Terpaksa ceraikan isteri lepas 2 bulan nikah bila baca wasap seorang lelaki mengaku isteri mengandungkan anak dia.

Kehidupan Kisah Rumah Tangga Perkahwinan

Assalamualaikum admin. Saya ingin berkongsi cerita saya. Cerita ni, menarik untuk dijadikan iktibar pada semua. Sediakan popcorn, onde-onde, atau pisang goreng, sebab cerita nie panjang. Saya lelaki, umur lingkungan 30 tahun, baru berstatus duda, berasal dari utara. Hobi saya hanya 3 benda, mancing, main game dan futsal. Selain tu saya tak keluar rumah. Bole kata antisocial jugaklah saya ni.

Saya berkahwin dengan isteri saya atas dasar suka sama suka, berkenalan di universiti dulu. Setelah tamat universiti, kami sama-sama ingin mencari kerja. Saya asal utara, dia di selatan, dan disebabkn jarak tu jauh, kami amik keputusan cari kerja di kl/selangor. Di tengah2 antara kampung masing2. Gitulh plan nye, baru adil. Pendekkan cita, saya dapat kerja di subang, dia tak dapat2 kerja, dan akhirnya dia amik keputusan balik ke kampung halaman, cari kerja di sana.

Dia dapat kerja di kampung nya, dan saya pulak, bila dh pikir dia balik kampung, saya pun mula mengorak langkah balik ke kampung saya, dan kerja saya di kampung saya lebih tinggi gaji dari di subang. Jadi, lebih cepatlaa kawin, itulah pikiran saya. (pembaca mungkin fikir info ni tak relevan, nanti saya ceritakan)

Di company baru saya, adalah merupakan company yang memang saya idamkn untuk dpt kerja, bonus setahun 8 kali (mcm2 jenis bonus). Benefit tak terkira bagus, tapi kerja dia punya banyak, sabar je la nak. Saya melawat tunang saya sebulan sekali, dan saya perasan setiap kali saya melawat dia, pe’el dia berubah, makin lama makin berubah, makin kerap bergaduh, maki hamun dh menjadi biasa.

Dulu memula kenal, dia tak mcm ni. Ibarat ayat zizan razak dalam polis evo, dia mcm berahi ke kita (suka pada kita), mcm beriya sangat-sangat bila dengan kita, susah mcm mana pon takpa dia ok, tp makin hari makin berubah. Pernah saya ke sana, dia mcm menyampah, rimas dgn saya kat sana, saya fikir nie dugaan org tunang nie, takpa sabarlah dah tak lama nk kawin dah.

Pendekkan lg cerita, kami kahwin. Oh ya sebelum tu, dalam nak kahwin sangat2 dah nie, dia berkali kali usaha untuk saya batalkn perkahwinan kami. Dia pnh ngaku dia buat mcm2 utk gagalkn perkahwinan dia sendiri. Saya masih pegang dugaan orang bertunang.

Ok takpa majlis berlangsung sebelah dia saja, sebab nk jimat, sblah saya family saya buat simple2 je. Next lepas kahwin, saya ajak dia ikut duduk dgn saya di utara. Dia taknak, berkali kali saya ajak dia taknak. Alasan dia dah kerja, nk byr hutang dia. Komitmen hutang dia, campur hutang belajar, cecah 900+ sebulan.

Saya kata takpa, baliklah ke saya, saya boleh tanggung hutang dia sementara tunggu dia nk dpt kerja baru kt utara ni. Untuk pengetahuan semua, saya sediakan rumah flat di utara ni, yang lengkap air-cond, dapur, mesin basuh, tv, astro, internet, katil, dan tak perlu bayar sesen pun untuk duduk di utara ni, tapi dia taknak, dia berkeras. Bukan nk memandang rendah dia, tp kelayakan kami sama, gaji dia bulan2, bersamaan separuh gaji saya di utara.

Selepas sebulan kahwin, saya balik ke sana nak spend masa dengan dia tapi dia minta cerai sedangkan inai masih merah di jari dia mintak cerai dan dia kata saya tak boleh bagi apa pun kat dia hanya duit yang sahaja yang boleh. Tak da apa yang saya mampu cakap, saya buntu, saya balik ke kampung saya, saya belum ceritakan pada sesiapa masa ni.

Saya jadi extreme pendiam, prestasi kerja saya menurun, berkali-kali ditegur tapi saya mcm hilang akal, putus harapan, tekanan yang amat sangat. Tekanan saya sampai tahap saya boleh tenung excel workbook kosong untuk 2-3 jam. Saya berpegang, saya bekerja susah payah untuk bela isteri saya, tak apa kalau dia nak duduk di utara ni, takperlu kerja pun takpa saya sanggup tanggung dia duduk kat rumah saja. Susah untuk isteri tak salah kan…

Sebabkn tekanan, saya tak balik sana lama, dan selepas insiden dia mintak cerai tu, 2 bulan lebih selepas tu baru saya balik ke sana. Masa nie dia dah mengandung, dan dia muntah2 slalu. Tp bergaduh dan marah/maki dlm fon tu memang tetap ada.

