Kehidupan

Saat nyawa dihujung tanduk, gadis ini menyebut Allahuakbar 3 kali ke arah ular tedung selar, berlaku sesuatu yang tak dijangka.

GAMBAR SEKADAR HIASAN..

Seorang wanita cantik terselamat dari ular tedung selar sekali pun pemergian sudah menanti dihadapannya. Saat berhadapan detik cemas itu, dia hanya menyebut Allahakbar (Allah Maha Besar) sebanyak tiga kali secara perlahan-lahan sambil matanya memandang ke arah ular tedung selar berkenaan.

Ajaibnya, ular berbisa sepanjang 3 meter yang ketika itu sudah mengembangkan kepala dalam keadaan “berdiri” tegak, seakan faham bahawa kita semua adalah makhluk ciptaan Allah.

Ular tedung selar ini sudah bersedia mematuk namun saat terdengar ‘Allahuakbar’, binatang berbiasa boleh melibatkan nyawa ini terus berlalu pergi. Terbukti kalimah ‘Allahuakbar’ ini bukan saja mampu memberikan semangat tetapi mampu menundukkan binatang bisa yang juga makhluk Allah.

Buat sesiapa yang berhadapan dengan detik cemas, jangan sesekali panik. Ingatlah Allah. Perkataan Allah Maha Besar ini ternyata memiliki keajaibannya. Berkongsi detik cemas dilalui baru-baru ini, kongsi Roshaliza Abdul Razak ketika itu dia sedang leka membaca majalah Mingguan Wanita di ruang dapur rumahnya selepas selesai solat Zuhur dan dalam keadaan berwuduk lagi di Kampung Ekor Lubok, Sidam Kiri, Sungai Petani.

Sebaik mengangkat kepalanya, dia terperanjat kerana ular tedung selar sudah tegak dihadapan tubuhnya. Ketika itu dia hanya terfikirkan nyawanya sebelum lidahnya basah menyebut kalimah ‘Allahuakbar’ dengan perlahan.

Sebaik selesai menyebutnya, ular yang mampu membahayakan nyawa manusia dalam tempoh beberapa minit ini terus menyusur ke bawah almari di rumahnya. Bacaan di Wikipedia menyatakan, dalam rahang ular ini tersimpan kira-kira 7 ml bisa. Dengan sekali semburan dan patukan, bisa ular ini mampu membahayakan nyawa seekor gajah dan 20-30 orang manusia. Gerunkan.

Liza menunjukkan lokasi di mana ular itu menyusur pergi. Kucing inilah hero menunggu ular itu sehingga kedatangan pihak bomba. Lebih ajaib, sebaik ular itu menyusur, bagaikan faham nyawa tuannya masih belum selamat, kucing peliharaan yang dipanggil Meow seakan faham ‘bahasa’ apabila Roshaliza memberi arahan untuk menunggu di tempat ular tedung selar bersembunyi sebelum pihak Bomba Dan Penyelamat dipanggil untuk menangkap ular berkenaan.

Roshaliza yang berketurunan Daeng Perani (kisah lima bersaudara bangsawan Bugis yang terlibat dalam agama dan politik di Kedah pada zaman dahulu berkata, kucingnya setia menunggu di tepi almari dalam keadaan jarak tiga kaki sahaja dari ular berkenaan sehinggalah pihak Bomba datang menghulurkan pertolongan.

“Bagi saya, ini satu pengalaman menakutkan. Saya sendiri tak sangka yang Meow faham ‘bahasa’ untuk menunggu di hadapan almari berkenaan lebih 45 minit sebelum pihak Bomba datang lalu menangkap ular ini.”Memberikan sedikit petua andai berhadapan situasi cemas, kata Roshaliza atau disapa Liza, inilah diamalkannya.

Sebutlah perkataan ‘Allahuakbar’ dengan perlahan. Janji sebutan nama Allah ini didengari oleh binatang buas atau berbisa.Tarik nafas dalam-dalam selepas melihat ular pergi. Jangan panik. Jangan terus bergerak kerana ia mampu menarik kembali perhatian ular. Ular tak akan teragak-agak mematuk kalau terasa dirinya teran cam. Selepas ular menjauh, barulah ambil tindakan pantas dengan menghubungi pihak Bomba.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Sumber : remaja.my via kashoorga via cegitucegini

Artikel lain : Kisah benar buat ramai terkesima. Wanita ular api bawa suami orang sampai ke katil.

Kadang-kadang, memang seronok membaca perkiraan Zodiak Cina ini. Ia tahyul. Tapi secara kebetulan, banyak pula yang terkena dan mengena. Kami ada kisah benar untuk anda. BANYAK sangat orang malah banyak juga sumber bahan bacaan berkaitan hal-hal zodiak dan astrologi memaktubkan bahawa,

insan yang lahir dalam Tahun Naga adalah cantik jelita berparas rupawan (jika dia seorang perempuan, ehem, betulkah?) dan kacak tampan menggetar perasaan (jika dia seorang lelaki). Eiii, benarkah?  Berwaspadalah dengan apa yang anda baca. Kedua-dua nilai ini — menjadi susuk tubuh yang elok lagi molek secara badani.

