Video aksi ligat Sherry Alhadad dikata sampai lupa diri.

Artis

Yang belum menonton program ini yang disiarkan di laman Youtube, TV3, Sherry menunjukkan bakat tariannya menerusi lagu Don’t Stop Me Now oleh Queen. Aksi mantap Sherry telah mendapat pujian juri sehingga mendapat standing ovation dan tepukan gemuruh dari penonton. Namun sebaliknya berlaku di ruangan komen di Youtube, ramai menganggap aksi tarian Sherry itu kurang sesuai untuk ditonton secara umum. Lagi-lagi saat dia ‘naik sheikh’ menari, sesekali kain tersingkap sehingga menampakkan seluar dalam.

Yang mengkiritik pun ditegur kerana sengaja membuka aib orang, macam dah tiada benda lain nak dilihat. Walaubagaimanapun, kami berharap Sherry ambil kritikan ini sebagai panduan pada masa akan datang. Mungkin cara ekpresi mengekspresi tarian agak keterlauan dan tidak sengaja. Semoga perkara ini dijadikan iktibar dan pengajaran.

Menurut Sherry, 34, apa yang dilakukan itu semata-mata mahu menjayakan permainan perang bibir (lip sync battle) sebaik mungkin dan tidak menyangka ia mengundang kecaman netizen. “Saya ni pelakon teater dan kebanyakan benda memang kena exaggerate atau berlebih-lebihan sampai saya jadi lupa diri semasa menari tu. Sejujurnya saya memang obses dengan program lip sync begini, lagi pula sudah dua tahun saya kalah dengan kumpulan lelaki. Tahun ini saya tak kira, kita mesti menang hadiah sampai terlupa diri sebab terlalu seronok. Itu fasal naik sheikh tu!,” katanya kepada mStar.

Sherry ditemui semasa tayangan perdana telefilem Geng yang diadakan di GSC Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu. Drop The Beat Extra dikendalikan oleh Sherry bersama Dennis Yin itu turut menampilkan Aman Ra dan Sean Lee mewakili kumpulan lelaki berentap dengan kumpulan wanita iaitu Nabila Huda dan Ernie Zakri diketuai oleh Sherry .Bagi pusingan akhir, Sherry menunjukkan bakat tarian menerusi lagu Don’t Stop Me Now nyanyian asal Queen sehingga mendapat tepukan gemuruh penonton di studio.

Sementara itu, pengacara program Big Stage ini memohon maaf jika ada penonton yang tersinggung dengan tariannya itu.“Saya memang tak ada niat lain, hanya nak hiburkan penonton sahaja dan isu ini tak ada apa yang nak diperbesarkan. Saya minta maaf jika ada yang tersinggung!,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Sherry yang menjayakan telefilem Geng memberitahu ia merupakan naskhah sulungnya selaku penerbit dalam produksi Perempuan Productions.

“Saya dan dua lagi rakan kongsi iaitu Shamaine Othman dan Farah Rani bermula sebagai pelakon teater dan kami selalu pentaskan kisah perempuan yang sering menjadi punca keadaan. Kali ini kita cuba bagi idea pada pihak Astro dan mereka bersetuju untuk hasilkan telefilem ini. Kiranya ini adalah my first baby… saya sangat berpuas hati dan tak sabar menanti maklum balas penonton,” ujarnya. Selain Sherry, Geng turut dibintangi oleh Lisa Surihani, Nadiya Nisaa, Hisham hamid, Alif Satar dan Fatimah Abu Bakar.

Dalam Drop The Beat Extra , Sherry bergandingan dengan Dennis Yin dan kali ini mereka menampilkan episod istimewa , di mana kumpulan lelaki Aman RA & Sean Lee diketuai oleh Dennis berentap dengan kumpulan perempuan Nabila Huda & Ernie Zakri diketuai oleh Sherry . Pertandingan suai bibir dan menguji gaya persembahan mereka yang akan di adili oleh Instafamous Ucop (Yusof Hashim) dan artis jelita Amelia Henderson.

Sumber: Mstar