Artis Kehidupan

Tandas 1 kosong, tandas 2 kosong. Jangan tidur atas katil. 5 cerita hantu paling femes masa kecil dulu.

Ingat lagi tak dulu masa kecik-kecik, abang, kakak or sedara mara selalu nak takutkan kita dengan cerita hantu. Padahal, dorang duk pusing-pusing cerita yang sama je kan? Tapi masalahnya, dalam pada dorang cerita yang sama tu, kita ni bukan main takut. Siap paranoid lagi! Pergi toilet paranoid,

bila gelap or rumah blackout takut, jalan sorang-sorang seram, eh macam-macam lah dek kerana cerita hantu dorang tu. Admin saja nak #throwback few cerita hantu yang rasanya paling popular and paling selalu kita dengar masa dulu-dulu. Mesti korang pernah dengar punyalah cerita ni kan?

Dengar macam takde apa tapi al kisahnya, makcik yang jual tu dia tanya dari tingkap ke tingkat. Selalunya, student yang study lewat malam la akan jadi mangsa and terbeli. Tengah malam kan student selalu lapar! Apa yang takut? Makcik tu berniaga window ke window tapi dekat tingkat tinggi. So dia jalan atas apa?

2. Jangan tidur katil atas, pocong suka kacau! I still remember, cerita ni paling buat admin takut sebab dulu duduk asrama. Pernahlah sekali dua nasib tak baik, tak sempat cop katil bawah. Terpaksalah tidur katil atas kan! Lagi pulak, ada keluar cerita Blok 404 yang ada scene pocong kacau kawan dia tengah tidur tu. Perghhh memang lagi kecut perut aku dibuatnya!

3. “Nak balik ke…dah tau…?” Kalau cerita yang ni pulak, confirm buat korang paranoid nak pergi tandas asrama malam-malam. Haha! Ala takkan tak tahu cerita ni. Al kisah, someone pergi basuh baju dan jumpa kawan dekat toilet buat basuh baju juga. Konon-konon dia happy sebab ada teman tengah tengah malam buta tu. Tengah duk syok membasuh sambil sembang tu, baju dia jatuh atas lantai.

Bila nak ambil baru perasan kaki ‘kawan’ tu tak cecah lantai. Menggigil beb! Dia pun apa lagi, “Erm awak, saya balik bilik dulu la…” ‘Kawan’ tu pun menjawab sambil tersengih, Nak balik ke…dah tau…?” Lepas tu dia mengilai weh! Mau tak lari lintang pukang ??? Lebih kurang dalam video ni lah cerita hantu tu:

4. “Tandas 1 kosong, tandas 2 kosong… tandas 3?” Siapa suka mandi malam-malam dekat asrama, kena kacau macam ni lah. Ada yang pernah kena? Kalau ikutkan cerita yang selalu kita dengar, orang yang mandi sensorang tu akan dengar suara perempuan main kira-kira setiap bilik air shower. Katanya, saja je benda tu nak kacau… Kacau tu takpe lagi, buatnya dia tonjolkan diri nampak muka adumakkkk….

5. Penanggal suka makan baby baru lahir. Admin dulu pernah kena marah dengan nenek sebab tanya kampung dia ada penanggal tak?  Mana taknya, dah kita ditakutkan dengan cerita penanggal ni suka makan baby baru lahir. Kononnya, penanggal ni punya deria mendengar kuat. Asal ada orang baru beranak je, confirm dia dengar bunyi tangisan baby

Tak kira dekat pelusuk mana pun dalam kampung tu, dia dengar punya… Korang ada ke pernah terserempak dengan penanggal masa tengah jalan-jalan dekat kampung? Hahaha! Apa lagi kisah hantu yang orang dulu-dulu selalu cerita untuk takut-takutkan korang? Ada yang korang pernah dengar selain list dekat atas ni? Cuba share dengan admin dekat comment tu. ?

sumber: lobak merah

Perbezaan Kanak-Kanak Zaman Dulu dan Sekarang

Biarkan mereka berkawan dan bermain. Biarpun berkelahi, biarkan mereka belajar untuk membentuk tali persahabatan yang kuat. Biarkan mereka belajar perkara-perkara yang baik dan bermakna. Ingat, pembelajaran tidak terhad kepada pembelajaran akademik sahaja

dan anak anda tidak akan kekal seorang kanak-kanak selama-lamanya. Pernahkah anda terfikir bahawa perangai kanak-kanak zaman sekarang jauh berbeza berbanding dengan zaman kanak-kanak kita? Kanak-kanak hari ini kurang sabar dan ada yang langsung tidak tahu apa itu kemahiran hidup. Mereka lebih kepada permainan peranti seperti tablet dan telefon bimbit.

