Kehidupan

Video pengantin wanita menangis nak balik di hari perkahwinannya sebab dijodohkan dengan bekas teman lelaki bila dia dah move on.

Tular sebuah video seorang pengantin perempuan yang menangis pada hari perkahwinan.Video tersebut dimuat naik oleh akaun Instagram @makassar_iinfo pada hari Khamis (01/10/2019). Dalam video tersebut, seorang lelaki dan seorang wanita memakai pakaian persandingan

berwarna biru. Keduanya dikatakan menjalani resepsi perkahwinan mereka. Bagaimanapun, dengan wajahnya yang lengkap bersolek, pengantin wanita itu tiba-tiba menangis seakan histeria dan meminta pulang ke rumah.

Bekas teman lelaki rupanya..

Video kejadian dibawah

Difahamkan pengantin wanita itu menangis kerana perkahwinan tersebut adalah dirancang oleh keluarganya. Dia dikatakan tidak bersedia menjalani kehidupan rumah tangga dengan lelaki yang pernah mengkhianatinya. Dalam video itu, pengantin perempuan kelihatan duduk di lantai dan terus menangis dengan kuat.

Sementara pengantin lelaki hanya duduk di atas sofa tanpa apa-apa reaksi. Dengan beberapa orang yang cuba menenangkan pengantin perempuan terdapat juga bunyi seseorang yang ketawa dalam video itu. Pengantin perempuan itu didengari meluahkan sesuatu dalam loghat daerah yang tidak kedengaran dengan jelas.

” Sedih, kejadian baru-baru ini di Borneo akibat perkahwinan itu, pengantin wanita menangis tanpa henti ingin pulang ke rumah. Lebih buruk lagi, pengantin lelaki itu sudah bersiap sedia untuk akad nikah, tetapi si perempuannya pula minta untuk pulang kerana dijodohkan” kata @massassar_iinfo. Sebaik video itu dimuat naik ia terus menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi netizen Sehingga kini muat naik menerima 3,672 komen.

Pengantin lelaki pernah melamar tapi…

Sementara itu, dari sumber yang ditemuramah oleh pasukan Video-Tribune, kejadian itu berlaku di Kampung Sungai Bahalang, Kabupaten Tapin Tengah, Tapin, Kalimantan Selatan. Perkahwinan tersebut adalah antara pasangan Salamah dan Adit yang diadakan pada hari Isnin (07/01/2019). Difahamkan bahawa pengantin perempuan itu telah dijodohkan dengan lelaki yang pernah menjadi kekasihnya sebelum ini.

Dikatakan si lelaki itu pernah melamar, tetapi pihak pengantin perempuan itu enggan menerima kerana kekurangan wang yang ditentukan sebagai syarat. Hubungan antara Salamah dan Adit terputus selepas gagal mendapat persetujuan keluarga perempuan pada awalnya. Salamah kemudiannya mempunyai kekasih baru selepas berpisah dari Adit.

Jumpa teman lelaki baru, tapi keluarga pula tak restu hubungan…

” Selepas mereka berpisah, gadis itu mempunyai teman lelaki lain tetapi tidak diketahui orang mana,” kata Noval Pratama, jiran Salamah. Tetapi tidak lama kemudian, keluarga terpaksa menerima hakikat bahawa Salamah hanya digunakan oleh kekasihnya yang baru.

” Gadis itu dikatakan memberikan telefon bimbitnya kepada teman lelaki barunya, lalu diketahui oleh bapanya” tambahnya. Salamah melarikan diri kerana keluarganya menentang hubungan dengan teman lelaki barunya itu. Tetapi akhirnya dia dijumpai keluarganya dan dibawa pulang.

Keluarga itu kemudian memutuskan untuk mengahwinkan Salamah dengan Adit, bekas kekasihnya. Salamah menangis di majlis perkahwinannya bukan kerana dia menolak perkahwinan. Dia menangis kerana dia teringatkan bekas teman lelaki barunya.

” Dia sudah ‘move on’ selepas berpisah dengan Adit sebelum ini, sebab tu dia menangis bila dijodohkan semula oleh orang tuanya” kata Noval. Bagaimanapun difahamkan bahawa kini Salamah dan Adit gembira selepas berkahwin. Kedua-duanya kelihatan normal, dan mesra selepas berkahwin secara rasmi.

Lihat video di bawah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : tribunenews via filmycolour.

Seminggu sebelum nikah dah diuji, selepas 5 bulan kahwin pengantin terkejut ditenggelamkan oleh pelamin dan bridesmaid

BAGAIKAN satu trend, bridesmaid atau pengiring pengantin menjadi pelengkap dalam majlis perkahwinan hari ini, yang mana sekumpulan gadis yang berpakaian sedondon akan mengiringi pengantin perempuan. Namun, berbeza dengan gambar yang tular di media sosial menunjukkan seorang pengantin perempuan yang sepatutnya menyerlah kelihatan ‘tenggelam’ di samping sekumpulan pengiringnya.

