Video respon Shuib lepas kena bahan dengan Zizan yang dulu kata motor shuib slow macam kura kura.

Artis

Kalau sebelum ini habis motorsikal Ysuku pelawak Shuib dibahan teruk gara-gara isterinya, Siti Sarah menghiasnya dengan bunga-bungaan.
Namun baru-baru ini menerusi perkongsian di Instagram, nampaknya Shuib kini sudah mampu berbangga menayang motorsikal Ysuku kerana seluruh cover set sudah ditukar baru.

Tetap selit bunga rose merah. Setelah sekian menunggu motorsikal diubahsuai, siap juga akhirnya. Memang nampak bergaya sungguh malah diselitkan juga eleman bunga rose berwarna merah. Siap menunjuk dekat Zizan lagi. Cukup berpuas hati dengan ubah suai yang dibuat dengan motorsikalnya, Shuib baru-baru ini telah membuat satu video khas ditujukan khas untuk Zizan Razak, yang sebelum ini paling suka membahannya.

Dah modified baru mencanak meter. Inilah antara reaksi netizen melihat motorsikal yang telah siap diubah suai, malah ada juga tidak sabar menantikan maklum balas daripada Zizan pula.

Duit banyak dah habis, jangan motor tak laju pulak bang..

Zizan tentu dah goyang sekarang..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : shuib sepahtu kredit : oh mymedia

Artikel lain : Shuib Tak Sangka Jumpa Hair Stylist Muka Sebijik Macam Zizan Razak.

Siapa percaya dengan pelanduk dua serupa? Ada orang kata, di dalam dunia ini akan tujuh orang yang mempunyai wajah serupa atau seakan-akan sama. Terbaru, menerusi laman Instagram pelawak, Shuib Sepahtu telah berkongsi foto seorang tukang gunting rambut yang berkemungkinan warganegara Bangladesh sedang menggunting rambut pelanggan. Hari ahad pon kerja ke Zizan? Namun, yang menjadi perhatian adalah wajah tukang gunting tersebut sangat seiras dengan wajah Zizan Razak, terutama sekali di bahagian hidung. Tidak sah kalau tak menyakat, Shuib menerusi kapsyennya sempat mengusik sahabatnya dengan menganggap tukang gunting tersebut adalah Zizan. “Hari ahad pon keje ke @zizanrazak869 ??? Patutlah call tak angkat,sibuk kat saloon rupanya…” First customer ni pelakon Vietnam…Lebih lucu lagi, Zizan pun melayan juga usikan Shuib, malah pelawak itu sempat membuat satu posting untuk membahan semula Shuib di Instagramnya.

SUMBER : OhMyMedia

Video Tergamam Hairul Azreen Bila Tengok Zizan Razak Tiba Tiba Mengamuk.

Hairul Azreen Bin Idris atau lebih dikenali sebagai Hairul Azreen lahir pada 23 April 1988. Hairul memulakan kerjaya seninya sebagai seorang pelagak aksi. Hairul juga pernah menjuarai Fear Factor Malaysia musim pertama bersama pelakon Dazrin Kamarudin. Hairul telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon yang juga seorang model iaitu Hanis Zalika pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahayamata lelaki iaitu Yusoff Iskandar. Kini mereka sedang menanti kehadiran cahayamata yang kedua. Hairul pernah membintangi Filem Ponti Anak Remaja bersama Liyana Jasmay, Senario The Movie Ops Pocot, Hantu Kapcai dan banyak lagi. Filem lakonan Hairul yang paling mendapat sambutan baru-baru ini adalah PASKAL, Hairul memegang watak sebagai Komander Arman Anwar. Terbaru Hairul sedang sibuk dengan pegambaran Filem terbarunya berjudul WIRA. Dalam akaun Instagram milik Zizan Razak, Zizan telah memuat naik satu video ‘Prank’ untuk Hairul sempena Harijadi nya hari ini. Keadaan menjadi tegang namun akhirnya mereka menyanyikan lagu Harijadi. Surprise tersebut telah berjaya, mari kita saksikan bersama-sama : ” Assalamualaikum Malaysia. Saya Zizan Razak ingin memohon maaf diatas kejadian yang berlaku semalam..” ” Tetapi apa yang saya buat sejujurnya untuk bahagiakan adik saya @hairulazreen maafkan saya tuan Director @adrianteh19 @wira_2019 “

Rata-rata peminat memberi komen dan ucapan buat Zizan dan Hairul antaranya ialah : ” Perhhh… ingat btul2 tadi… hahahahahha “ ” Mantap kali bang zizangggg “ ” LARI DAH DARI COMEDY DIA GOODJOB “ ” Haha.. ganah zizan.. ingat ke btl2 dh tdi “ ” Seriously rasa terharu u guys punya rship. keharmonian antara kaum!””Hahahaha muka hairul tenang, sbb tu dia selalu tenang dilaut “ ” Teringat masa dua beradik nie berlakon dalam filem hantu kapcai “ ” Jadah zizan nak serious nak gaduh hahaha tengok muka pun nak gelak “ ” Hahahaha naissss bohkuu @zizanrazak869 bnda bleh celebrate buat apa dduk diam “ ” Sweetnyeee.. suke tengok korag berdua “ ” Wa kena beb !!!! hahaha “ Terima kasih kepada anda yang sudi membaca.. Silakan SHARE.. Sumber : IG Zizan Razak, Hairul Azreen & Adrian Teh

