Teringat kembali detik diduakan suami, luahan hati bekas madu wanita ini buat orang awam sebak.

Artis Tips

Hidup bermadu bukanlah suatu perkara yang mudah bagi seorang wanita, tambahan pula apabila mengetahui si suami memilih untuk hidup bersama wanita lain, setelah kesetiaan diberikan oleh isteri. Ditemui pihak Majalah Nona, bekas isteri Kapten Azrin, Nor Azura dilihat tabah menjalani kehidupan mendatang bersama tiga orang cahaya matanya, setelah bercerai secara baik dengan suami kepada Insta famous terkenal, King Coco.

Kisah penceraian mereka mula tular di media sosial selepas bekas isteri Ude Wahid, Intan Salleh memuat naik foto bersama Nor Azura di Instagram. Air mata Azura tumpah jua…

Sebelum ini saya tak pernah kerja… Setelah berkahwin dengan Kapten Azrin, Nor Azura mengakui dia tidak bekerja dan hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa menjaga rumahtangga membesarkan tiga orang cahaya mata. Ujarnya, penceraian tersebut merupakan perkara yang mengejutkan, apabila dia perlu belajar untuk bekerja dan mencari duit poket sendiri demi membesarkan anak-anaknya.

Menceritakan kembali detik ketika suaminya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Insta famous tersebut, Nor Azura mengakui bahawa hatinya sedih dan terkejut. Ketika disoal, air mata wanita berusia 26 tahun ini tumpah, mengenangkan perkahwinan pertama yang hadir dalam hidupnya berakhir dengan perpisahan. Namun dia sentiasa perlu kuat dan tabah demi anak-anak.

Jika diputarkan masa, saya nak sangat belajar banyak perkara dan ada pendapatan sendiri… Menurut Nor Azura sepanjang perkahwinannya bersama bekas suami, dia tidak mempunyai pendapatan sendiri, dan jika diputarkan kembali masa dia ingin belajar banyak perkara dan bekerja supaya bersedia menghadapi penceraian ini. Ketika melalui detik sukar penceraian, keluarga dan rakan banyak memberinya sokongan supaya tabah dan kuat demi anak-anak.

Semoga Nor Azura tabah menghadapi dugaan sebagai seorang ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya

Sumber : YouTube, Instagram Nor Azura

7 tips untuk elak kes pasangan curang selepas bertahun kalian kahwin..

Curang dalam perkahwinan sering terjadi kalau pasangan leka.Semakin maju zaman dek peningkatan teknologi, semakin banyak mahligai indah yang dibina antara pasangan suami isteri musnah dek kes curang dalam perkahwinan.

Mungkin ramai yang menganggap curang adalah masalah normal kerana pasangan sudah mulai bosan dengan kehidupan berkeluarga. Tapi ia sebenarnya bukan normal! Pasangan yang curang memilih untuk menipu dan berlaku curang dengan pasangan mereka di belakang!

Jika anda salah seorang kes curang dalam rumah tangga, jangan sesekali menyalahkan diri anda. Bukan salah anda pasangan hilang rasa cinta dan tergoda dengan orang lain. Tapi anda boleh mengelak kes curang ini dengan melihat beberapa tanda amaran yang ditunjuk pasangan. Cara paling terbaik untuk mengelak penipuan dan curang dalam rumah tangga kalian adalah dengan mengukuhkan perhubungan. Di sini kami akan berkongsi 7 tips bagaimana anda boleh mengelak kes curang dalam mahligai bahagia yang dibina oleh anda itu:

#1 Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya pentingkan pasangan :Jika anda perasan yang kalian asyik meluangkan masa dengan media sosial berbanding bermesra dan bermanja ketika free, mungkin kalian berdua kena fikir sejenak tentang siapa yang perlu dipentingkan.

