Artis

Video Dato Seri Vida gelak besar sebab Dato Aliff Syukri cakap kolam ikannya dalam. Tapi tiba tiba kantoi, tak sangka selepas itu ini yang terjadi.

Beberapa hari lalu usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila lebih 500 ekor ikan kelah yang diternaknya tidak bernyawa. Aliff turut mendedahkan dia mengalami kerugian lebih RM300,000 susulan kejadian yang berlaku di kediaman mewahnya itu.

Insiden yang berlaku kepada Aliff itu menarik perhatian pengasas produk kosmetik Qu Puteh, Datuk Seri Vida untuk berkongsi tips penjagaan ikan kelah di kolam rumahnya sendiri. Lalu media sosial kecoh apabila dua rakan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida yang saling berbalas video, memperjelas mengenai tip atau cara membela ikan dalam skala yang besar dalam sesebuah kolam.

Ksahnya bermula apabila ratusan ikan dari spesis Kelah Emas peliharaan Aliff tidak bernyawa kerana dikatakan kekurangan oksigen. Lalu, penyanyi I Am Me itu ada berkongsi video ‘mengajar’ Aliff mengenai cara-cara memelihara ikan komersial dengan betul.

Namun berlaku ‘sesi berbalas’ sindiran di antara mereka berdua sehinggalah pada awal semalam, Datuk Vida ada berkongsi sepotong video pendek hasilan sunting dari pengguna media sosial lain yang membayangkan Aliff ‘kantoi’ mengenai tahap kedalaman kolam ikan di kediamannya.


Aliff sebelum ini mengatakan, kolam ikan yang dibinanya sedalam 12 kaki dan diakui sendiri salah seorang pekerjanya yang berasal dari negara lain. Bagaimanapun, semuanya seperti kantoi apabila video yang dikongsikan itu turut memaparkan dua keping foto anak Aliff Syukri yang sedang bermain di kolam ternakan yang sedang dibina serta kelihatan cetek dan bukan 12 kaki seperti yang dimasudkan oleh usahawan itu.

“Saya pun tak tahu, nak bagi kredit kat yang buat editing video nk atau nak gelak,” tulisnya ringkas.Serentak dengan perkongsian dari Datuk Vida, ruangan komen pada entri berkenaan sudah pun mencecah lebih 2,000 komen yang rata-ratanya terhibur dengan hasil ‘siasatan’ yang dibuat warganet.

Video

Malah, gaya ketawa Datuk Vida pada hujung video juga dilihat cukup lucu. Rata-rata warganet jugak tidak terlepas untuk memberi komen, antara komen netizen :

choctopbychedora Sapa la yg rajin sangat edit ni.. hangnazirul Hahaha. Kantoi dia punya 12 kaki tuh. Jgn main mainnnn. Netizen kalau korek data mmg ketahuan lah.. natashamaria_khan Ko’o ngilo tgk hok ni.. tarmizie_official Orang koma pun boleh sedar dengar gelak DSV

rabiatul_aliah Sumpah yg ni lawakkkk aku ulang byk kali.. aqilzulkiflee Kita sokong dsv.. aqilnasrullah 12 kaki maksud dato alif 12 inch.. _snuryanisa Asal nya dato vida cuma bg nasihat n pendapat kat dato alif.. Tp dato alif yg salah faham n xleh trima tguran. So jd besar. N skrng jd bukti. Kelakar lah vid ni

sumber : Instagram Datuk Seri Vida