Video Yusuf tenangkan adiknya yang sedang nangis saat Hanis dan Hairul tiada, Yusof buat ramai melting

Artis Keluarga

Baru-baru ini, keluarga bahagia Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bertambah ahli keluarga dengan kehadiran anak kedua mereka pada Pada 24 May lalu. Lengkap sepasang, kali ini pasangan ini dikurniakan baby perempuan setelah melahirkan Yusuf Iskandar pada 2016. Bagaimanapun, baby kedua ini dikatakan seiras Yusuf dan diberi nama Alisa Aisyah.

Terbaru pula, menerusi Instagram Hairul memuat naik rakaman video anak sulungnya sehingga ia menjadi perhatian ramai dan meraih hampir 700 ribu tontonan. Kelihatan Yusuf sedang menenangkan adiknya dan gelagat comelnya itu menerima pujian peminat anak selebriti selain mereka juga cair dengan kelakuan Yusuf.

VIDEO :

Sumber  :  Instagram Hairul Azreen,Hanis Zalikha via HCL

Hanis Zalikha Selamat Melahirkan Anak Keduanya Bernama Alisa Aisyah Di Bulan Yang Mulia Ini

Pada pukul 5.59 petang tadi, pelakon dan juga pengacara cantik, Hanis Zalikha telah selamat melahirkan bayi perempuan. Perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh suaminya iaitu Hairul Azreen di akaun Instagramnya. Dapat baby girl. Menerusi muat naik itu juga, Hairul turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

“Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira,Di bulan ramadhan ni isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59pm , Dua2 anak Daddy lahir hari Jumaat, Thank you Mommy @haniszalikha Thank you sayang Thank you my bam bam”

Buka akaun Instagram. Bayi comel yang lahir pada hari Jumaat ini telah diberi nama Alisa Aisyah binti Hairul Azreen. Anak kedua pasangan selebriti tersebut di lihat begitu comel dipelukkan Hairul. Mereka juga telah membuat akaun Istagram rasmi untuk anak kedua mereka.

Assalamualaikum Alisa. Rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah diatas kelahiran bayi perempuan pasangan sama cantik sama padan ini. Mereka turut mengucapkan selamat berpantang kepada Hanis Zalikha. “Eh kenapa yusuf jadi kecik balik ni!!! Copy paste sungguh tahniah keknissss!!!”

“Wahhhh sebijik muka abang lah. Tahniah Hairul and family!” “congrats! Alhamdulillah sihat & comelllllll jugakkk” “Alhamdulillah rezeki ramadan!!!! Pasni theyusufiskandar mesti belajar make up kan adik dia” “alhamdulillah. thaniah..kuo² muka abg dia sgt..seronoknya ada bby..doakn sy pulak ada rezeki bby..”

“Alhamdulillah . Assalamualaikum Alisa Aisyah muka yusof” “Allahuakbar cantiknyaaaa tahniahh buat family” “Buka2 ig jaa nampak post ni alhamdulillah , selamat berpantng mommy nis” “Congratulations Hairul & Keknis haniszalikha. Assalamualaikum baby Alisa Aisyah” “alhamdulillah selamat bersalin. Comelnyaa.” “Anaaaaaaaaaa..anak buah kita dh bertambah nihhhhhhhhh ”

Sebelum ini, Hairul dan Hanis telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Yusuf Iskandar yang sudah pun menjangkau usia 3 tahun. Petah berkata-kata dan sangat aktif, keletah Yusuf sering menjadi perhatian para pelayar Instagram. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.