Jawapan paling tepat tentang siapa yang perlu dipentingkan dalam perkahwinan adalah pasangan. Kalau anda rasa anda tidak cukup mementingkan suami, cuba keluarkan tenaga untuk mengubahnya. Kalau anda rasa suami seakan semakin tidak menghiraukan anda, beritahu secara jujur padanya tentang apa anda rasa.

#2 Tetapkan peraturan penting :Selepas berkahwin, atau sepatutnya sebelum berkahwin, kalian berdua kena bawa berbincang peraturan penting tentang bagaimana kalian melayan orang lain. Contohnya mungkin ada pasangan yang anggap “terlalu ramah seakan menggoda” orang lain adalah perkara normal. Tapi, ada pasangan yang anggap ia sebagai curang. Jadi tetapkan awal-awal apa yang kalian mahu. Ia menjimatkan masa supaya anda tak bergaduh kelak bila timbul salah faham.

#3 Cuba jauhkan diri dari peluang berlaku curang :Jika anda rasa seakan-akan mulai jatuh cinta dan tertarik dengan rakan sepejabat, atau ada rakan anda yang seolah-olah cuba menggoda anda, cuba lari dan jauhkan diri dari situasi itu! Curang dalam perkahwinan adalah satu keputusan yang terletak di tangan anda. Jika anda menjauhkan diri daripada sebarang peluang yang boleh membawa kepada kecurangan, anda mungkin boleh berjaya.

Contohnya, elakkan diri daripada terlalu lama di luar tanpa pasangan, pergi melancong seorang diri, terlalu banyak masa bersendirian berbanding bersama pasangan dan sebagainya. Kalau boleh, cuba buat sebarang aktiviti dengan pasangan agar kalian semakin rapat.

#4 Bersikap terbuka dengan pasangan :Cuba cipta kebahagiaan dalam rumah tangga anda dengan bersikap terbuka bersama pasangan. Jika kalian jujur, kes curang dalam perkahwinan susah nak terjadi. Anda dan pasangan sepatutnya berasa selesa untuk bercerita dan berkongsi apa saja perasaan dan buah fikiran dengan masing-masing. Kejujuran akan membuatkan kalian lebih rapat dan memahami satu sama lain dengan lebih baik.

#5 Jangan lupa sentuhan! : Memenuhi keperluan bersama adalah perkara paling penting untuk membentuk rumah tangga yang sihat. Jadi, jangan lupa sentuhan daripada anda itu akan membentuk intimasi di antara satu sama lain. Tapi jangan push sangat jika kalian tak rasa nak berasmara. Cuba rancang surprise atau kelainan yang boleh membuak-buakkan nafsu pasangan. Pasti kalian akan melalui satu malam yang penuh mendebarkan!

#6 Jangan biarkan cemburu buat kalian bergaduh :Kebiasaannya, pasangan berkahwin akan kerap bergaduh jika salah seorang daripada kalian kuat cemburu. Jangan begini. Cemburu sebenarnya adalah duri dalam daging. Jika anda rasa cemburu kerana suami tak beri sepenuh perhatian pada anda, jangan terus maki-hamun dirinya. Sebaliknya, anda patut buat sebarang perubahan untuk biar suami “sedar” kelainan yang anda bawa. Kalau anda cemburu dia rapat dengan seseorang, cakap padanya terus!

#7 Jumpa pakar kaunseling :Berjumpa pakar kaunseling bukan bermaksud perkahwinan kalian bermasalah. Sebaliknya, kaunseling mampu membuatkan kalian berubah untuk menjadi lebih baik. Ramai pasangan suami isteri mengatakan kaunseling membuatkan mereka berkomunikasi dengan lebih baik, malah lebih memahami pasangan.

Jangan tunggu sampai perkahwinan sudah porak-peranda baru anda cuba untuk mendapatkan bantuan! Apapun, pilihan untuk curang sebenarnya ditentukan oleh 2 pihak. Anda boleh mengelak berlaku curang dalam perkahwinan jika anda tegas untuk menjauhkan diri dengan anasir yang tidak sepatutnya, dan mengamalkan 7 tips di atas.