Artis

Video Fizo Omar cerita kisah sebenar yang mengejutkan dan buka mata orang ramai.

Setiap sisipan kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada ujian dan cabaran. Justeru, hanya hati yang cekal mampu menangani segala kesulitan dan kesukaran itu.Setiap ujian dalam kehidupan perlu ada penyelesaiannya dan jarak antara masalah serta penyelesaian antara dahi dengan tempat sujud.

Manusia yang lemah tidak akan mampu melalui hidup ini tanpa pertolongan Allah SWT. Lalu, dengan cinta Allah SWT akan mendekatkan manusia kepada-Nya seterusnya memberi kekuatan mendepani kesukaran dalam hidup ini.

Menjadikan 7 Ogos lalu sebagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Fizo Omar telah selamat mengerjakan Haji bersama rakan-rakan dan para jemaah yang lainnya. Kongsi pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar di Youtube rasmi Zayan My, keberangkatannya ke Tanah Suci itu menjadikan dia lebih matang dalam kehidupan.

Apabila kita sampai di sana (Mekah), kita tak ada apa-apa pun ertinya kalau ada pangkat seperti VVIP, artis, jutawan dan banyak duit sekali pun, kita semua sama sahaja di sisi Allah. Ketika itu umat manusia hanya tuduk, mengadap Allah dan mintalah (doa) pada Dia.

“Kita terlalu kejar dunia selama ini, sampai sana, kita akan lihat kebesaran Allah dan bayangkan berjuta umat manusia di sana,” katanya sebak. Sepanjang di Tanah Suci, bintang filem 7 Petala Cinta ini juga sempat berkongsi pengalamannya menguruskan jenazah yang tidak dikenali di sana.

Dalam berjuta orang di sana, ada orang tarik saya untuk uruskan seorang yang telah menghadap illahi, individu yang saya tidak kenal. Saya mandikan, kafankan dan solatkan nya. Saya juga masuk ke liang lahad untuk kebumikan yang sebenarnya saya tak kenal langsung dia.

“Apa yang Allah nak tunjukkan sebenarnya pada saya?,” fikirnya sejenak. Bagaimanapun, Fizo yakin bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sebenarnya apabila Allah ketuk pintu hati kita untuk pergi Haji ketika kita masih muda dan bertenaga adalah kerana Dia nak orang muda pergi bantu orang lain permudahkan kerja-kerja Haji seperti orang-orang tua yang tidak berdaya,guna kerusi roda, guna tongkat dan ada yang kena papah. Tapi mereka bersungguh-sungguh untuk ke Tanah Suci,”kongsinya yang menganggap ia sebagai satu simbolik daripada Allah.

Bagi sesetengah orang bukan mudah bersujud meminta kepada-Nya kerana untuk sujud bukan kerja dahi tetapi kerja hati. Oleh itu, hati yang jauh dari Allah SWT sudah pasti tidak mampu bersujud kepada-Nya, manakala hati yang ada rasa cinta akan mudah merintih, meminta dan bersujud kepada-Nya.

Sesungguhnya dalam hati itulah wujudnya sebuah cinta hakiki iaitu cinta yang hanya kepada Allah SWT mengatasi segala-galanya. Apabila kita memberi cinta kepada Allah SWT secara sepenuhnya, cinta terhadap perkara lain tidak lagi bermakna kerana cinta Allah SWT itu sudah mencukupi.

Tetapi lumrah kehidupan sesuatu yang berharga itu bukan mudah untuk diperoleh. Umpamanya permata dan kaca, pastinya kaca lebih senang dibeli berbanding permata. Begitu juga pasir dan emas, pasir ada di merata-rata sedangkan emas hanya yang berkemampuan mampu memilikinya.

Kredit: MH / Video : Youtube Zayan My

Kisah Inspirasi Fizo Omar, Kredit to Youtube Zayan My

Artikel lain : Video selepas bergelar duda, akhirnya Fizo beritahu perkara yang mengejutkan apa sebenarnya yang berlaku antara dia dengan Mawar.

Ikatan perkahwinan Fizo dan Mawar yang hanya mampu bertahan selama 6 tahun, berakhir dengan perpisahan. Fizo yang ditemu ramah oleh melodi memberitahu ramai keluarga, kawan, media dan orang sekeliling, semuanya  terkejut dengan keputusan yang diambil.

