Wanita ini berkongsi satu cerita tentang Lisa Surihani setelah balik dari Umrah tempoh hari.

Artis

Dalam kehidupan seharian, kita pasti bertemu dan berhubung dengan ramai orang. Pelbagai urusan yang kita lakukan dan dalam kesibukan itu kadang kala kita terlupa menzahirkan rasa terima kasih kita terutama buat insan-insan yang secara tidak langsung membantu kita. Terima kasih. Apa maksud terima kasih? Terima kasih menjadi satu tanda penghargaan bagi sesuatu pemberian. Terima kasih juga melambangkan penerimaan bagi setiap yang diberikan. Ucapan terima kasih walaupun hanya mengandungi dua perkataan memberi makna yang besar pada semua. Ia pasti akan membuatkan orang yang menerimanya berasa senang hati.

Seorang individu berkongsi berita gembira apabila dia menerima sehelai telekung pemberian pelakon dan pengacara Lisa Surihani. Berkongsi kisah di laman Twitternya, @hfztlaimi menceritakan telekung yang baru dibeli oleh adiknya hilang apabila pulang daripada mengerjakan umrah. “Saya pergi umrah sama masa dengan kak Lisa hari tu tapi sayangnya didn’t bump into you. And this telekung I’ve one too. But too sad maybe takde rezeki one of my luggage didn’t arrived from Jeddah Airport. Telekung baru tu ada dalam luggage tu. Looking at you wearing this telekung pun takpelah. Lepas rindu because couldn’t afford another one. Sorry for ranting,” luah individu itu pada Insta Story Lisa Surihani. Rezeki kemudian berpihak kepadanya apabila pihak telekung Arjana by Blancheur menghubunginya untuk menghadiahkan sehelai telekung bagi menggantikan telekungnya yang hilang.

“We’ve been informed that you lost your Arjana telekung in Jeddah recently.Alhamdulillah, there’s one hamba Allah would like to send you our telekung as a gift for you”, tulis akaun rasmi jenama itu lagi. Tidak menyangka akan menerima telekung baru, individu tersebut sebak, gembira dan yakin bahawa Lisa membaca luahannya tempoh hari. Perkongsian itu sehingga kini telah mendapat hampir 25,000 retweet. Rata-rata netizen memuji tindakan Lisa yang menghadiahkan peminatnya sehelai telekung baru dan cukup merendah diri kerana hanya mahu dikenali sebagai ‘hamba Allah’.

Terdahulu, Lisa kerap memuatnaik beberapa foto dirinya memakai telekung daripada jenama itu untuk menunaikan solat Terawih bersama ibu dan anak-anaknya.Dalam perkembangan lain, Lisa kini tampil mengendalikan sebuah program mengenai info kesihatan wanita iaitu Tanya Doktor Imelda, bergandingan bersama Dr. Imelda Balchin. Tanya Dr. Imelda yang mula ditayangkan pada 4 Julai, setiap Khamis jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121). Allah berfirman yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang berlaku adil.” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8) Secara ringkas, berdasarkan ayat ini memberi pengajaran bahawa Islam tidak membataskan umatnya untuk berbuat baik sesama mereka saja, bahkan menaungi semuanya tanpa mengira kaum, budaya dan agama termasuk makhluk seisi alam.

Kredit:Gempak