Artis

Video akhirnya setelah bermain dengan teka teki, Dato Aliff sudah berbaik dengan isterinya. Tak sangka rupanya mereka bertengkar hanya gara gara ini.

Umum sedia tahu bahawa rumah tangga pengasas kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri dan isterinya sedikit bergolak. Walaupun tidaklah sehingga mengakibatkan perbalahan besar, namun, posting-posting mereka berdua di Instagram jelas menunjukkan hubungan yang sedang diuji.

Ini diperkuatkan lagi dengan muat naik ibu Aliff Syukri yang mengiyakan masalah rumah tangga anak lelakinya itu. Hampir beberapa bulan juga pasangan tersebut tidak bergambar bersama dan membuatkan warganet mulai mengesyaki sesuatu.

Walau bagaimanapun, hubungan Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida telah pun kembali pulih. Hal tersebut dimuat naik Aliff sendiri di Instagram miliknya dan memaparkan dia memohon maaf kepada isteri tercinta sambil berlinangan air mata.

“terima kasih allah.. kerana masih sygkan family ni. smua orang nak bahagia dalam perkahwinan setuju tak?? kalau setuju komen di bawah
Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah banyak dugaan cabaran dan kesabaran.. yang perlu dilalui..

Perbalahan dalam perkahwinan itu memang normal apatah lagi kami adalah pasnagan kontra dari smua sudut.. siapa yang tak pernah berbalah dalam rumah tangga sy pasti smua pernah .. begitu juga sy..itulah lumrah kehidupan cuba bayangkan dua kepala yg dilahirkan berbeza perut,nak hidup sekali sampai kehujung nyawa…

mungkin rambut sama hitam hati lain-lain dan didikan keluarga pun berbeza beza,pendapat dan ego..sedangkan dengan ayah dan mak pun kekdang kita tidak sependapat … dan kadang kala mahu berbalah… inikan pula suami isteri … orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini.. bagi abang dlm perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing- masing kadang kala tak semua benda kita betul…

tak guna pun kalau Kita cari siapa betul atau siapa yang menang ??pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan dan yang paling penting kita kena tahu syurga isteri tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main peranan lah ..jangan pula disebabkan syurga kat bawah kaki suka hati saja nak isteri begitu juga dengan isteri kadang kala isteri ini kena lah belai dan faham suami..

jgn suami buat baik.. kita pula Kesimpulannya tak pernah ada benda yang sempurna dalam Hidupan maklumlah kita bukan hidup dalam syurga kalau semua sempurna.. itu namanya syurga ..Apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga..

terima kasih doa kalian smua.. syukur alhamdulillah segalanya telah berdamai sebab apa?? yang berlaku ini biarlah kami sahaja yg tahu.. kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..apa pun saya sayang awak sampai ke hujung nyawa @shahidadherbs dan family kita dan lagu #cubabahagia itu sy ciptakan sempena kisah sedih saya yg berbalah hanpir 3bulan” Tulis Dato’ Aliff di laman Ig nya

Hargailah orang tersayang

Posting tersebut telah mendapat maklum balas positif daripada warganet kerana bersyukur atas perkembangan baik pasangan itu. Mereka juga turut tinggalkan pesan agar pasangan ini saling mengambil ikhtibar dan mendoakan agar hubungan Aliff Syukri dan isterinya kekal sehingga ke Jannah.

Komen Warganet:

intan_omar86: Syukur alhamdulillah hanya pada Allah Swt kita menadah tangan&memohon doa mencurahkan segala rasa..yakinilah setiapa apa yg terjadi semuanya ketentuan Allah Swt..jaga datin baik2 yer dato,semoga kekal bahagia dalam rahmat illahi..Amin

yzainon: Alhamdulillah Dato tak rugi mengalah dgn isteri … meminta maaf bukan bererti kita yg salah d orang yg memaafkan orang lain adalah orang yg hebat… Dato tuhan sayang dato dia nak dato dekat dgn dia semua dia dah bg kat dato sekarang dato hargai lah pemberian dia isteri dan keluarga dengar la ckp org yg sayang… kesian dia dah terlalu byk dia sabar dgn kerenah dato … dato akan jadi org yg lebih hebat lg in shaa Allah … Perancagan Allah adalah yg terbaik

eqienyusof: Sampai termimpi semalam dato & datin dah berbaik .. sebelum ni berharap balik dato baik semula dgn datin .. nampaknya mimpi mnjadi kenyataan Alhamdulillah. citymike76: syukur alhdulilah trharu sebak semua ada buang yg keruh ambik yg jernihkami gindu dato n datin yg dulu mesra happy syabas n tahniah doa kami moga umahtanga trus berbhgia.dismping ank2 trsyg aamiin

sarahzakaria13: Ye lah dato…..datin tu syg dato..dia x suka dato buat benda2 yg x elok..tu sb dia tegur …datin x suka org kritik2 dato..tp dato ni degil..sama2 la minta maaf..saya pun mintk maaf la dato sb byk kritik dato…saye jnji x kritik lg kecuali klu dato buat perangai lg saya doakn dato n datin sentiasa bhgia till jannah…

Keluar lagu baru

Namun begitu, disamping posting yang disertakan dengan kapsyen panjang lebar, Aliff Syukri sempat memberitahu bahawa akan mengeluarkan lagu terbaru bersempena dengan kisah sedih akibat pertengkaran dengan isteri yang berlaku hampir tiga bulan ini. Single yang bertajuk Cuba Bahagia ini boleh didengari di hujung posting video di Instagram tersebut.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Sumber : Apampink