sana.

Menerusi temu bual Sinar Harian, suami kepada beliau, Ahmad Shah Rizal Ibrahim tampil menceritakan apa yang berlaku.Kata Ahmad Shah, dia dan isteri sememangnya berada dalam keadaan penat sewaktu bergerak meninggalkan kediaman di Tumpat untuk ke Pattani.

Bagaimanapun, disebabkan janji yang telah dibuat Faziani, dia bersetuju untuk menemani isterinya dan mengambil keputusan memandu sendiri kerana pemandu mereka ada hal keluarga.Katanya, dia berasa mengantuk semasa memandu dan sempat terlelap di lampu isyarat. Disebabkan rasa mengantuk yang tidak dapat ditahan, beliau bercadang untuk singgah ke RnR sebentar.

Namun, ketika dalam perjalanan ke RnR, Ahmad Shah seakan terlelap dalam sesaat dua dan dikejutkan oleh isterinya. Tanpa disangka tiba-tiba dia sudah pun berada di belakang sebuah lori.Ini katanya:“Sebelum kejadian, saya tertidur di lampu isyarat, dia (Faziani) tidur di sebelah saya.

Saya beritahu isteri saya saya nak berhenti di stesen minyak depan itu untuk tidur atau basuh muka sekejap sebelum meneruskan perjalanan. “Lepas itu, saya tidak sedar dan dalam masa dua saat sahaja dia kejut saya, kejadian tidak diingini berlaku,”Ahmad Shah turut menambah, kebiasaannya kereta tersebut dipandu oleh pemandunya,

namun pada hari tersebut dia telah mengambil keputusan memandu sendiri memandangkan isteri pemandunya bersalin.Ahmad Shah berkata, menjadi rutin kepada mereka berdua untuk ke tahfiz tersebut cuma kali ini beliau memandu sendiri demi memenuhi permintaan isteri yang tidak mahu memungkiri janji yang telah dibuat dengan pihak tersebut.

Ketika ditanya tentang petanda awal yang ditunjukkan isterinya, Ahmad Shah berkata, arwah tidak menunjukkan tanda-tanda awal meninggalkan mereka dan bersikap seperti biasa sahaja.”Cuma saya masih ingat, semasa menunaikan umrah baru-baru ini,BELIAU ada tanya saya,

cuba you (awak) bayangkan selepas ini datang umrah seorang diri. Itu sahaja yang saya rasa pelik”Lebih 300 penduduk termasuk sanak-saudara beliau hadir pada majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar dekat Wakaf Baharu itu.

Sumber: Sinar Harian

“Suaminya sungguh kuat.. Masih boleh tersenyum saat ujian menimpa..”

Suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad iaitu Ahmad Shah Rizal Ibrahim kelihatan tenang dan redha atas kehilangan isterinya akibat kejadian tidak diingini Sabtu lalu.Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi sekeping gambar bersama lelaki berusia 42 tahun itu ketika menziarahi jenazah di majlis pengebumian yang berlangsung di Tumpat, Kelantan.

Menurut Aliff, suami beliau merupakan ‘tulang belakang’ dalam menjalankan perniagaan produk Dnars dan berharap agar lelaki itu terus tabah atas kehilangan isteri tercinta dalam sekelip mata.“Suami akak Faziani orang kuat Dnars.. Masih lagi tenang walapun hatinya hanya Allah sahaja yang tahu..

“Semoga abang Rizal tabah atas kehilangan isteri tercinta.. Mudahan isterinya ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicintai Allah SWT…“Sesungguhnya beruntung bagi mereka yang kembali kepada pencipta di bulan Ramadan ini,” tulisnya.Posting tersebut dihujani pelbagai komen dimana rata-ratanya mengakui suami seorang yang kuat

menghadapi ujian Allah SWT serta menitipkan doa buat sekeluarga.Terdahulu, kenderaan jenis Toyota Estima yang dipandu suami beliau berada di belakang sebuah lori ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah pondok di Pattani, Thailand untuk urusan membayar zakat.

Kuatnya! Masih boleh tersenyum…

Tanda sabar dan redha

Wajah orang beriman, tabah hadapi dugaan

Salam takziah buat mereka

Semoga beliau bersama para shuhada

Sumber : Aliff Syukri

Luahan Sedih Dari Anak Pengasas Dnars Dedah Ibunya Sempat Tinggalkan Pesanan Sebelum Dijemput Ilahi.

Al Fatihah.. Seorang USAHAWAN kosmetik yang terkenal, Pemergian Faziani Rohban Ahmad, sebenarnya sempat menitip pesanan semua anaknya seminggu sebelum dijemput Ilahi.Pengasas produk kesihatan dan kecantikan Dnars itu mengingatkan anak-anaknya supaya sentiasa mengamalkan kasih sayang dalam keluarga.