7 Cara Mengekalkan Persahabatan Sampai Bila-Bila Dan Tidak Akan Dilupakan

1. Sedia dihubungi :Sebagai kawan pastikan anda sentiasa boleh dihubungi. Jika anda mahukan kawan anda perlu beri masa anda untuk mereka. Jangan selalu mengelak. Sebaliknya pula jika kawan anda sibuk anda perlu bersabar dan jangan mengkeritiknya. 2. Sentiasa rai dan sokong kejayaannya :Bila kawan anda mencapai kejayaan ucapkan tahniah dan raikan kejayaannya sebagai tanda sokongan atas kejayaannya. Berilah sokongan dengan penuh ikhlas tanpa ada rasa irihati atas kejayaannya. Ini akan membuat dia berbesar hati kerana kejayaannya dikongsi bersama kawan-kawannya. 3. Layanilah kawan anda sebaiknya :Bila kawan anda menemui anda layanlah ia dengan sepatutnya. Jangan mencari alasan untuk mengelak. Buatlah ia rasa diterima dan selesa semasa berada bersama anda. Jika anda buat endah tak endah kepadanya, itu pasti akan mengecilkan hatinya. Mungkin dia tidak akan menghubungi anda lagi.

4. Tanyalah tentang dirinya :Semasa berbual tanyalah hal-hal tentang dirinya sebagai tanda anda ingin mengenali dirinya dengan lebih rapat lagi. Namun elakkan dari memonopoli perbualan dengannya sehingga tiada ruang untuk dia bebicara. Jadikan perbualan itu sebagai perbualan dua hala yang seimbang. Bila masing-masing telah mengenali dengan mendalam maka hubungan akan menjadi lebih rapat. 5. Sentiasa bersikap positif :Semua orang tidak suka kepada orang yang cerewet. Oleh itu jangan selalu bersungut tentang kekurangan kawan anda. Bersikap positiflah kerana tidak ada insan yang sempurna dalam dunia ini. Kita mempunyai banyak saat-saat sukar yang ingin kita kongsi bersama namun janganlah sampai ianya menjadi suatu sungutan yang bepanjangan yang akhirnya membuat kawan anda bosan dan menjauhkan diri dari anda.

6. Cara mengekalkan persahabatan adalah sedia menolong :Seorang kawan yang baik sangat mengenali satu sama lain dan ia dapat mengesan kesusahan dan keperluan kawannya sebelum ia diminta. Jadilah orang yang pertama datang menghulurkan tangan membantu kawan anda. Sudah tentu anda akan disayangi sebagai seorang yang penting dalam hidupnya melebihi saudara maranya.7. Elakkan konflik :Jangan berbincang menenai isu-isu sensitif seperti politik atau agama dengan kawan anda kecuali anda pasti kawan anda mempunyai pemikiran yang sama mengenai isu tesebut. Jangan cerita apa-apa yang negatif tentang kawan anda , tentang isterinya atau anak-anaknya. Jika ada orang cuba bercerita tentang keburukan kawan anda segeralah anda tukar tajuk pebualan anda. Janganlah terlalu sibuk dengan kawan anda sehingga dia menjadi rimas. Berilah ruang kepadanya dan hubungilah dia dimasa yang sesuai. Jika tidak dia mungkin tidak akan menghubungi anda lagi kerana merasa terganggu dengan kehadiran anda.Elakkan mengadakan urusan perniagaan, jualan atau apa sahaja yang melibatkan kewangan. Jangan pinjamkan kawan anda wang kecuali anda bersedia menghalalkannya jika ia gagal melunaskannya. Jika tidak anda mungkin bersengketa dengannya jika ia gagal melunaskan apa yang dipinjam.

Penutup : Mengekalkan Persahabatan Itu Sukar

Persahabatan itu lebih sukar daripada matematik. Lebih rumit daripada fizik. Lebih susah daripada biologi. Tapi ia tidak sebosan sejarah kerana ia penuh dengan chemistri. InsyaaAllah, bila kita berusaha untuk menjaga ukhuwah dan ikatan silaturrahim antara sahabat, pasti kita akan dikurniakan dengan kebaikan dan dilimpahkan rahmat oleh Allah. Persahabatan yang baik itu adalah satu kurnia istimewa. Ia merupakan salah satu jalan yang membuka pintu rezeki kita. Merupakan asas pembinaan ummah yang kuat. Oleh itu berusahalah sebaik mungkin untuk menjaga tali persahabatan yang telah terjalin. Semoga Allah redha dengan kita. Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah. Artikel ini dikongsikan oleh Tuan Abd Rahman Bin Mat Yasin, Seorang pakar dalam bidang taksiran hartanah yang kini menetap di Batu Gajah, Perak. Semoga apa yang dikongsikan oleh Tuan Abd Rahman ini memberi manfaat dan input berguna kepada semua pembaca. Syukran Jazilan.