Ini kerana, sebelum ini perkahwinan mereka yang kelihatan tiada apa-apa masalah. Fizo juga memberithau, dia tidak pernah bercerita kepada pihak luar sebarang masalah rumah tangga mereka. Media sebelum ini melaporkan, HILANG keserasian menjadi alasan dan punca rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang dibina selama enam tahun gagal diselamatkan.

Menurut Mawar, 30, mereka sudah cuba memperbaiki rumah tangga itu namun terpaksa mengorbankan kasih sayangnya demi kebahagian bekas suami sekeluarga.“Sudah tentu semua wanita sayangkan rumah tangga dan cuba sedaya upaya untuk selamatkan.

“Enam tahun tempoh perkahwinan ini, saya dan Fizo cuba (perbaiki hubungan) tapi saya redha. Mungkin sampai di sini sahaja saya cari keserasian dengan Fizo serta keluarganya. Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga,” kata Mawar kepada mStar.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Wan Maryam. Selain itu Mawar turut menafikan dakwaan kononnya rumah tangga mereka mula retak kerana harta, ego atau kehadiran pihak ketiga. “Saya dah cuba nak selamatkan. Kalau orang nak cakap… ia bukan kerana ego atau harta. Pihak ketiga pun tak ada,” katanya.

Hak penjagaan anak mereka iaitu Wan Maryam yang kini berusia dua tahun diberikan kepada Mawar. Menurut Fizo lagi, keputusan ini adalah hasil persetujuan bersama untuk kebaikan semua orang kalau dah takdir, kita tak boleh ubah. kalu dah takdir kita tak boleh ubah. Kalau kita nk hasil yang positif, tindakan kita kena positif 

Saya dan  mawar tiada sebarang  masalah..

Dalam pada itu, Fizo menganggap apa yang berlaku merupakan permulaan kehidupan dia dan bekas isterinya sebagai pasangan ibu bapa yang berpisah. Menurut Fizo, tiada berlaku pergaduhan antara dia dan Mawar namun ia terjadi disebabkan atas ketentuanNya. “Tiada pertelingkahan atau pergaduhan. Apa yang terjadi sudah ditentukan Allah,” ujarnya.

Isu anak mak

Menurut Fizo, dari dulu lagi dia memang dikenali sebagai anak mak. “Dari dulu saya menjaga mak saya, semenjak pemergian ayah saya”. “Mak saya single mother, dia ada penyait kencing manis, mata dia tak nampak”. “Macam mana mak saya mendidik saya dahulu, macam tulah saya akan mendidik Maryam untuk menjaga Mawar kelak”

“Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga,”-Mawar

Mengenai kenyataan Mawar sebelum ini, menurut Fizo, dia agak kurang jelas apa maksud Mawar tersebut. Dia juga percaya yang Mawar seorang wanita yang baik dan tidak akan memburukkan mak mertua dia. Mengenai hak penjagaan anak pula, buat masak sekarang Fizo tidak mahu memikirkan mengenainya lagi.” Saya tidak berhajat untuk flght penjagaan anak, cuma saya mahu hak yang adil dan sama rata

Pesan Fizo Kepada warganet..

Menurut Fizo, tiada isu pergaduhan, tiada keluarga campur tangan dalam urusan dia dengan Mawar. Jesteru itu, dia menyeru kepada warganet diluar sana untuk menghentikan sebarang spekulasi dan tuduhan yang tidak berasas kerana yang menjadi punca ialah mak dia. Menurut Fizo lagi, sedikit sebanyak ia memberi tekanan emosi kepada mak. Fizo juga percaya, dengan perpisahan ini, silaturahim antara mereka berdua akan lebih rapat lagi 

Saat Melafazakan talak.

Menurut Fizo lagi, ketika melafazkan talak, ia suatu saat yang cukup beremosi. Ia merupakan satu momen yang akan dia kenang. “Dengan penuh kasih sayang, saya melafazkan..” Ketika melafazkan talak, dalam hati Fizo, dia menganggap, perkara tersebut bukanlah satu pengakhiran, tapi ia merupkan satu permulaan buat mereka. Berikut temuramah penuh Fizo bersama pihak Melodi 

Allah Beri Saya Ketenangan

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat warganet apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.Pasangan ini mendapatkan rawatan daripada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arsat untuk memperoleh zuriat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Viral Network via TubeViral