Minggu yang saya balik tu sebenarnya dia nk ajak ke singapore, dgn officemate dia holiday. Saya cakap takpyh laa awk tu berisi susah nk berjalan nnt kat sana, dgn alahan lg awak. Dia setuju. Saya kesana, temankn dia ke klinik untuk check bby, masa tu dia alahan teruk dia ke tandas, dan sempatlah saya pegang fon dia.

Dulu saya percaya dia tp bila saya mintak fon dia tak pnh bg. Kalini saya dapat fon dia, dan saya bukaklah msg whatsapp dia. Disinilah ceritanya bermula smpai runtuh rumahtangga saya…. Dalam hp dia ada whatsapp msg dari lelaki, officemate dia, yang dia bersayang bersweet couple dgn jantan tu. Saya screenshot mcm2 msg sweet loving couple diaorg tu saya sent ke fon saya. Saya tunggu saya sabar. Balik ke rumah, dia masuk bilik saya scroll satu satu msg dia saya baca.

Ada part yang jantan tu ckp bby yang wife saya ngndung tu bby dia. Boleh bayangkn tak apa perasaan saya masa ni? Tp diaorg bersweet 2 org dlm msg tu la. Lunch skali, dinner skali, pastu saya selidik dgn mak dia baru saya tau dgn lebih detail, siap beramik berantar hari2.

Dia balik lewat gtau mak dia ot, tp bila check fon dia tu, ada je part dia g karok skali dgn jantan tu, tgk wayang dgn jantan tu skali, mcm diaorg tu laki bini. Bayangkn saya bekerja bersengkang mata di utara, utk menyara dan membela isteri dikampungnya yang tgh syok bercinta dengan laki orang.

Sekarang make sense kan kenapa dia taknak balik ke utara? Kenapa dia nak kerja situ sangat2? Dan kenapa dia beriya nk gagalkn perkahwinan dia sendiri? Dan yang mengajak dia bercuti ke singapore tu adalah jantan tu. Dan jantan tu dah kawin, laki orang bercinta dgn bini orang.

Ok part 2.. Saya gtau family dia benda ni skali dgn dia. Dia berkeras kata tu salah saya sebab abaikn dia sebab berjauhan. (saya ni workaholic, tak kerja saya buat either mancing, men game or futsal, itu je la kerja saya, tp tempat kerja saya tu memang etaktreme, kadang masuk 10 pagi balik 2 pagi, hari2 sbtu ahad pon kerja).

Lepas saya cerita ke mak dia, mak dia ajak abah dia bwk berubat dia tu. Ya memang, jantan tu sihirkn wife saya, untuk porak perandakan perkahwinan kami. Di rumah mak dia, dukun tu berjaya menarik keluar patung yang ditanam di kawasan rumah, di mana laki tu tanam, supaya saya dan dia bercerai berai dan tak dapat bersama. Lega, selesai, dan dalam hal nie, dia akhirnya akur untuk ikut saya pulang ke utara. Menangis dia sepanjang jalan sebab kena tinggalkn kampung halaman.

Selepas dari insiden saya membaca msg antara dia dgn jantan tu, kasih sayang saya macam terhenti sebentar kpd wife saya, sebab saya berpegang prinsip, ya sungguh dia terkena buatan org tp klau dia tak melayan dr awal benda ni takkn terjadi.

Saya berasa useless, tak berguna segala pengorbanan saya sia2 saja, bkn takat saya tak berkawan dgn pmpuan, nak bercakap dgn pmpuan pon payah. Bkn saya ni sejenis, tp saya ni pemalu dan pendiam. Saya kesiankn dia sbnarnya masa dia mengandung saya buat endah tak endah sgt dia nak mintak diurut dibelai semua tu, tp saya macam acuh tak acuh sebab rasa sakit hati tu kekal, lama, smpai dia melahirkn anak.

Setelah saya bawa pulang dia ke utara atas prestasi kerja saya yang merudum, saya diberhentikan kerja. Saya memang dah expect saya akan dibuang, tetapi saya gagahkn bertahan supaya wife saya dapat bersalin hospital exclusive, sebab dah termasuk dalam company policy wife nk bersalin boleh pilih mana2 private hospital, full coverage.

Hebat bukan company tu? Tetapi malangya, saya diberhentikan kerja, 2 bulan sebelum dia melahirkn anak. Dengan tak ada kerja, tiada simpanan mencukupi, dengan anak yang bakal lahir, dengan bil elektrik air gas memasak makan minum astro internet dan hutang dia sebulan 900+ bagaimana saya nak tanggung? Saya redha, saya rela kerja 7-11, tempat lama saya, yang memang kekurangan orang.

