Video seorang ayah hantar anaknya yang lambat ke sekolah menaiki helikopter.

Kehidupan Keluarga kreatif Terkini

Wah! Luar biasa betul pengangkutan budak ni pergi sekolah ya.Kalau dah lambat pergi sekolah tertinggal bas dan sebagainya, alamantnya goodbye lah kan?Tapi seorang budak lelaki berusia telah dirakam berlari ke sekolah selepas turun daripada helikopter yang mendarat di pagar sekolahnya gara-gara dia lambat ke sekolah. Robinson R22 Beta mendarat di luar sekolah di daerah Lipky elit Kiev, ibu negara Ukraine.Bapa kepada budak lelaki tersebut merupakan anak kepada bekas Timbalan Menteri Sukan untuk Ukraine.

KIEV – Saat terlambat datang ke sekolah atau ke tempat kerja biasanya kita akan datang terburu-buru dan kehabisan nafas karena berlari. Tetapi, seorang anak di Ukraina tampaknya tidak perlu cemas dengan hal itu karena ada helikopter yang siap sedia mengantarkannya kala terlambat.Orang-orang yang lalu merakam sebuah helikopter Robinson R22 Beta yang terparkir di gerbang sekolah di Distrik Lypky, Kiev, Ukraina.

Mereka takesima saat melihat seorang anak melompat keluar dari kendaraan udara itu.Laporan yang dilansir Metro, Selasa (21/3/2017) menyebutkan, anak itu adalah putra dari mantan Wakil Menteri Olahraga Ukraina, Andrey Palchevskii.Belum ada komentar dari orang yang bersangkutan, tetapi kejadian itu telah menimbulkan perdebatan di media sosial.

Beberapa warganet mengkritik Palchevskii yang dianggap terlalu memanjakan anak yang terlambat. Sedangkan sebagian lain membela dan menganggap hal itu sah saja dilakukan jika memang dia mampu.Distrik Lypky adalah distrik elit di Ibu Kota Ukraina di mana sebagian besar gedung pemerintahan dan hotel-hotel mewah berlokasi.

Sumber: Metro.co.uk

kecoh bapa hadir ke sekolah anak naik helikopter untuk menunjuk nunjuk kekayaannya.

Ramai pengguna media sosial menuduh seorang lelaki yang dikenali bernama Chen mahu menunjuk-nunjuk kekayaannya gara-gara hadir ke sekolah rendah anaknya menaiki sebuah helikopter.Beberapa video dan gambar yang tersebar membuatkan ‘keyboard warrior’ semakin sibuk membuat kerja apabila timbul khabar angin bahawa Chen menghantar anak perempuannya ke sekolah menaiki pesawat itu kerana lambat.

Namun, lelaki yang tinggal di China itu menafikan dakwaan tersebut sebaliknya memberitahu tindakannya itu untuk memberi kesedaran kepada murid mengenai bidang penerbangan.Tambahan pula, dia dijemput ke sekolah anaknya untuk menghadiri karnival sains dan teknologi.Chen juga adalah pemilik sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewa helikopter di Beijing.

Sumber: Harian Metro

Naik helikopter ke sekolah

SERAMAI 101 pelajar Orang Asli yang terkandas di lima pos di daerah Gua Musang dibawa keluar dengan menggunakan dua helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), hari ini.Penerbangan dikenali Ops Murni itu dijangka mengambil masa selama tiga hari bermula hari ini untuk membawa keluar semua pelajar yang terkandas itu.

Komander Pasukan Khas Unit Udara JBPM Subang, Cik Hamdan Hamzah, berkata penerbangan itu bermula jam 10 pagi dengan menggunakan dua helikopter AW139 dan A109E.Beliau berkata, Ops Murni itu kali keempat diadakan untuk membawa keluar pelajar Orang Asli yang gagal hadir ke sekolah sejak sebulan lalu akibat kerosakan jalan raya di perkampungan mereka.

Katanya, seramai 30 anggota terbabit dalam operasi berkenaan termasuk Unit Udara JBPM dibantu bersama JBPM Gua Musang berpusat di Padang Sivik Gua Musang.“Selain itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bersama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan turut terbabit sama membantu operasi ini.

“Penerbangan bergantung kepada cuaca dan mungkin tergendala jika ribut dan hujan lebat berlaku,” katanyaSementara itu, Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abd Hamid, berkata pelajar Orang Asli terpaksa dibawa keluar dengan menggunakan helikopter kerana sudah hampir sebulan terkandas.

Beliau berkata, sepatutnya pelajar dari lima pos Orang Asli itu melapor diri di sekolah menengah masing-masing pada 1 Januari lalu, namun gagal berbuat demikian kerana masalah jalan rosak teruk.“Lima pos terbabit termasuk Pos Bihai, Balar, Simpor, Gob dan Belatim.

