Tiada hadiah yang lebih bermakna buat Zed Zaidi apabila diberitahu menerima menimang cahaya mata kembar

Artis Baby Kehidupan Keluarga

Tiada hadiah yang lebih bermakna pada sambutan Hari Bapa sekiranya diberikan hadiah ‘dunia dan akhirat’. Itulah yang boleh digambarkan buat pelakon Zed Zaidi apabila dia telah berkongsi sesuatu yang cukup gembira buat dirinya dan keluarga.

Timang Bayi Kembar Perempuan

Semalam, Zed telah mengumumkan bahawa isterinya Natalia Mustafa selamat melahirkan bayi kembar pada 1.33 tengah hari. Menurut Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil, bayi kembar perempuan itu masing-masing seberat 3.15 kilogram dan 2.7 kilogram telah dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kota Damansara.

Gurauan Jadi Realiti 

Kongsi Zed lagi, dia dan isteri sebelum ini pernah bergurau untuk mendapatkan bayi kembar namun tidak menyangka gurauannya itu telah menjadi kenyataan

Sebelum ini, dia nyaris kehilangan salah seorang daripada bayi tersebut apabila isterinya mengalami cecair merah beku ketika hamil malah turut tidak tahu bahawa kandungan tersebut merupakan pasangan kembar.

“Pada awalnya kami ke klinik dan buat imbasan, doktor tak beritahu ianya kembar.Selepas itu kami ke hospital kerana isteri mengalami cecair merah beku dan doktor memaklumkan salah seorang daripada mereka mungkin tak dapat hidup. Ketika itu baharulah kami tahu sebenarnya ia kembar,”

Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen milik pelakon itu dengan ucapan tahniah malah ada diantaranya turut meminta petua untuk mendapatkan anak kembar. Zed dan Natalia telah mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011 dan dikurniakan anak lelaki, Ryan Zikri,7 tahun.

Artikel yang berkaitan

Zed Zaidi

Rozaidi Bin Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (lahir 27 Jun 1980) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.

Biografi

Beliau pernah menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), peringkat diploma dalam jurusan Komputer sains pada tahun 1999. Beliau juga melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda Pentadbiran Undang-Undang di (Uitm). Selain itu Zed Zaidi juga pemegang Bachelor In Communication With Honnor di Universiti Utara Malaysia (UUM). Sehingga kini beliau masih meneruskan pembelajaranya ke peringkat Sarjana (Master) di Universiti Sabah Malaysia (UMS).

Zed Zaidi secara tak sengaja menimbulkan kontroversi dengan pengarah dan anak kepada penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, iaitu Syamsul Yusof, dengan mengkritik beliau dalam blognya, zedzaidi.blogspot.com. Beliau berpendapat bahawa Skop Production akan terus maju tanpa Syamsul. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati buat Syamsul Yusof.  Namun, beliau menjernihkan keadaan dengan menyatakan itu hanya pandangan beliau sebelum Syamsul Yusof berjaya dan beliau hanya menegur sebagai seorang sahabat dan rakan dalam industri seni .

Kini beliau aktif di dalam kesukarelawan dan kebajikan di dalam persatuan atau ngo. Jawatan yang di sandang adalah Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di sini la bermula era baru dalam kehidupan beliau di mana kontroversi menjadi sebahagian hidupnya. Bermula dengan perjuangan membantah kemasukan Artis Luar yang tidak mengikuti saluran Undang-Undang Negara kontroversi yang amat ketara sejak beliau menjawat jawatan sebagai Presiden SENIMAN adalah mengenai kemenangan AARON AZIZ di Anugerah Bintang Popular.

Beliau berpendapat Anugerah Malaysia untuk Orang Malaysia. Dengan prinsip perjuangannya di dalam industri seni Beliau mewujudkan Tagline ” ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, SENIMAN RAKYAT UNTUK NEGARA. Semejak beliau memimpin SENIMAN banyak perubahan telah berlaku dan suara beliau mewakili anak seni ini di dengari oleh pihak kerajaan.

Perjuangannya mengenai Rumah, Insurance untuk artis serta kebajikan proaktif membuahkan hasil sehingga kerajaan menerima cadangan beliau iaitu mewujudkan Perumahan Khas artis di bawah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), dan kesungguhan kerajaan memberikan insurance kepada artis dibawah SKIM INSURANCE SENIMAN atas cadangan beliau sendiri kepada menteri Tan Sri Rais Yatim.

Selain itu beliau juga Pengerusi Agensi Anti Barang Terlarang Kebangsaan Dang Wangi Wilayah Persekutuan, AJK Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Yang Di Pertua Pertubuhan Rakan Kembara Malaysia Peringkat Putrajaya, Ahli Jawatankuasa Khas Biro Sukan & Kebudayaan Majlis Belia Malaysia, Ahli Majlis Kerja Creative Content Industry Guild, Ahli Majlis Kerja Gabungan Persatuan-Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Penasihat Pertubuhan Pakar Telekomunikasi Malaysia (PAKAR), Penasihat Pertubuhan Agro Usahawan Muda Malaysia (PAUMM), Penasihat Pertubuhan Ekonomi Melayu Inovasi Malaysia.