Untung badan saya satu saja, saya tak ada apa2 hutang, gaji saya terima bersih, tiada installment kereta (kereta pun tak ada mana nak datang ansuran), tiada sewa rumah, tiada hutang belajar, saya naik motor saja. Kereta isteri saya, saya yang bayarkn dulu, tu hutang saya tanggung cecah 900+ sebulan.

Cerita ni panjang lagi, tp saya yakin pembaca pun dah fedup sebab pnjg sgt, jadi saya skip ke situasi terkini, sebab apa yang berlaku diantara tu tak penting sangat. Dia melahirkn anak di utara, berpantang di kampung dia, kemudian balik ke utara, sekejap, dan kemudian dia kata dia dpt kerja di kampung, terus dia pulang ke kampung.

Ada yang cakap kat saya kenapa tak larang, kerana saya pegang pada janji dia, dia ckp minggu ni saya balik sana, minggu dpan dia balik ke utara, gilir2 gitulah sampai bang jamil takde. Ye paham semua kan? Saya panggil dia balik, punya susah dia nk balik, alasan ada anak susah nk naik bas, susah bas selalu rosak tgh jalan, kena kerja hujung minggu, company activity, mcm2 lagi. Saya tegaskn, yang saya faham kesusahan dia utk balik ke utara, tp inilah life yang dia pilih, keputusan utk bekerja di selatan, jadi dia kena bertabah dlm menghadapi dugaan ni semua.

Dia salahkn saya, dia kata, patutnya si suami paham keadaan isteri, patut balik ke selatan lawat isteri. Bukan biarkn mcm tu saja. Saya pulak salah? Masa nie, saya dh bekerja dengan company baru di utara, income yang stable, company yang besar tp low profile.

Kerja banyak tp santai. Kalau ada yang bertnya saya, kenapa tak join wife saya bekerja di selatan? Bukan sekali bukan 2 kali wife saya ajak saya ke selatan bekerja sekali dgn dia, tetapi pembawang-pembawang sekalian, ingatlh yang dia pernah kena buat dgn jantan tu, ditanam nya patung di rumahnya, disihirkn utk dipisahkn kami, apakah pembawang berfikir yang saya tetap akan ke sana utk bekerja? Ibarat meyerah tengkuk untuk disembelih kalau saya ke sana.

Kalau ada yang menyuarakan bekerja di sana kemudian pindah keluar dari rumah tu, ya boleh, tp di sana pekan kecik, pusing2 memang akan bertembung jugak dgn jantan tu, tak harini esok lusa. Faham dh kan apa concern saya? At least kalau disihirkn wife saya saya boleh berubatkn dia, klau dah 2 2 kena sihir, sapa nk berubatkn sapa? Nganga sajalah jawabnya.

Saya masih berharap yang dia pulang ke pangkuan saya, walaupun saya telah ceraikan dia. Bukan sebab saya bencikn dia, saya sayangkn dia, cuma kejadian baru-baru ni di mana saya pulang ke kampung dia, ke selatan, setelah hampir 4-5 bulan tidak bersua muka. Hari ke-2 saya di sana, ditengkingnya saya, dijeritnya kepada saya, dihalaunya saya pulang ke kampung saya.

Penat datang dari jauh tak hilang lagi, tetapi saya dihalau pulang ke kampung halaman. Bukan kali pertama saya dihalau balik. Itu tempat dia, itu kampungnya, siapalah saya disana. Jadi pulanglah saya ke kampung saya, lpas saya menceraikan dia.

Pembaca msti tertnya mana salah saya sepanjang ni, salah saya adalah saya slalu abaikn dia sebab berjauhan, sebab saya nie workaholic, cari duit utk wife saya, bg dia senang duk kt rumah itu je. Sebab tu saya nk dia duk dekat dgn saya bkn jauh2, nanti susah saya nk jaga. Saya juga suka main game, mancing, futsal.

Klau stress inilah 3 aktiviti saya. Lain takde. Jadi disini cerita saya tamat. Panjang cerita kan? Banyak pengajaran kan? Ni bukan dongeng ini fakta semata mata ye tuan puan admin bawangers sekalian. Tahu tak kenapa saya cerita semua ni dengan detail dan terperinci? Kerana, ketiga-tiga mereka adalah follower tegar page ini, bekas isteri saya, jantan tu, dan juga isteri jantan tu.

Ketiga-tiga follower tegar page ini. Ucapan saya untuk jantan tu, tahniah, kerana kau berjaya membuatkn isteri aku benci aku seumur hidup. Memang betul aku dpt bebaskn sihir kau, dan dapat buang kau dari hidup aku dan dia, tapi kau telah ‘menang’ dalam membuat dia benci kepada aku. Dan kepada bekas wife saya, kalau rasa nak balik tu baliklah, kunci rumah masih milik awak lagi, kalau nak kita rujuk elok2.