“Saya selalu pesan pada semua anak-anak. Jagalah kasih sayang. Bila jaga hubungan kasih sayang dengan adik beradik dan keluarga, sampai akhir hayat hidup akan bahagia,” ujar wanita berusia 40 tahun ini menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, genap seminggu lalu.

Pemergian Faziani semasa mengerjakan umrah di Tanah Suci, baru-baru ini.Pemergian juga turut menasihatkan lapan anaknya supaya mencontohi didikan bapanya dalam menjalinkan hubungan kasih sayang di dalam keluarga.“Contohi mummy tujuh beradik. Abah kami berjaya didik kami dengan hubungan kasih sayang,” ujarnya yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik.

Faziani dan suami ceria bersama anak-anaknya semasa bercuti di Langkawi.Dalam perkongsian berasingan, pemergian turut mendedahkan kesemua lapan anaknya terdiri daripada empat anak kandung dan empat anak tiri, hasil perkahwinannya terdahulu dan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim.

“Ramai yang DM (mesej secara langsung) tanya kenapa muka lain-lain? Anak siapa ni? Ya, ini semua anak-anak saya, semua lapan orang. Anak saya empat orang dan anak tiri empat orang.“Tapi dah lapan tahun kami tinggal bersama, sebumbung setiap hari selama lapan tahun dan mereka berlapan semua tidak pernah berpisah sesama mereka dan juga dengan kami suami isteri walaupun satu malam, kecuali hari yang kami outstation (di luar kawasan),” katanya.

Faziani sempat meninggalkan pesanan buat lapan anaknya. Sumber instagram faziani_rohbanMenurut Faziani, kesemua anak-anaknya di bawah didikan dan jagaannya bersama suami dan beliau menganggap dirinya sebagai ibu kandung kepada anak-anak tirinya.

“Begitu juga dengan anak-anak saya. Suami saya adalah umpama papa kandung mereka bukan lagi papa tiri. Semua suami yang uruskan dan anak-anak lebih rapat dengan kami berdua,” katanya.Pada kami suami isteri didikan dan kasih sayang yang adalah resepi kebahagian kami.

Doa saya sampai akhir hayat kami tetap bersatu dan tiada siapa boleh pisahkan kami kecuali takdir Allah. -FAZIANITambah Faziani, anak-anaknya tidak pernah bergaduh meskipun berlainan ibu dan bapa kerana sejak kecil dididik untuk saling sayang-menyayangi.

“Rahsia mereka tak bergaduh? Saya sendiri tiada jawapan yang tepat. Semua ketentuan Allah SWT. Yang penting adalah keikhlasan hati.“Pada kami suami isteri didikan dan kasih sayang yang adalah resepi kebahagian kami. Doa saya sampai akhir hayat kami tetap bersatu dan tiada siapa boleh pisahkan kami kecuali takdir Allah,” ujarnya menerusi coretan pada 9 Mei lalu.

Perkongsian Faziani pada 9 Mei 2019 mengenai anak-anak kandung dan tirinya.Dalam pada itu, pemergian turut berkongsi luahannya mengenai perasaan rindu yang menebal terhadap pemergian bapanya terutama setiap kali menjelang Ramadan.“Rindu pemergian Abah… kerinduan yang sangat sakit.

Setiap kali puasa terbayang pemergian Abah depan mata. Sakitnya hanya Allah SWT yang tahu.“Rindu tiada ubat hanya Al-Fatihah pengubat kerinduan ini. Hargai, sayangi dan luangkan masa dengan ibu bapa ketika dia masih ada,” kata Faziani.Faziani (berdiri, dua kiri) sewaktu kecil bersama pemergian bapa dan sebahagian adik-beradiknya.

Pemergian bapanya mendidik anak-anak supaya berkasih sayang.Faziani kehilangan nyawa akibat kejadian tidak diingini membabitkan kereta yang dinaikinya bersama suami, dengan sebuah lori di Pattani, Thailand pada pagi Sabtu.Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz untuk memberikan sumbangan.

Kereta yang dinaiki Faziani remuk selepas terbabit dalam kejadian tidak diingini dengan sebuah lori di Pattani, Thailand. Sumber Facebook Suami Faziani bagaimanapun hanya mengalami kecederaan dalam insiden itu dan dihantar ke Hospital Pattani untuk menerima rawatan.Faziani juga merupakan penaja utama bagi Anugerah Pilihan Online (APO) yang dianjurkan mStar pada 2016.

Sumber : mStar