Artis

Video hampir menitis air mata gadis ini gara gara terima sesuatu milik Naim Daniel

Penyanyi muda, Naim Daniel membuat kejutan apabila menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang peminat setianya. Hadiah tersebut diberikan ketika Naim mengadakan persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah, baru-baru ini

Momen berharga itu dikongsi oleh penyanyi tersebut menerusi satu posting di Instagramnya. “Kali pertama sampai ke UiTM Merbok dan sebelum sampai sini saya dapat banyak mesej dari rakan gadis ini mengatakan dia adalah peminat setia saya.

“Jadi saya panggil dia ke depan pentas untuk beri satu kejutan. Saya beri dia hadiah iaitu jam tangan kegemaran saya. “Harap awak suka ya,” katanya. Tambah Naim, sambutan peminat di UiTM Merbok juga sangat luar biasa. “Terima kasih kerana menunggu Naim,” katanya.

Menerusi video itu, gadis yang menerima hadiah tersebut dilihat hampir mengalirkan air mata. Wajah sebaknya jelas kelihatan apabila menerima kejutan dari penyanyi yang kini popular dengan lagu Adakah Engkau Menungguku. Menjengah ke ruang komen,

rata-rata warganet dan peminat menyifatkan pelajar tersebut sebagai bertuah. Tidak kurang juga yang memuji layanan baik Naim kepada peminatnya. Anda boleh lihat video tersebut di bawah: Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Video dibawah sekali

Sumber: Gempak

Wanita ini dikritik oleh warganet kerana komen negatif. Akhirnya Naim Daniel dedah tentang siapa wanita itu membuatkan warganet terdiam.

Macam-macam cara orang sekarang ini bergurau senda terutamanya adik beradik. Ada yang bergurau dalam nada kasar dan ada yang sebaliknya. Tambahan pula apabila ramai peminat yang tidak kenal bahawa mereka adalah adik beradik. Tidak seperti Anuar Zain dan Ziana Zain, mahupun Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose ataupun Sharifah Amani dan Sharifah Aleya.

Itulah yang terjadi kepada kakak Naim Daniel, Emylia Izzati Baharin yang menulis komen tampak kasar di Instagram milik Naim. “WEH GELI LAH!! INGAT HENSEM KE??! MUKA DARI DULU DENGAN SEKARANG SAMA JE! INGAT ADA ORANG NAK KAT KAU KE?? PUIHHH,” tulis Emylia pada satu entri di Instagram Naim Daniel.

“Dasar warganet,” tulis @tunteja. “Kurang ajar nya mulut sis,” komen @dinda_ida “Cerminlah diri tu dulu sebelum mengata,” tambah @snirz_ Komen-komen warganet akhirnya berhenti apabila Naim sendiri memberitahu bahawa yang menulis komen tersebut adalah kakaknya sendiri.

“Ni kakak aku bro,” tulis Naim menjawab kutukan warganet. Pada masa yang sama, Emylia turut memerli peminat-peminat yang tidak mengenali dirinya. Dorang tak kenal kita. Kita chill je. Hahaha… Kata minat sangat Naim tapi kakak Naim pun tak kenal,” balas Emylia.

Beberapa orang peminat yang sebelum itu turut mengkritik Emylia juga telah memadamkan komen-komen mereka. Naim Daniel atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Baharin bakal melancarkan single terbarunya berjudul Menunggu selepas kejayaan lagu Sumpah yang mendapat lebih 17 juta tontonan di YouTube. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Khalifah Media sumber: astro gempak

Naim enggan panjangkan isu Sumpah

SEBAIK lagu Sumpah popular, nama pencipta dan penyanyi, Naim Daniel menjadi perhatian ramai. Tempias angin populariti mula dirasai Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin apabila karya dihasilkan turut menjadi isu.

Selain menyanyi, Naim yang turut aktif berlakon didakwa menghasilkan lagu Sumpah bersama bekas juara program realiti Idola Kecil, Dayana namun namanya tidak disertakan sebagai pencipta bersama. Sebelum itu ibu Dayana, Aida Daud meluahkan rasa kecewa menerusi Instagram (IG) Story miliknya apabila Naim mengeluarkan lagu Sumpah tanpa kebenaran sedangkan ia dihasilkan bersama anaknya.

Katanya, Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana tidak dimaklumkan perkara terbabit malah Naim tidak meminta izin berkaitan hak cipta bersama.Isu ini ditimbulkan apabila ada pihak memetik temu bual Naim dengan seorang penyampai radio. Dalam temu bual berkenaan pelakon drama bersiri Pia itu mengucapkan selamat pengantin baharu dan mendoakan bekas kekasihnya berbahagia.

Ramai warganet menyedari perkara itu mengaitkan ucapan diberikan Naim adalah untuk Dayana yang kebetulan baru saja berkahwin dengan pelakon, Hadi Mazlan. Sebaik isu hangat diperkatakan warganet, ibu Dayana memuat naik kenyataan berkenaan dan mengharapkan anaknya tidak lagi dikaitkan dengan Naim.

Naim sewaktu dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai kontroversi cuba dikaitkan dengan dirinya mahupun lagu Sumpah yang dicipta.“Bagi saya masalah yang ditimbulkan itu sudah lama diselesaikan dan enggan memberikan sebarang kenyataan mengenainya kerana tidak mahu memanjangkan isu terbabit,” katanya.

Kata Naim, dia juga sudah membicarakan mengenai isu berkenaan dengan pihak terbabit dan segala-galanya dianggap selesai.Membicarakan mengenai dirinya dipalit isu dan kontroversi, kata Naim sebagai penggiat seni dia sedar tidak boleh lari daripada berhadapan perkara terbabit.

“Setiap orang akan melaluinya. Naik dan turun itu adalah sebahagian daripada resam hidup. Cuma, saya mengharapkan segala tuduhan dihentikan,” katanya.Memberikan komen mengenai lagu Sumpah yang kini menjadi kesukaan ramai, kata Naim setiap orang ada rezeki masing-masing.

“Sebagai pengkarya saya akan terus memberikan fokus dan menghasilkan lagu yang boleh membanggakan semua orang.Pada waktu sama saya akan terus menghasilkan lebih banyak lagu yang diharapkan dapat memenangi hati peminat,” katanya.