Bukanlah jaminan cinta kita dan dia tidak akan pernah goncang hingga penghujung hayat nanti. Kerana dikatakan lelaki itu memiliki sembilan akal dan satu nafsu. Manakala wanita pula didenyutkan oleh satu akal dan sembilan nafsu. Yang benar, penyatuan cinta itu, seharusnya dibangunkan oleh banyak faktor terimbang toleransi, kesefahaman tingkat rohaniah,

tarikan besi berani hubungan badaniah, ekonomi yang saling dipersetujui, pertembungan emosi yang saling melengkapi, rumpun famili yang serba mengerti dan menghormati; juga kekurangan-kekurangan serta kelebihan-kelebihan suami isteri yang merawat cela masing-masing. Lalu akhirnya, mengangkat darjat pasangan ke satu makam manusiawi yang lebih tinggi. 

Bukankah SEMUA yang di atas antara tujuan sebenar kita menyerahkan jiwa raga sewaktu kita bersetuju untuk dikahwini? Betulkah Orang Tahun Monyet Boleh Rentung Kena Sembur Dengan Naga Api? Saya, dalam putaran roda zodiak Cina, dimaktubkan sebagai seekor Naga — Naga Api. Manakala suami digalurkan sebagai Monyet Tanah! Mungkinkah Monyet Tanah ini hangus rentung dilahar Naga Api? 

Kerana dalam banyak segi; sikap, kecenderungan dan tingkah-laku Naga Api, memberi banyak kesamaan dengan babak kehidupan saya yang sebenar. Tidak saya ketahui apakah sekadar kebetulan atau kerana pengaruh bintang dan bulan? Naga Api dikatakan antara zodiak paling digeruni dalam Astrologi Cina, dinyatakan sebagai bercita-cita tinggi, berkobar-kobar, pantas, perfectionist. 

Namun Naga Api cenderung membuat keputusan yang salah jika sedang marah. Maka mungkin inilah keindahan jodoh takdir Allah yang menyatukan saya dengan Monyet Tanah — yang dikatakan sebidang bahu yang baik untuk bersandar dan menangis, disebut-sebut sebagai insan yang boleh dipercayai, bersifat menyejukkan, memiliki daya ingatan serta fokus yang sukar digugat. Kebetulan yang sangat benar! 

Bila Isteri Ular Api Main Asmara Dengan Suami Orang, Si Kambing Api! 

Kenalan seorang sahabat saya memberitahu, isterinya (berzodiak Ular Api), sedang hangat bermain asmara dengan lelaki sejabatan di pejabat kerajaan. Kekasih gelapnya itu lelaki berkarisma, bergred tinggi, bukan calang-calang bicaranya jika masuk mempengerusi mesyuarat tertinggi. 

Cinta terlarang yang dibajakan isteri orang ini tidak bertepuk sebelah tangan. Kerana rupanya nafsu suami orang yang berbintang Kambing Api yang sudah tertumpul itu; bercas-cas dengan maraknya setiap kali terpandangkan si wanita Ular Api! Aduh, aduh. Wanita Ular Api itu sedikit lagi terjerlus ke ranjang bersama kekasih gelap.

Mujur suami Ular Api cepat menyedari lantas segera membawa isterinya lari, terbang jauh ke kota Dubai. “Kita dianjurkan agar tidak takut untuk berhijrah. Maka inilah pengorbanan dan hijrahku, untuk menyelamatkan perkahwinan kami,” kata suami wanita Ular Api yang berbintang Babi Logam. 

Ya, seperti terserlah seluas-luasnya karisma Babi Logam, yang dimaktubkan sebagai manusia yang tegap pada luaran, cermat, bijak menyimpan perasaan, tidak mudah tunduk pada emosi. Ternyata Ular Api yang ekstrovert, handal memujuk rayu, pandai mencairkan hati lelaki; pun akhirnya berserah pasrah kepada suami. 

Setapak Lagi Wanita Ular Api Terlanjur ke Ranjang

Wanita Ular Api kembali ke pangkal jalan perkahwinan, menarik semula kakinya yang hampir terlanjur ke ranjang orang lain, bermuhasabah. Kini khabarnya dia orang penting dalam organisasi keagamaan yang aktif menjalankan kerja-kerja kebajikan, dalam dan luar negara. 

Begitulah, sekali air bah, sekali pantai berubah. Ya, tidak kiralah jika kita ini seekor Harimau Logam dan si dia seekor Arnab Air yang mudah berkecaian di celah kuku dan taring kita. Seharusnya perkahwinan itu membawa rahmat hijrah tidak terbanding. Perkahwinan itu mewaraskan keanehan-keanehan kita, perkahwinan itu menjinakkan perilaku liar zaman bujangan,

malah perkahwinan itu menundukkan kesombongan dan kemandirian kita kerana barangkali kehidupan lalu sebagai wanita solo telah berlangsung terlalu lama, sehingga hati kita menjadi keras seperti batu. Ya, perkahwinan itu rumah indah. Tangan kitalah yang menghias atau mengotorkannya. majalah intrend! facebook, ikuti kami di twitter and instagram.

Benar atau tahyul itu hak anda untuk menentukan. Jangan sampai terbawa bawa dengan cerita yang memudaratkan. Jangan jangan juga terlalu percaya. Dengar boleh, percaya jangan. Jangan lupa like, share dan komen okay! terima kasih.

Sumber: intrend