Video Aliff Aziz menangis jumpa Ustaz Ebit Lew dan mendedahkan luahan hatinya yang sebenar.

Artis

“Sebagai ayah, saya sendiri pun tak mahu dia lakukan benda tidak baik, yang saya pernah lakukan sebelum ini,” katanya dalam video berdurasi 33 minit 15 saat itu. Aliff juga mengakui, sepanjang perkahwinannya dengan Bella, banyak perkara baik yang sepatutnya dilakukannya sebagai suami.
“Setiap manusia ada baik buruknya dan untuk saya, lebih banyak yang buruk berbanding perkara baik. Saya rasa, sepanjang perkahwinan kami, banyak perkara saya boleh lakukan dengan lebih baik berbanding apa yang berlaku.Saya doakan Bella supaya terus berjaya dan mendapat kebahagiaan sepatutnya,” katanya.

Sungguh sayu Aliff Aziz. Aliff juga meluahkan rasa rindu terhadap anaknya dan akan cuba membuat panggilan video dengannya setiap hari. “Kali terakhir saya bertemu dengan anak kira-kira sebulan lalu. Lagi pula, bekas isteri sibuk dengan kerja, jadi belum ada masa untuk saya berjumpa dia lagi.

“Dia masih kecil dan penting untuk saya ada dengan dia,” katanya. Dalam perbualan itu juga, Ebit menasihati Aliff supaya menjaga solat dan mendekatkan diri dengan Allah. “Demi anak dan kerana Allah, kita kena perbaiki diri dan dekatkan diri dengan Allah. Jaga solat dan jangan tinggal solat. Kalau boleh, ambil masa untuk solat berjemaah.

“Selalulah membaca doa Nabi Yunus untuk mencari jalan keluar daripada musibah. Apa yang berlaku dalam hidup kita hari ini adalah supaya kita tersedar dan menjadi manusia lebih baik. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Semasa kita ingat akan Dia, Dia ingat kita. Sewaktu kita lupakan Dia, Dia masih tetap ingatkan kita,” katanya.

Sesi perkongsian itu juga menyaksikan Aliff berkongsi mengenai kehidupannya selepas berpisah yang kucar-kacir dan cuba mencari ruang untuk menenangkan diri dengan cara salah. “Sewaktu baru berpisah, saya rasa tak boleh menerima hakikat kerana itu adalah fasa paling gelap dalam hidup.

“Waktu itu, saya rasa makin jauh dengan Allah, ditambah pula pergaulan dengan mereka yang tidak sepatutnya, membawa saya pergi lebih jauh sehingga melakukan perkara dilarang dalam agama. Saya cuba mencari titik ketenangan, namun tak jumpa di mana ketenangan itu. Apabila saya mula kembali kepada keluarga, rasa tenang itu mula kembali ditemukan,” katanya. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan sah berpisah dengan talak satu pada 16 Mei lalu.

Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : hmetro

Bella Astillah Kongsi Video Saat Anaknya Dilahirkan.

Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah telah pun dikurniakan cahaya mata pertama mereka pada bulan Julai yang lalu. Bagaimanapun, baru kini di akaun Instagram Bella dia berkongsi video momen-momen indahnya ketika melahirkan putera sulungnya, Ayden Adrean. Mendengar tangisan Ayden selepas dilahirkan pastinya membuat Bella sangat gembira kerana dia kini sudah memegang status ibu. Di ruangan kapsyen video yang dikongsi olehnya, dia berkata bahawa dia ingin berkongsi saat indah ini bersama pengikutnya. Video di akhir artikel.

“Let me share this video with all of you my dear followers :’) . The precious moment captured. Despite being unprepared for labor, I am proud and grateful to be able to have experienced one of life’s unforgettable moments surrounded by my family.Saya hargai semua ibu-ibu di dunia?especially my mom #AnugerahAllahswt,” tulis kapsyennya.

Dalam video tersebut terlihat beberapa kali Aliff mengucup dahi isterinya tanda terima kasih kerana telah melahirkan zuriatnya. Terpancar kasih sayangnya sebagai seorang suami ketika itu. Rata-rata pengikut Bella telah meninggalkan komen bahawa hati mereka sangat terusik menonton video tersebut.

masker_kunyit_ajaib: Menitis airmata bila teringat balik waktu bersalin.. sakurakakashe: Mengalir airmata saya jugak bah haihh,,sedihnya,,happy jugak,@bellaastillah.. hafer_jr: Melahirkan adalah saat yg terindah.. I fell u sis.. a precious moment that we will never forget…pray for ur long lasting happiness sis..? aisyah_ayudia_inara_aziz: Smoga bella sentiasa d lindungi,dberkati ,d beri ketabahan dan sentiasa bahagia hingga ke jannah.insyallah

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang terpaksa bertarung nyawa untuk melahirkan bayi yang telah dikandung selama sembilan bulan. Oleh itu kita sebagai anak janganlah sekali-kali mengecilkan hati ibu kita kerana pengorbanan yang telah dilakukannya untuk kita tidak akan dapat dibalas sampai bila-bila. Sesungguhnya ibu tiada ganti.

Sumber: Instagram Bella Astillah via Media Hiburan