Artis

Video Zizan Razak minta maaf tentang kejadian semalam. Tak sangka rupanya ini yang terjadi sehingga Zizan Razak naik angin di lokasi.

Pelakon Zizan Razak dan pengarah Wira, Adrian Teh telah ‘berkelahi’ di set pengambaran filem tersebut, malam tadi. Kisahnya apabila Zizan mula meninggikan suara kepada Adrian kerana dianggap tidak fokus ketika mengarah dan pada masa bertanya bila babaknya akan selesai.

Kekecohan berlaku hingga mendapat perhatian pelakon utamanya, Hairul Azreen. Bagaimanapun, ia hanyalah ‘prank’ kepada suami pelakon Hanis Zalikha sempena ulang tahun hari jadinya yang ke-31 tahun.  “Assalamualaikum Malaysia. Saya Zizan Razak ingin memohon maaf diatas kejadian yang berlaku semalam. Tetapi apa yang saya buat sejujurnya untuk bahagiakan adik saya @hairulazreen maafkan saya tuan Director @adrianteh19 @wira_2019,” tulis Zizan. 

Lalu, video tersebut dihujani komen pelbagai terhadap lakonan Zizan dan Adrian yang ‘menjadi’ demi melakukan prank kepada rakan baiknya itu.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 1 juta tontonan selepas dimuat naik Zizan lewat malam tadi. 

Video : IG Zizan via Media Hiburan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Tak kuasa nak buat gimik begitu

HUBUNGAN antara pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak dengan Bella Astillah hanya sebagai rakan artis selepas mereka berlakon bersama dalam telefilem berjudul Kerusi Kecil.Zizan ketika ditemui berkata, mereka tidak ada apa-apa hubungan istimewa dan Bella sekadar heroin dalam telefilem arahan Ghaz Abu Bakar itu.

Warganet mula memperkatakan mengenai hubungan mereka apabila Bella hadir dalam majlis kejutan ulang tahun kelahiran ibu Zizan, baru-baru ini. Menurut Zizan, apa yang berlaku itu hanya kebetulan saja. “Bella hubungi saya dan mahu berbincang mengenai projek telefilem itu ketika saya buat kejutan untuk majlis hari jadi ibu, baru-baru ini. Jadi, saya juga memintanya untuk turut sama meraikan majlis itu ,”katanya.

Menurut Zizan, sebelum itu dia bertemu dengan ibu Bella dan adiknya Didi Astillah ketika makan singgang sebelum ini.“Saya meminta nombor telefon Bella daripada ibunya kerana mahu menawarkan dia berlakon dalam Kerusi Kecil. Selepas berhubung dengan Bella, dia bersetuju untuk berlakon dalam telefilem itu.

“Bella seorang yang baik dan dia juga banyak bertanya mengenai Ghaz dan projek telefilem itu,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran syarikat produksi Adtisha Productions Sdn Bhd dan telefilem Kerusi Kecil di Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

Zizan turut menafikan dakwaan dia sengaja menyebarkan gosip bercinta dengan Bella untuk mempromosikan telefilem lakonan mereka itu.“Saya tidak perlukan gimik atau publisiti murahan sebegitu. Saya juga tidak mahu menipu penonton dengan membuat gosip kami bercinta sedangkan ia tidak berlaku,”katanya. Sumber: myMetro

Zizan minta ibu carikan jodoh

SELEPAS putus cinta dengan pelakon Emma Maembong, pelakon dan pelawak popular Zizan Razak, 35, berhasrat meminta ibunya pula bagi mencarikan jodoh yang sesuai untuknya.Menurut pelakon filem Polis Evo 2 itu, dia juga tidak kisah sama ada calon isterinya itu dalam kalangan rakan artis, berhijab atau sebaliknya.

“Saya memang berhasrat untuk meminta ibu yang carikan jodoh bila sampai masanya nanti.Walaupun ibu yang carikan jodoh tetapi saya mahu berkenalan dulu dengan wanita itu sama ada sesuai atau tidak untuk dijadikan calon isteri,” katanya kepada Harian Metro.

Zizan yang turut dikaitkan dengan pelakon popular Mira Filzah juga mahu mencari wanita yang baik untuk dijadikan calon isterinya.Saya bukannya baik sangat tetapi pastinya mahu mencari wanita yang baik untuk dijadikan calon isteri.

“Jika ada jodoh, saya juga mahu berikan yang terbaik untuk bakal isteri nanti,” katanya.Ditanya sama ada dia serik untuk bercinta dengan rakan artis, Zizan menafikannya.Saya sudah berusaha untuk bercinta dan merancang terus berkahwin tetapi tidak kesampaian dulu.

“Saya juga sudah bergelar solo selama empat tahun tanpa kekasih.Saya percaya setiap kejadian yang berlaku ini semuanya dengan izin Allah dan reda dengan ketentuan-Nya,” katanya. Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, fokusnya untuk mengukuhkan kerjaya, bisnes dan keluarga.

“Cukuplah saya banyak membuang masa dalam hidup dulu. Saya tidak mahu salah pilih kawan yang boleh membuat kita menjadi hilang arah dan kemurungan.Kini, fokus saya mahu membahagiakan keluarga terutama ibu.Saya juga memilih untuk bersahabat dengan mereka yang membawa ke arah kebaikan dan nilai hidup positif,” katanya.

Saya bukan jutawan

Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu takut digelar jutawan hanya kerana menjalankan beberapa rangkaian perniagaan. Shuib, 35, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, dia belum layak berada di kedudukan itu kerana perniagaan diusahakan ada untung dan rugi.

“Saya takut nak digelar juwatan. Saya ini bukan sesiapa. Saya penyampai radio dan makan gaji. Ada buat bisnes tetapi ia biasa sahaja dan ada masa untung dan rugi. Ada masa okay, ada masa tak. Malah, banyak lagi tak okay. Kalau nak tahu, saya hampir putus asa juga. Biasalah, hati manusia mudah berbolak balik. Namun, dalam perniagaan yang saya buat ini untuk kehidupan orang lain juga. Jadi kena teruskan juga.

“Sebab ada yang mungkin masih bergantung dengan kita menerusi gaji yang mereka dapat untuk menampung keluarga. Jadi kena jalan juga dan saya bekerja keras. Belum lagi soal kerjaya seni, memang peninglah juga.” katannya kepada Harian Metro.

Shuib yang sudah tujuh tahun terbabit dalam bidang perniagaan mengakui masih mempunyai hutang yang banyak terutama aset yang dimiliki.“Kalau jutawan kena ada berjuta-juta dalam akaun. Saya pula sebaliknya iaitu hutang berjuta. Malah, rumah pun hutang lagi dan bukannya beli tunai. Saya belum sampai tahap itu. Kalau orang lain, saya tak pasti pula.

“Kadang rezeki bukan sahaja dalam bentuk duit tetapi doa yang mana orang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kita. Saya fikir mungkin Allah berikan rezeki di situ.Diakui duit ada dan selesa sikit daripada kehidupan sebelum ini. Kalau nak sesuatu bolehlah dapat,” katanya.