Tidak macam kita dulu: kalau kartun tak ada, pandai-pandailah main sendiri kat luar atau ajak jiran dan rakan main bersama. Jadi apa yang telah membawa kepada perubahan ini ? Mari kita tengok beberapa perbezaaan zaman kanak-kanak dulu dan zaman sekarang:

Kepuasan Segera

Semasa saya di sekolah, mana ada internet? Tak ada email, telefon bimbit, whatsapp, semua tak ada. Kalau bertekad nak menulis surat untuk penpal di negara lain, kenalah pakai cara lama: kertas, pensel, sampul surat bersertakan setem. Selepas diposkan, kena bersabar tunggu surat balasan

dan saya masih ingat perasaan seronok itu, apabila abang posmen datang untuk menghantar surat saya. Sekarang kita hidup dalam zaman di mana segala-galanya adalah serta-merta. Kanak-kanak sekarang tidak akan faham perasaan seronok menunggu surat dari penpal.

Mereka dah pandai chatting, semua dah punya facebook, dah tak payah nak surat menyurat lagi. Mereka lupa untuk menghargai perkara-perkara kecil berlaku di sekeliling mereka. Mereka hanya mahu kepuasan yang serta merta. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan mereka mahu segala-galanya dengan cepat dan menjadi kurang sabar.

Tuisyen, 1 Sukan, 1 Alat Muzik

Untuk sesetengah ibu bapa ini adalah harapan yang standard untuk anak mereka. Anak semuda darjah satu kadang-kadang sudah didaftarkan untuk tuisyen, aktif dalam satu jenis sukan dan mungkin sedang belajar satu alat muzik sambil bersekolah setiap minggu. Pada pendapat saya, ini terlampau banyak sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk bermain dan membina kenangan.

Kehidupan cuma bagaikan rutin sahaja untuk memenuhi harapan ibu bapa. Bertentangan dengan senario diatas, masa saya masih kecil, saya tenang sahaja. Saya jarang mengalami tekanan mengejar kecermelangan. Sebaliknya saya diberi dorongan untuk memperbaiki keputusan saya dan saya jarang dibanding oleh ibu bapa, dengan rakan sebaya lain. Saya bebas untuk menyertai sukan kegemaran dan telah membina kenangan yang manis.

Kanak-kanak tidak berpeluang untuk berdikari

Kadang-kadang ia adalah lebih senang dan cepat jika ibu bapa melakukannya segalanya untuk anak mereka dari membiarkan anak melakukannya sendiri. Contohnya apabila anak mahu memakai kasut dengan usaha diri sendiri dan ibu bapa sedang mengejar masa. Sudah pasti ibu bapa anak itu akan tolong pakaikan, dan bukannya memberi anak peluang untuk belajar berdikari.

Ibu bapa sentiasa menetapkan apa yang harus dilakukan: “Buat macam ini,” “Jangan buat macam itu,” “Ikut cakap Ibu.” Anak tidak mendapat peluang untuk membuat keputusannya sendiri. Ibu bapa yang terlampau melindungi anak mereka akan mendapati anak tidak akan tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian apabila berdepan dengan konflik.

Peluang untuk membina kenangan manis

Jadi sebagai ibu bapa, janganlah tergesa-gesa untuk mendorong anak ke alam dewasa. Biarkan anak membina kenangan kanak-kanak mereka sendiri. Biarkan mereka berkawan dan bermain. Biarpun berkelahi, biarkan mereka belajar untuk membentuk tali persahabatan yang kuat. Biarkan mereka belajar perkara-perkara yang baik dan bermakna. Ingat, pembelajaran tidak terhad kepada pembelajaran akademik sahaja dan anak anda tidak akan kekal seorang kanak-kanak selama-lamanya.

sumber: theaseanparents