Sebaik mereka tiba di Guia Musang, kami akan buat saringan kesihatan terlebih dahulu sebelum dihantar ke asrama sekolah.“Saringan membabitkan petugas khas Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan itu bagi memastikan setiap pelajar Orang Asli terbabit berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Pergi sekolah naik helikopter

GUA MUSANG – Setelah hampir dua bulan tidak dapat mengikuti sesi persekolahan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakoa) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berusaha membawa keluar 173 pelajar Orang Asli dari lima pos pedalaman menggunakan khidmat dua helikopter.

Pos Simpor, Pos Gob, Pos Belatim, Pos Bihai dan Pos Balar tidak dapat dilalui menggunakan jalan darat akibat banjir baru-baru ini, yang memusnahkan laluan utama serta jambatan runtuh. Ketua Pengarah Jakoa, Jamaluddin Kasbi berkata, laluan udara digunakan setelah beberapa cubaan menerusi jalan darat sejak awal bulan lalu tidak berjaya.

“Hampir dua bulan pelajar tidak dapat menjalani sesi persekolahan seperti pelajar lain. Jadi, untuk mengelakkan mereka dari keciciran, Jakoa dengan kerjasama JBPM membuat keputusan membawa mereka menggunakan helikopter. “Operasi yang melibatkan penerbangan ihsan JBPM ini dijangka mengambil masa tiga hari, meliputi lima penerbangan setiap hari.

“Kita menjangkakan operasi selama tiga hari ini dapat membawa keluar lebih 100 pelajar, di mana yang selebihnya akan dibawa menerusi operasi seterusnya,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyambut 21 pelajar dari Pos Balar yang tiba dalam penerbangan pertama di Padang Sivik, di sini.

Turut hadir, Pengarah Jakoa Terengganu/Kelantan, Nik Man Nik Ya dan Ketua JBPM Gua Musang, Anuar Abas. Tambah Jamaluddin, seperti pelajar Orang Asli yang lain, mereka turut menerima barangan keperluan persekolahan serba lengkap termasuk keperluan di asrama.

Seramai 21 pelajar dari Pos Balar dibawa keluar menggunakan helikopter untuk meneruskan sesi persekolahan pada tahun ini.Berat hati lepaskan anak berjauhan.Melepaskan anak jauh di bandar, bukan mudah buat ibu bapa pelajar Orang Asli di sini, namun atas tiket ilmu, mereka merelakan biarpun berat.

Bapa pelajar, Along Busu, 41, dari Kampung Temaga, Pos Balar, di sini, mengakui berat hati melepaskan anak perempuannya keluar, namun dia terpaksa membenarkannya. “Saya tak pernah berjauhan dengan anak, sebelum ini dia hanya sekolah rendah di sini. Bila masuk sekolah menengah, dia terpaksa sekolah di bandar.

“Saya risau, dia cuma 13 tahun tapi perlu uruskan diri sendiri. Tapi saya pesan supaya dia tahu membawa diri di tempat orang. “Selain menghormati guru, saya pesan belajar rajin-rajin, ikut disiplin di sekolah dan asrama serta jaga kebersihan. Maklumlah, kami jauh, susah nak ke sana kalau ada apa-apa terjadi,” katanya.

Bagi Sairi Along, 40, dari Kampung Perawas, Pos Balar, dia berterima kasih kepada kerajaan khususnya Jakoa dan JBPM yang sanggup bersusah payah mengambil anaknya di kawasan pedalaman berkenaan. “Jakoa banyak membantu kami di sini terutama dari segi pendidikan anak-anak agar tak keciciran.

Tanpa Jakoa, anak-anak kami dah tentu sukar meneruskan pelajaran. “Tambahan pula, laluan darat sampai sekarang masih belum boleh diguna, kecuali motosikal saja boleh lalu,” katanya.ADVERTISINGJackli (kanan) tidak sabar untuk tiba di sekolah dan berjumpa rakan baharu.Pertama kali berpisah dengan keluarga

Bagi Juna Along, pelajar tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh, ini kali pertama dia berjauhan dengan keluarga. Katanya yang tidak dapat menahan air mata, dia sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga dan adik-adik yang menjadi teman sepermainannya. “Sedih sebab kena berjauhan, tapi bapa saya sudah pesan, belajar rajin-rajin.

Saya akan balik kampung setiap kali cuti sekolah. “Saya harap dapat kawan yang baik di sekolah nanti bagi mengubat rindu pada keluarga,” katanya. Pelajar SMK Paloh, Hasliza Abus, 15, berkata, biarpun sudah biasa tinggal jauh dari keluarga, dia tidak dapat menyembunyikan sebak kerana lebih tiga bulan tinggal di rumah bersama keluarga.

“Sejak cuti sekolah hujung tahun lalu, saya tinggal di rumah. Memang sedih sebab selalunya bila bangun pagi, adik, ibu dan ayah ada bersama,” katanya. Bagi Jackli Din, 13, pelajar SMK Paloh, dia sudah tidak sabar untuk ke sekolah dan bertemu kawan baharu.