“Bila bridesmaids overshadow (membayangi) pengantin, pengantin pula dah macam pelamin,” menurut satu perkongsian dengan gambar pengantin berbaju warna krim, bersama enam pengiring dalam persalinan rona maroon di pelamin, juga berwarna krim. Pengantin perempuan yang dikritlk ramai itu, Syafika Kamsol Bahari, 23, berkata, dia terkejut apabila gambar perkahwinannya pada Februari lalu menjadi tular.

Perkongsian di laman sosial mengenai pengantin perempuan kelihatan kurang menyerlah berbanding pengiringnya. Mengakui gambar tersebut membuatkan dirinya kelihatan kurang menyerlah berbanding pengiringnya, dia menjelaskan ia dirakamkan menggunakan kamera telefon bimbit. “Memanglah terkejut sebab gambar tu masa saya dan suami kahwin pada Februari lalu.

Sekarang ni saya dah mengandung hampir empat bulan, tiba-tiba viral. “Mungkin sebab kesan pencahayaan atau kesan kamera telefon, sebab pelamin kami buat outdoor di bawah khemah besar. Mungkin sebab faktor tu membuat saya kelihatan ‘tenggelam’ di dalam gambar yang tular, tapi gambar yang dirakamkan oleh jurugambar profesional OK je,” katanya kepada mStar.

Eyka Syafiqa (tengah) bersama bridesmaids yang merupakan rakan-rakan baiknya. Usahawan kosmetik itu berkata, dia dan suami memang merancang untuk memakai baju pengantin warna nude yang hampir sama dengan pelamin warna emas putih. Macam orang yang nikah, mereka biasanya akan memakai baju warna putih. Pelamin untuk mereka selepas majlis itu juga dalam warna yang sama. EYKA SYAFIKA

Lebih dikenali sebagai Eyka Syafika, katanya, sudah menjadi kelaziman busana pengantin sepadan dengan pelamin dalam majlis pernikahan atau persandingan. “Macam orang yang nikah, mereka biasanya akan memakai baju warna putih. Pelamin untuk mereka selepas majlis itu juga dalam warna yang sama.

“Takkan pelamin merah jambu, pengantin pakai baju hijau. Nanti nampak pelik pula. Kami memilih warna yang senada untuk hari istimewa kami,” tambahnya mengenai tema majlis perkahwinan mereka iaitu glamour contemporary white goldPasangan suami isteri ini terkejut apabila gambar kahwin pada Februari lalu kini menjadi tular.

Sementara itu, suami Eyka Syafika iaitu Muhammad Syahir Farith Abd Aziz, 24, pula mendedahkan kisah tragis menjelang perkahwinan mereka yang mana pada asalnya warna pastel dipilih untuk pakaian kedua-dua kumpulan pengiring bagi pengantin lelaki dan perempuan. “Baju dulang girls warna pastel dah beli yang ready made (siap dipakai),

tapi kami terpaksa beli kain warna yang sama untuk baju Melayu dulang boys sebab ready made tak ada warna dan saiz yang sepadan dengan pengiring lelaki. “Jadi, kami tempah kain warna pastel untuk dulang boys. Walaupun dihantar agak awal, tapi kami tidak bernasib baik sebab baju Melayu masih tak siap sedangkan majlis perkahwinan nak dekat,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Awan.

Awan (tengah) bersama dulang boys. Sudahnya, Awan yang merupakan pengusaha bisnes baju Melayu terpaksa mencari stok baju Melayu keluarannya di gudang di Cheras, Kuala Lumpur sebagai alternatif. “Tapi bila cari di gudang, yang sepadan dengan saiz semua dulang boys dan cukup stok cuma warna maroon. Ini pun koleksi yang lepas sebab saya berniaga baju Melayu pada bulan Ramadan sempena Hari Raya.

“Jadi, kami terpaksa tukar pelan dengan mendapatkan baju-baju dulang girls juga warna maroon. Baju dulang girls yang ready made warna maroon senang cari untuk disamakan dengan dulang boys,” katanya.

Hanya pengapit yang turut berada di pelamin semasa pengantin bersanding. Awan berkata, perubahan hanya dibuat dalam tempoh seminggu terakhir sebelum disatukan sebagai suami isteri bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.  “Memang kami akui baju bridesmaid yang baharu itu agak kontra dengan baju pengantin tetapi ia bukan satu masalah kerana mereka hanya bersama pengantin pada awal majlis untuk berarak ke pelamin.

