Terkesan dengan perpisahan Fizo Omar dan Mawar Karim, wanita ini memberi panduan yang mendapat perhatian orang ramai.

Artis

Melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz, talaq atau seumpamanya oleh suami kepada isterinya. Perpisahan berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk berpisah secara baik, atau suami membuat keputusan untuk melepaskan isteri dengan lafaz talaq. Selepas enam tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Fizo Omar reda jodohnya dengan usahawan tudung terkenal, Mawar Abd Karim berakhir hari ini.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, berkata, perpisahan secara baik itu dibuat bersama kerana dirinya dan Mawar, 30, sudah tiada keserasian sebagai pasangan suami isteri selain tiada persefahaman lagi. “Cukup untuk saya katakan jodoh saya dan Mawar berakhir di sini”. Akibat terkesan dengan berita sedih Fizo Omar dan Mawar, seorang wanita memberi pandangan dan panduan yang menarik perhatian orang ramai sehingga postingnya dikongsi sebanyak 7.3K

Hari ini, Fara sedih sangat dan terkesan dengan berita perpisahan Fizo Omar dan Mawar Karim. Dari awal tahu berita ini lagi, ramai mendoakan agar terus strong tapi apakan daya, setiap orang ada limit kesabaran masing-masing. Siapalah yang impikan perpisahan. Tengok video semua mata berkaca tetapi terpaksa juga senyum. Perpisahan akan memberikan kesan besar buat anak-anak. Bukan soal harta, ego atau orang ketiga tetapi… Dua-dua mereka ini personally bagi Fara adalah orang yang sangat baik. Beradab, sopan dan humble walaupun masing-masing ada harta.

Kalau waktu jumpa abang Fizo ni, mesti sebelum buat kerja apa-apa, dia akan dahulukan solat. Gigih siang malam usaha cari duit. Walaupun sebusy mana, dan tak pernah berkira kalau nak tolong orang walaupun kita ni nobody saja.Nasihat itu seolah-olah memberi gambaran bahawa masalah dihadapi Fizo dan Mawar sehingga menyebabkan rumahtangga mereka berakhir adalah mempunyai kaitan dengan campur tangan keluarga mereka.

Fizo ni sebelum apa2, dia dahuIukan solat. “Dua-dua mereka ini personally bagi Fara adalah orang yang sangat baik. Beradab, sopan dan humble walaupun masing-masing ada harta.Kalau waktu jumpa abang Fizo ni, mesti sebelum buat kerja apa-apa, dia akan dahulukan solat. Gigih siang malam usaha cari duit. Walaupun sebusy mana, dan tak pernah berkira kalau nak tolong orang walaupun kita ni nobody saja”

Bila anak dah berkahwin, jangan sesekali campur tangan. Dalam pada itu wanita bernama Liyana Farahin ini sempat juga menitipkan nasihat daripada seorang Syeikh ini yang sering menjadi panduan hidupnya. Bila anak-anak sudah besar dan dewasa, berikan mereka ruang dan kebebasan. Kita sebagai parents hanya boleh bagi nasihat tapi bukan memaksa tak tentu pasal. Jika anak-anak melakukan kesalahan atau kesilapan dalam hidup, support mereka dan biarkan mereka ambil tanggungjawab dan bangun balik, belajar dari kejatuhan diri sendiri. Dengan cara ini mereka jadi independent. Seperti ketika kecil kita biarkan anak jatuh ketika ingin berdiri dan bangun sendiri, hanya dengan cara ini mereka mampu berjalan sendiri.

Hidup dan pilihan anak-anak yang sudah dewasa, kita sebagai parents tak seharusnya nak tentukan apa-apa, biarlah mereka dengan haluan masing-masing. Asalkan tidak bertentangan dengan agama. Bila anak sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri, jangan sesekali campur tangan dalam rumahtangga mereka kerana itu boleh berakhir dengan perpisahan. Apa yang elok bagi kita, tak semestinya elok bagi anak-anak. Apa yang berlaku pada kita, jangan dipaksakan pada zaman anak-anak. Hidup mereka biarlah mereka yang pilih. Zaman sudah berubah, cara pun sudah berubah.

Jangan dihimpit, jangan dipaksa, jangan main mainan emosi kerana tiada yang menderita melainkan anak-anak jua. Terdahulu, Mawar juga ada menyatakan bahawa keputusan berpisah ini adalah satu pengorbanan terbesar dalam hidupnya demi kebahagiaan Fizo sekeluarga dan bagi Fizo pula, rasa sayangnya pada Mawar masih lagi ada. Fizo juga menyatakan bahawa perpisahan mereka berlaku atas persetujuan dua pihak tanpa sebarang perbalahan. Moga Allah memberikan hikmah dan kebaikan kepada pasangan ini dan kesabaran untuk sembuh. Allah jualah yang menentukan segalanya untuk kita

Sumber: FB Nur Liyana Farahin