“Semasa kami bersanding di pelamin, hanya kami bersama dua pengapit memakai baju warna peach. Jadi, kesemuanya nampak sedondon. Gambar bersama pengiring pula sebagai kenangan. “Bagaimanapun, kami tak berkecil hati pasal gambar yang tular, sebaliknya rasa kelakar. Harap penjelasan kami dapat menjawab segala kekeliruan,” katanya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : mStar

Article lain Tindakan ibu mertua pada menantunya yang mengejutkan bila suami mengadu pada ibu, isterinya selalu mengeluh penat kemas rumah

Suatu pagi .. Aliff ke rumah ibunya , dan mengambil makanan.. Mak : Aliff Kenapa makan di sini. Isteri kamu tak masak ? Alif : Masak mak. Mak : habis tu .. Alif : Biarlah, saya makan sini, malas nak makan di rumah. Mak : knp ? kamu ada masalah dgn isteri ? Alif : Ya mak , dia duduk rumah tak buat apa pun.. saya yang penat, balik keje tapi dia yang asyik mengeluh dan membebel kata dia penat… penat buat apa je…

Mak : Memang isteri kau selalu mengeluh ke? Alif : tak lah hari hari , hari ini je .. bukan saya suruh dia pergi kerja luar sana , duduk rumah je pun .. jaga anak takkan lah penat.. Kemudian si mak telefon istri nya dan kembali ke meja mkn menemui Alif yg sedang makan. Alif : Mak dah marah dia? Mak : iyaa .., Esok Harinya.. Alif pulang ke rumah dari kerja. Dengan rasa terkejut , dia nampak anaknya yang masih bermain pasir depan rumah dgn baju tidur. Yang sorang lagi main dekat longkang luar. Dengan selekehnya..

Dia panggil 2 anaknya .. ” Along , angah masuk dalam sekarang !! ” Masuk je rumah… Terkejut habis dia.. tersandar di bingkai pintu.. Depan tv bersepah dengan mainan , pinggan depan tv bekas makanan .. dengan kain atas sofa.. lantai penuh cap kaki anaknya… bedak terabur , ada air manis tumpah.. Masuk ke dapur… sekali lagi dia tersandar di jenang dinding … terlihat dari jauh mesin basuh yang penuh dengan baju kotor..

pinggan dalam singki , makanan kucing terabur… dia tanya anaknya… ” along, mak kat mana? ” .. along balas.. ” dalam bilik ayah ” Alif mula risau …baru depan rumah dengan dapur macam tu … inikan pula dalam bilik. Perlahan Alif membuka pintu bilik … terkejut melihat isterinya , atas kastil sambil golek main handphone dan dengar lagu guna earphone … Aliff cepat cepat ambil 2 anaknya … dan menuju ke rumah maknya. Dalam keadaan marah.. dia tidak bertanya satu patah pun pada ibunya…

Sampai je ke rumah maknya.. Alif terus masuk dan hantar 2 anaknya ke dalam.. Baru dia nak mulakan percakapan…. Maknya mencelah.. ” Iya Alif , mak sudah tau,,, mak yang suruh dia untuk membiarkan semua nya bersepah, mak yg suruh dia utk diam tanpa buat apa apa kerja rumah…
biar dia cuti.. biar tidak memasak, biar tidak menyapu, tidak menyuci pakaian , tidak mencuci piring, tidak menjaga anak mu, tidak mengurus rumah …

Mak suruh dia biarkan semua.. Tanpa melakukan apa pun,, Apa yang Alif rasa sekarang ?? Ada “ORG LAIN” ke yang uruskan anak bila isteri Alif tak buat apa apa …? Ada “ORG LAIN” ke masak bila isteri Alif tak buat apa apa …? Ada “ORG LAIN” ke Urus pakaian Bila isteri Alif tak buat apa apa …? Ada “ORG LAIN” ke KEMAS rmh bila isteri Alif tak buat apa apa …? Ada “ORG LAIN” ke JAGA anak supaya rumah tak bersepah .. apa ada yg mengurus itu semua jika istri mu hanya diam dirumah ???

ADA “ORANG LAIN” BUAT KE ?? MAK RASA KAN … Kalau Isteri Alif diberi pilihan … Dia pun nak pergi kerja , dari duduk rumah … Penatnya duduk rumah ni … Ingat senang ke ? Kalau isteri Aliff minta tolong , rasanya aliff pun tak sanggup.. jangan kan 24 jam mengurus anak, 10 minit saja di suruh temankan anak main belum tentu Alif sanggup..

Alif rasa dia duduk rumah tak buat apa apa ke ? Dia mengeluh tu , bukan apa , dia minta tolong je… takkan isteri tak boleh nak mengeluh .. jawab je lah “sayang nak abg tolong” itu pun dah cukup.. Sekarang ni Aliff nak tanya juga ke … knp payudara istri mu kendor, knp isteri tak pernah make up.. kenapa isteri Aliff tak secantik perempuan luar sana..

Ni biar Mak beritahu.. Jangan pernah kau banding kan kecantikan isteri mu dgn wanita muda di luar sana,. kerana isteri mu sudah korbankan seluruh jiwa raganya utk mengabdi padamu. Jangan pernah banding kan payudara istri mu dgn payudara wanita muda di luar sana yg masih kencang tegak ..
kerana istri mu rela bentuk badan nya berubah demi anak anak

Aliff terdiam… Dia baru sedar.. Yang dia silap. Dia tak nampak apa yang isteri dia lakukan… Perjuangan seorang isteri hanya akan kelihatan , saat dia sudah tiada. Tapi waktu tu dah terlambat.. Dia Bersyukur , sebab maknya membuka matanya yang selama ini TAK NAMPAK. Tak nampak apa yang isteri dia telah lakukan.. “Maafkan aku sayang ,,, “